Hidup kita tidak terhenti hanya kerana masih ada doa yang belum dimakbulkan, impian yang belum menjadi nyata, atau kehilangan yang masih kita belajar untuk relakan.
Cuma ada waktunya, langkah kita menjadi lebih perlahan..Bukan kerana Allah sedang menghukum.
Tetapi kerana ada proses yang tidak boleh dipercepatkan.Ada hati yang sedang dipulihkan, ada jiwa yang sedang diajar untuk bergantung hanya kepadaNya.
Dan ada hikmah yang hanya akan difahami apabila kita menoleh ke belakang.
Barangkali, yang kita anggap sebagai kelewatan itu sebenarnya adalah cara Allah merawat kita dengan penuh kasih sayang.
Kerana setiap luka ada penawarnya dan setiap jiwa yang terluka tidak pernah dibiarkan sembuh sendirian.
Allah sentiasa ada.












