Sometimes the most loving thing is to remain, sometimes the most loving thing is to let go.
Kalau suatu hari kau nampak aku sudah berdamai dengan hidup, jangan anggap semuanya mudah. Kau sedang melihat seseorang yang pernah menangis kerana terpaksa melepaskan apa yang paling tidak ingin dia kehilangan. Seseorang yang perlu belajar semula bahawa ketawa tidak bermaksud dia sudah melupakan, dan tersenyum tidak bermaksud apa yang pernah berlaku tidak lagi sakit.
Aku mengambil masa yang sangat lama untuk membenarkan diri aku bahagia tanpa rasa bersalah. Untuk ketawa tanpa rasa seperti aku sedang mengkhianati sesuatu yang pernah aku perjuangkan. Untuk menikmati hidup tanpa sentiasa menoleh ke belakang dan bertanya, βpatut ke aku masih bersedih?β
Jadi ya, aku memilih damai, bukan kerana aku tak sayang.
Tetapi kerana aku pernah menyayangi sedalam-dalamnya dan akhirnya, aku juga perlu belajar menghargai setiap detik hidup yang masih tinggal untuk aku jalani.














