Menulis ini, sebagai salah satu cara berbicara. .
Dunia semakin laju bergerak meninggalkan kita yang terkial-kial berkejar mengejar yang tak berkesudahan.
Ada masanya kita lelah. .
Ada masanya kita sangat penat berjuang.
Terlebih lagi tanpa ada sesiapa disisi.
Atau merasa tidak ada sesiapa.
Menangis, kesatlah air mata sendiri.
Esoknya bangun dan keluarlah melihat dunia dengan senyum dan tawa, menyorokkan segala resah , luka dan duka.
Sendirian kadang menguatkan, tapi ada masanya sendiri membuat rapuh dan rebah.
Tapi ada masanya, rasa seorang ditengah keramaian. rasa kesunyian ditengah kesibukan..
Ada masanya, kita cuma mahu ada seseorang untuk berbahagi rasa tanpa dikecewakan kemudian hari.
Ada masanya kita cuma mahu seorang yang boleh mendengar segala cerita buruk dan sedih, tanpa perlu menjadi hakim.
Ada masanya, kita yang gagal memberi ruang dan peluang untuk orang.๐ญ๐ญ
Ada masanya kita cuma mahu seorang melihat kita menangis kemudian memeluk kita erat dan mengusap bahu kita, melihat betapa beratnya diam yang dipendam.
Ada masanya kita cuma mahu seseorang yang boleh meluangkan sedikit masa untuk kita.
Bertanya tentang apa yang tidak kita kongsikan...
Bertanya tentang diam yang dipendam, bukan sekadar senyum yang dipamerkan...
Ada masanya kita mahu menarik tangan untuk duduk sekadar meluahkan rasa dan meminjam telinga.
Tapi, kesedaran bahawa orang lain mungkin sudah punya terlalu banyak masalah sendiri, membuat kita memilih diam.
Doakan. Doakan semua yang sedang berjuang.
Yang mahu bicara tapi tak menemukan baris patah kata untuk berkongsi.
Yang mahu bercerita tapi tak cukup yakin dan percaya.
Yang mahu berkongsi tapi takut pada anggapan dan cercaan manusia.
Yang runtuh dalam senyap.
Semoga setiap doa yang baik-baik, akan selalu memantulkan kebaikkan berkali ganda pula untuk kamu.