#TRILOGIAJAIB EXPLAINED
Spoiler Alert!
Dah dekat empat tahun sejak AJAIB terbit.
Kepada siapa-siapa yang dah baca, ini adalah beberapa penerangan pasal cerita Budak Ajaib, kawan dia yang boleh baca fikiran, dan adik kepada Budak Ajaib tu.
Terima kasih kalau korang minat cerita tu.
Kalau korang tak minat (atau benci), sejujurnya, aku tak pernah ambil hati. In fact, aku genuinely respect korang punya pendapat.
Sebab aku pun ada benci beberapa buku dan beberapa orang dan beberapa cerita, so aku faham apa yang korang rasa. Let’s be real.
Dekat sini aku list-down-kan aku punya core idea yang kemungkinannya tak sampai dalam penulisan aku. Sebab, sejujurnya aku mengaku aku ni bukannya penulis yang baik, dan mengaku yang beberapa benda yang aku cuba sampaikan tak tersampai dekat pembaca.
Susah nak translate idea ke dalam medium yang aku kurang mahir, lagi-lagi nak bagi orang faham idea tu tanpa perlu terlalu memaksa.
OK, ehem…
AJAIB
Tajuk asal manuskrip ni sebenarnya ENAM.
Berkisarkan pasal seorang budak darjah enam, yang kononnya ada deria ke-enam, dan kisah dia dengan lima orang kawan lain yang ada masalah juga – Firdaus, Rosyaimy, Afifah, Fatin dan Aidil (maknanya ada enam watak dan point of view).
Tajuknya diubah kepada AJAIB lepas Amirmu (taukeh buku Fixi) suggest, sebab ada terlalu banyak perkataan ‘ajaib’ dalam manuskrip ni.
So…
Sebelum start tulis AJAIB, pasal seorang budak bernama Izaq (bunyi dia I – macam dalam ‘ikan’, dan zaq – macam ‘zark’), aku memang ada satu watak ideal yang lain dalam kepala. Tapi aku pilih untuk tak tulis pasal watak tu, sebab takut aku terbazirkan satu watak yang aku suka dalam buku pertama yang aku tulis.
Honestly, aku tak pernah tahu pun macam mana format tulis novel masa tulis AJAIB dulu. Aku belajar dengan baca Kelabu dan buku Harry Potter macam mana storry-telling dan dialog.
Jadi aku putuskan untuk watak tu buat cameo sahaja, yang muncul dalam bab 23 bersama bola keranjang dan berkebolehan untuk baca fikiran.
Bab 1 Ajaib dimulakan dengan satu soalan, “Apa yang kamu nampak?” Yang kemudian dijawab dengan ragu-ragu. Soalan yang sama ditanya, tapi dengan lebih menggesa, dan masih tak boleh dijawab.
Ni sebenarnya hint yang watak tu pun sebenarnya tak tahu apa yang berlaku dekat dia sepanjang buku tu betul atau tidak. Fantasi, atau rialiti. Atau sekadar rekaan.
Dan penceritaan Ajaib diceritakan dalam ‘suara’ orang dewasa, walaupun cuma kisah pasal budak 12 tahun. (Macam yang beberapa orang perasan.) Itu, ada sebabnya…. (kena baca benda ni sampai habis dulu)
AJAIB punya ayat last adalah ayat Izaq alih topik. Nak bagitahu yang Izaq (itu apa yang korang rasa) still belum 100% percaya dengan realiti sekarang. Yang ditanya masa awal bab 1 tu.
AJAIB punya writing banyak dipengaruhi GLEE, dan Kingdom Hearts.
Watak Izaq banyak inspired by Sora daripada Kingdom Hearts.
AWAN
Sebenarnya aku memang plan sambungan AJAIB daripada hari first dapat tahu yang 3 bab awal AJAIB lulus penilaian. Dan cerita ni siap dulu dalam otak aku sebelum aku siapkan AJAIB pun. Tajuk asalnya adalah TUJUH.
