Curhat Eps 2: Maybe, This is My Wakeup Call
- by Prof Jasni Sulong, USM
Sebagai manusia yang memang sentiasa penuh pengharapan, susah nak menerima satu-satu takdir bila sesuatu benda berlaku. Tapi, siapalah kita untuk menidakkan ketentuan dan rancangan Dia..
Ya lah tu kan, terlalu banyak persoalan menjadikan kita susah untuk reda dan berdamai dengan takdir.. Lagi pula bila kita dah berusaha sehabis baik, tetapi hidup seolah tak memihak pada kita..
Siapa sangka kan, ujian Allah tu datang dalam banyak cara. Melihat orang yang mengkhianati hidup tenang sedangkan kita hidup dalam seksa, itu juga adalah ujian. Mungkin sekarang semuanya nampak tak adil, tapi Allah takkan berpihak pada orang yang salah. Semuanya hanya permainan masa, sebagai satu ujian kesabaran.
Ada masa, kita rasa penat. Lelah. Rasa nak hentikan semuanya dengan sebilah pisau dan segaris nadi yang terhenti, kerana pengakhiran je satu-satu cara untuk hentikan semua rasa perit. Tapi itukah pengakhiran yang kita cari?
Ternyata benar, kata "kalau/jika" membuka kepada pintu-pintu syaitan yang membawa kesesatan lebih jauh. Bertenang, tarik nafas. Menangislah kalau rasa semuanya terlalu berat dan penat, tapi berhentilah mempersoalkan takdir, kerana itu akan membawa kita lebih jauh dari kata sembuh.
Semoga kita semua menjadi manusia yang akur, yang percaya setiap ujian itu pasti ada hikmah yang besar. Semoga Allah mengampunkan segala khilaf kita yang mempersoalkan tiap satu aturannya.. and ya, maybe, this is my wake up call. Jadi, bangunlah.