Perempuan Saat Kecil dia membuka pintu Syurga untuk ayahnya. Saat dewasa dia menyempurnakan agama untuk suaminya Saat menjadi ibu, Dia menjadi penggerak semua doa oleh kerana itu dia dimuliakan Allah dengan menempatkan syurga di telapak kakinya ketika seorang perempuan sudah menjadi IBU, maka Allah akan menganugerahkan kepadanya satu senjata yang sangat ampuh di muka bumi. "Tahukah kalian apa itu?" Itu adalah Lisannya. Lisannya akan menjadi Berat timbangannya. Lisannya akan menjadi pembuka pintu-pintu langit. Ucapannya akan diijabah. doanya akan diangkat tanpa penghalang. doa ibu akan mampu menjadi penghancur kesulitan bagi anak keturunannya.. Dan mengeluhnya seorang ibu akan menjadi pemberat langkah setiap anggota keluarganya, termasuk bagi suaminya. Maka pantang bagi seorang ibu untuk mengeluh, kerana keluhannya pun akan menjadi kenyataan, sebagaimana harapan dan doanya pun akan menjadi kenyataan. ucapan buruknya akan menjadi musibah bagi dirinya dan keluarganya Lisan seorang ibu layaknya seperti Karomah para wali. Maka berhati-hatilah wahai para ibu ketika anda menggunakan senjata terampuh ini. gunakan untuk bermunajat meminta kepada Allahagar suamimu dimudahkan dalam mencari nafkah. Jangan mengeluhkan tentang dirinya. Itu akan semakin memberatkan dan menyukarkan kehidupan anakmu. Gunakan untuk bermunajat meminta kemudahan dan Kesolehan atas anak-anakmu jangan mengeluhkannya. Kerana itu akan menjadi benar adanya. Subhanallah untuk para Ibu. . #abuhanifah #alhamdulillah #dakwahituseni #harinidahingatmati #muhasabah #muhasabahdiri #thedaiegraphy #perempuan #ibu #doa #kebaikan #kongsi https://www.instagram.com/p/Bwl9tQ7nVHw/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=1gjuip4sqr4n3