Satu, sebab lepas ENAM adalah TUJUH.
Dua, kebolehan watak utama (Fa‘iq) yang boleh baca fikiran, buatkan dia secara tak langsung boleh nampak ‘hantu-hantu’ yang Izaq nampak. Automatik deria keenam Izaq jadi dia punya deria ketujuh.
Tajuk AWAN sebagai semiotik untuk fikiran. Kalau kita baca komik klasik, bila satu watak tu bercakap dalam hati, dia akan guna bubble bentuk awan, kan?
Masa ni aku dah banyak study pasal cara penulisan dan akhirnya ada keyakinan untuk tulis pasal watak ideal aku tu – Fa‘iq.
Setiap bab sebelum bab 57 dimulakan dengan satu quote yang sangat personal untuk watak utama, dan cerita ni dimulakan dengan ‘Malam tu…’
Ni adalah hint yang buku ni merupakan flashback. Tapi real. Tak macam AJAIB.
The whole idea ‘otak corrupt’ thing ni inspired by game Kingdom Hearts: Chain of Memories, atau lebih tepat lagi watak Sora yang dimanipulasi dalam tu. (Kalau tak faham tak apa.)
Watak Fa‘iq sangat-sangat inspired by Toby Logan daripada cerita The Listener. Dan sedikit Santana Lopez daripada Glee.
Babak-babak AI (After Izaq) banyak dipengaruhi cerita GLEE season 5, episod The Quarterback.
Keseluruan cerita adalah pasal Fa‘iq yang tahu terlalu banyak pasal orang lain sampaikan dia in denial pasal identiti dia sendiri.
Kalau korang baca mesti korang ada rasa annoying pasal Fa‘iq terlibat dengan watak lelaki lain dan dia tak sudah-sudah state yang dia bukan gay.
Honestly, Fa‘iq bukan gay. Dan pengulangan yang banyak ni nak menunjukkan yang Fa‘iq terlalu takut dengan judgment orang lain (sebab dia boleh dengar), dan secara tak langsung takut kena judge dengan diri sendiri – sebab akibat terlalu banyak baca fikiran orang, dia sendiri tak sedar mana satu fikiran dia.
Terlalu rapat sangat dengan Izaq membuatkan Fa‘iq percaya dengan kewujudan masa silam Izaq.
Dan sebab itulah…
AWAN punya last perkataan adalah ‘Coming!’. Dengan harapan, pembaca boleh rasa yang watak Fa‘iq tu dekat dengan dia, dan cerita ni bukan lagi flashback. Juga menunjukkan yang Fa‘iq ready untuk move on, tapi bukan sepenuhnya. On the way, gitu!
Sejujurnya AWAN adalah finale untuk cerita ni.
Ending dia memang tergantung untuk biarkan semua pembaca interpret sendiri cerita ni.
Sampailah suatu hari aku terbaca yang Buku Fixi nak installment ketiga dan nak jadikan cerita ni sebagai trilogi.
AKSARA
AKSARA susah gila nak tulis. Nak start lagi dah susah.
Satu, sebab aku dah busy dengan kerja. Tak ada masa nak terlentang dan cari idea. Dua, sebab semua idea dah ditamatkan dekat Awan, dan kena ‘hidupkan’ balik cerita yang dah aku dah ‘matikan’ memang susah. Macam nak buat Frankenstein.
Dan sama juga macam Frankenstein, aku rasa cubaan aku agak gagal.
Ada tiga draft awal. Dan draft tu boleh kata sangat-sangat lari daripada tema AJAIB dan AWAN. Dan kebetulan masa tu aku dah master sikit bab-bab penulisan. Jadi bila baca balik, aku rasa gaya penulisan aku sangat-sangat berat dan terlalu dalam. Aku kena tone down untuk pembaca yang dah follow dua buku aku yang lepas.
Dan tajuk asalnya adalah Antagonis. (WTF right?)
Idea sebenar Aksara datang bila aku dalam flight balik daripada London. Aku tengok satu cerita tajuknya Touch.
