Nippon Youkoso! Day 3 (Iruma) Part 2
ăăď˝ďźTenang, tenang semua. Pona, kalau kau takat nak sembang kencang dalam ni baik tak payah. Satu tempat aje sampai ber-part-part bagai, tampar nak? Rilek, bacaan santai ni tak boleh tulis panjang-panjang, nanti muntah.
Ke Iruma aku hari ketiga tu. Nak buat apa? Aku semata-mata follow jemaâah je, tak follow nanti kena marah. Di Iruma ada apa? Hurm...
Ok ok, aku nak bagitahu la ni. Dari stesen bas Irumashi, kami menaiki bas ke Mitsui Outlet Park. Familiar? Ada cawangan MOP ni dekat Sepang. Yaaaaaa~ Adaaaaa~ Tapi time tu, MOP dekat Sepang tu tak wujud lagi.
Sekali lagi, gambar diculik dari Fb Kak Nina. Nampak tak aku pakai apa? Jubah je wei. Biasa la, identiti kena bawak. Hahahaha
Seriously Pona?! Kau buat apa kat MOP? Kau shopping ke?Â
Memang idak la. Student marketing macam aku ni mana peduli pasal branding bagai. Branding ni ilusi untuk naikkan harga produk je.
Mitsui Outlet Park, bagi yang tak tahu sama je macam Johor Premium Outlet dan premium outlet yang lain yang jual barangan berjenama. Gucci, Prada, Nike, Fossil, G-Shock dan sewaktu dengannya. Sebut pasal G-Shock, harga kat MOP boleh tahan berpatutan. Original dari kilang Jepun dan ada yang jenis special edition. Mana-mana yang suka G-Shock tu boleh la berdarah hidung kat sini.
Tu rupa MOP. Kau pikir macam mop kat rumah tu ke?
Pokok sakura sebatang tu macam aku, lonely. Sebab aku sorang je single dalam trip ni. Tangkap gambar pun sorang-sorang duh~ Eh, sedih pulak ayat. Apsal gaya aku senyum sama je?
G-Shock di hadapan. Budak Jepun bungee jumping di tengah.
Tipu la kalau aku kata aku masuk MOP tu tak terbeli apa-apa. Mula-mula aku termenung sorang-sorang, tabahkan diri untuk tak beli apa-apa. Tapi, apakan daya... masa tak akan kembali~ *eh ternyanyi pulak*
Ehem. Sempat grab purse dekat Fossil, dengan passport holder. Boleh tahan berpatutan harga dia, tengah ada diskaun.
Takda dalam gambar, sepasang stokin (sebab stokin dah masam) beli kat kedai Leviâs dengan sepasang kasut Crocs yang super-sleek-lady-like punya kasut, kak ipar belanja. Dedua kaler pink. Gila betul aku, sejak bila minat pink tah?
Buah tangan untuk dibawak balik. Set teh. Ada teh Jepun (teh hijau tapi bukan macha, yang ni jenis daun), ada earl grey tea untuk berangan minum petang ala-Inggeris, teh bunga sakura dengan teh darjeling. Sumpah aku tak tau tu teh apa. Deal ni pun murah je, 2100 yen semua sekali bersamaan Rm74.
Cerita nak balik dari Iruma ni bukan alang-alang, calang-calang. Balik dari MOP, kami balik semula ke taman yang ada stesen bas tadi. Di situ kami solat jamaâ, disaksikan khalayak yang tak berapa ramai. Aku ambil wudhuâ dalam tandas awam berdekatan, usai je berwudhuâ akak-akak dah panggil.Â
Ada sorang obaa-san (mak cik) approach diorang, bercakap bahasa Jepun. Diorang suruh aku translatekan. Memang hebat sangat nihongo aku sampai boleh translate, memang tak la oi!
Obaa-san tu tanya kak ipar aku, âanatawa isuramu desu ka?â (Awak orang Islam ke?) Disebabkan kak ipar aku terpinga-pinga, aku jawabkan bagi pihak dia. Obaa-san ni tak hadap aku pun, dia duk push soalan kat kak ipar aku. Aku bukan la faham seratus peratus apa dia cakap, tapi ada satu sentence ni telianga aku dapat tangkap, jelas.Â
âIsuramu warui desu ne?â (Orang Islam ni jahatkan?) Obaa-san ni cakap dengan bersambung lagi penjelasan sambil buat gaya âslash-slashâ ala-ala samurai pancung orang.
Aku terpana. Terpana sebab faham apa dia cakap, kedua terpana sebab sumpah aku tak tahu nak jawab apa. Betapa rasa kerdil gila time tu, nak defend agama sendiri, nak jelaskan dan ruang dakwah depan mata, tapi lidah kelu. Hanya kerana bahasa Jepun aku tahap lebih rendah daripada tadika.
Aku mampu cakap, â..... warui desu ka? Hurmm... Obaa-san, dozou.â (..... jahat ke? Hurmm... mak cik, silakan. *pelawa duduk*) Lalu, beliau pun duduk. Bila dia nampak tenang, dia mula bersembang pasal jubah yang aku pakai. Dia kata cantik. Aku layankan je la sambil senyum. Mak cik ni tak ubah macam mak cik kat kampung Malaysia, tau tengok tv yg banyak propaganda je. So, aku tabahkan je la..
Elok je yang lelaki selesai solat, terus obaa-chan ni cabut duduk kat tempat tunggu bas. Takut agaknya.
Sepatutnya dari Iruma kami pergi ke Gyoda, dalam prefecture Saitama juga, ke rumah Abang Hanif. (Abang Hanif ni kawan diorang yang tinggal kat Jepun) Dijadikan cerita, Afeef anak buah aku mukanya naik bengkak sebab alergik. Disyaki alergik telur ayam Jepun. Jadi terpaksa balik ke hotel, dua lagi family teruskan perjalanan ke Gyoda.
Esok hari ke mana Shipona? Lagi haru. Tungguuu~