Analisa, analisa, analisa siapa kita.
Adakah mengucap kalimah syahadah,
Solat lima waktu puasa zakat,
Pergi ke Mekah tunaikan haji,
Telah dikira Muslim sejati?
Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan,
Puasa dikerja banyak kekurangannya,
Keluarkan zakat kerana terpaksa,
Tunai Haji untuk pangkat dan nama,
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna.
Kita mengaku adanya Tuhan,
Namun larangan tetap dilakukan,
Ada malaikat kiri dan kanan,
Tidak diendah akan kehadiran,
Percaya Rasul dan para nabi,
Sunnah mereka tidak dituruti,
Quran dibaca tiada penghayatan,
Intipatinya tidak diamalkan.
Hidup akhirat engkau yakini,
masih mengejar nikmat duniawi,
Qadha dan Qadar telah ditentukan,
Ditimpa musibah,
hilang redha dan kesabaran.
Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna?
Makhluk termulia di maya pada,
Kerana tinggi akhlak dan taqwa,
Tapi sekiranya ia tiada,
Renungkanlah diri cari jawapannya.
Analisa, Setinggi manakah taqwa?
Analisa, Semulia manakah kita?
Analisa, Adakah kita hamba kepadaNya?
tanyalah diri kita.
Semoga Allah memelihara kita dlm mencari KeredhaanNya.
#thedaiegraphy #dakwahmudah #abuhanifah #twt_insta #ikutcarakita #imuslimmy #muhasabah #my_genggua #hakhada #thepuisidaie #ragoclans