Dan dalam sekelip mata, aku terus dapat plot dan idea.
Izwan memang sangat-sangat inspired by Jake Bohm, main character cerita tu.
Tapi idea yang datang tu sangat-sangat besar dan masa yang aku ada sangat-sangat sikit untuk idea tu.
Dia macam combination Kingdom Hearts, Touch, Ghost in the Shell, Heroes, Supernatural, X-Men, dan The Listener.
So aku bahagi idea tu kepada tiga bahagian.
Dan bahagian satunya adalah Aksara, yang merupakan bahagian ketiga trilogi ni.
Aksara start dengan fakta. Sebab nak bagitahu yang cerita ni akan penuh dengan fakta pasal cerita-cerita lepas. Nak set record straight dan betulkan beberapa benda-benda yang ‘salah’ dalam dua buku lepas. Juga, fakta tu adalah tentang perjalanan yang menggunakan bintang sebagai panduan.
Konon nak bagitahu daripada cerita ni, aku nak start someting yang lagi besar. (Ada cakap tadi kan, plot asalnya aku bahagi kepada tiga bahagian.)
Daripada situ aku start bezakan tiga cerita dalam trilogi ni.
AJAIB pasal Izaq. Izaq memang seorang budak genuine, jiwang leleh dan syahdu.
AWAN pasal Fa‘iq, yang sebenarnya seorang yang jiwang leleh macam Izaq, tapi in denial pasal perasaan sendiri.
AKSARA pasal Izwan. Izwan ni mute. Terperangkap dan perlukan bantuan orang untuk sampaikan apa yang dia rasa.
Juga,
AJAIB merupakan satu benda yang tak pasti. Simbolik kepada ‘kepercayaan’. Sangat-sangat abstrak.
AWAN pula simbolik kepada ‘fikiran’. Agak abstrak, tapi pada masa yang sama agak solid.
AKSARA pula bermaksud huruf/tulisan/simbol. Maknanya, memang literal dan solid.
Juga, tiga rasa takut manusia;
AJAIB, pasal takut dengan HANTU.
AWAN, pasal rasa takut dengan JUDGEMENT ORANG.
AKSARA, pasal takut dengan MATI.
Dalam Aksara juga aku introduce beberapa law untuk budak-budak sixth senses ni dan ada beberapa budak-budak sixth senses yang lain. Dan macam mana diorang messing around dengan masa silam dan masa depan masing-masing.
Juga, macam mana AJAIB bukannya cerita yang betul, tapi cuma rekaan semata-mata.
Basically fikiran Izaq dimanipulasi Hasif. Dan waktu Fa‘iq baca fikiran Izaq pasal masa silam budak tu, apa yang Fa‘iq dapat cumalah cerita yang direka Hasif.
Sebab itulah suara dalam cerita AJAIB adalah suara orang dewasa, despite dalam cerita tu cuma budak 12 tahun.
Jadi, macam yang Hantu Jangan Percaya cakap, janganlah percaya dengan cerita dalam novel AJAIB.
See, I warned ya!
Dan akibat tak cukup masa, ditambah dengan kelemahan aku dalam menulis, idea-idea ni tak berapa sampai sangat dalam AKSARA.
Jadi, dengan hati yang ikhlas, aku memohon maaf.
Epilog AKSARA sangat-sangat penting.
Ingat sampai bila-bila. Ada sesuatu menanti anda di masa hadapan!
Kepada yang dah baca dan dah faham trilogi ni, terima kasih!
Aku akan try belajar untuk menulis dengan lebih baik, supaya idea sampai. Juga dalam masa yang sama tak tulis dalam bentuk yang terlalu berat supaya, sekali lagi, idea sampai dan tak dibebani dengan bahasa.
Kepada yang belum baca,
Whadefak man? Apasal kau baca pasal ni? Baca buku-buku tu dulu.
Sekian, sekali lagi, terima kasih.
😱😱😱😱😱 everything makes sense now
















