Ujian yang sedang kita tempuhi ini sedikit sahaja jika nak dibandingkan dengan ujian yang akan datang. Jika kita tidak mampu dan tidak lepas dengan ujian ini, lalu bagaimana kita ingin berhadapan dengan ujianยฒ yang lebih berat nanti? Dengan ujian yang ditimpakan sekarang pun sudah ramai Umat Islam berada dalam keadaan yang keliru dan telah meninggalkan kewajipan agama. Kita perlu terima hakikat bahawa kita tidak lagi kembali kepada kehidupan normal seperti dahulu. Itulah hakikat yang harus kita semua kena terima melalui ujian yang sedang kita tempuhi hari ini dan ia merupakan PERMULAAN helaian ujian seterusnya yang lebih dahsyat dan menguji akidah Umat Islam . Oleh itu, bersabarlah Umat Islam dan segeralah melakukan persiapan yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita tidak tahu apa yang terjadi di depan hari nanti. Dikesempatan ini, bawalah diri kita kembali kepada Allah SWT Sungguh, hargailah saat ini sebelum ia menjadi kenangan. #16syawal #AllahSelamatkanKita #AllahJagaKita https://www.instagram.com/p/CPbB276hWQzntMEYVCoAcGsb0YJ3Zvj_RiaxF80/?utm_medium=tumblr