New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/viral/2015/03/09/mata-wang-ca5-mangsa-spocking/
Mata wang CA$5 mangsa 'Spocking'
Bank Kanada merayu peminat Star Trek supaya berhenti melukis atau âSpockingâ gambar di not lima dolar.
Sejak kematian Leonard Nimoy, ada segelintir warga melukis atau âSpockingâ gambar perdana menteri Kanada Sir Wilfrid Laurier seperti wajah Mr Spock.
Kini wajah Sir Wilfrid menjadi seolah-olah spesies Vulcan yang terkenal dengan cuping telinga tajam, kening lurus ke atas, fesyen rambut dan mantera âhidup lama dan sejahtera.â
Menurut Bank Kanada, melukis di atas not mata wang bukan satu kesalahan:
âTetapi terdapat beberapa sebab penting mengapa ia tidak boleh dilakukan. Menulis atau melukis di atas not mata wang boleh mengganggu aspek keselamatan dan mengurangkan jangkahayat.
âMeletakkan tanda di atas not mata wang juga boleh menyebabkan ia ditolak dalam satu-satu transaksi. Tambahan, Bank Kanada menyifatkan menulis atau meletakkan tanda di not mata wang tidak sepatutnya dilakukan kerana ia simbol negara ini dan kebanggaan negara.â