The beginning of the end.
Hari paling tak aku expect akan berlaku dalam hidup. Selepas lebih 10 tahun melayari perkahwinan, kisah kami berakhir di sini. Di atas persetujuan bersama, tapi adakah dengan kerelaan? Aku tak pasti, yang aku tahu kami sudah berhenti berjuang utk hubungan dan rasa ini.
Di mana silapnya? Kelihatan sempurna dan bahagia di mata orang sekeliling. Terlalu peribadi untuk aku coretkan. Tapi masing² sudah terluka terlalu lama, sehingga bukan lagi darah yang keluar cuma parut sahaja yang masih segar. Kami berjanji, bukan benci pengakhiran kita, jadikan anak-anak sebagai priority dan tetaplah kuat jangan sampai hilang diri sendiri.
Tetapi kenapa hari ini aku rebah. Bukan kerana mengharapkan untuk kembali, tetapi mencari jawapan kenapa mesti begini.
Semoga aku dan dia terus kuat utk semua ketidakpastian.
















