Ceiit! Aku ada banyak kenalan, sedikit kawan, dan beberapa orang sahabat. Sedari kecil, aku diberikan sifat yang suka bergaul, suka berkawan, tak kisah pun dengan siapa, baik buruk putih hitam kuning ke, semua pun ok. Aku berhajat untuk berkawan dengan semua, haiwan langit haiwan bumi, dan sebagainya, melainkan ada sejarah2 yang berlaku membuatkan aku waspada kepada beberapa makhluq, contohnya cicak! Bagi aku, kita tidak perlukan sahabat bila kita betul-betul faham hakikat kehidupan ini. Eh..cerita hakikat pulak. Hahaha Dan perkara ni betul. Tak sukar pun sebenarnya untuk faham. Hakikatnya kita dilahirkan mutlak, putih umpama kain yang bersih, malah lebih halus lagi kesucian nya. Aku gelarkan mutlak, suci! Sahabat ni kata orang, bagaikan bintang, walaupun jauh, ia ada... Tapi, jauh la...haha ape punya perumpamaan la. Tak masuk langsung! So sebenarnya, mereka maksudkan dari perumpamaan tu, sahabat ni ada sahaja dimana kita berada, susah senang tetap ada disisi kita. Itu lah yg dimaksudkan. Apa yang aku nampak, sahabat ni bukan ada apa2 sangat keistimewaan nya. Cuma maksud dan makna nya yang sangat bernilai untuk kita contohi. Aku selalu dibantu oleh orang yg tidak dikenali. Ini betul! Sebab orang yang aku kenal, kebanyakannya sangkakan aku ni terlalu kuat untuk dibantu. Hahaha phuiii! Masa yang kereta aku kehabisan minyak, kisahnya berlaku masa aku dengan isteri aku. Waktu pagi, orang pergi kerja. Aku nak hantar wife aku pergi checkup kandungan. Tiba-tiba kereta habis minyak pulak dekat dengan lampu isyarat. Aku pun apa lagi..keluar kereta, terus suruh isteri aku duduk di tempat duduk pemandu untuk mengawal stearing, aku pulak tolak sorang-sorang dari luar. Ada lah dalam 0.5 minit aku tolak kereta tu, tiba-tiba muncul tiga orang yang tidak dikenali, tolong tolak sekali sampai lah ke stesen minyak yang berdekatan. Wow! Aku sangat berterima kasih kepada tuhan, didalam situasi yang begitu, ada hambaNya yang membantu aku. Aku anggap diorang tu hamba Allah je la walaupun zahirnya orang cina dan orang india dan orang melayu. Ok cerita dah habis, So, apa erti sebenar sahabat ni tadi? So, siapa sahabat korang yang sebenarnya? So, Perlukah sahabat? Jawapan aku → Perlu. Yang paling penting adalah makna dan amal perbuatan nya. #sahabat