Hidup selesa di Malaysia (Bhgn. 1)
Semalam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja meluncurkan satu penerbitan berkenaan belanjawan individu di Malaysia sebagai panduan buat rakyat Malaysia seperti yang dinyatakan "A reference budget is a basket, or collection of goods and services that are considered necessary to achieve an acceptable standard of living.
Muat turun di sini.
Jom kita tengok perbelanjaan yang tertinggi iaitu dengan bajet sebanyak RM6,620 sebulan.
Perbelanjaan merangkumi belanja makan (RM1,550), rumah (RM870), kesihatan (RM120), pengangkutan (RM1,040), utiliti (RM310), penjagaan anak (RM1,150), simpanan (RM400), penjagaan kesihatan (RM140), belanja tahunan (RM400), penglibatan sosial (RM250) dan belanja rencam (RM390).
Hurm, parah juga ni? Don't play play oh! Ini Social Wellbeing Research Centre Universiti Malaya yang berkolaborasi dengan KWSP punya kajian, tahu?
Sekarang, mari kita kira berapa pula gaji yang diperlukan untuk memiliki kuasa belanja sebanyak RM6,620 sebulan tu.
Andaian dibuat berdasarkan hanya suami yang bekerja (seorang graduate universiti bekerja di sektor swasta) manakala isteri pula Lisa Surihani, eh silap, suri rumah 😁. Untuk info, nilaian yang diambil untuk semua kiraan ini pula adalah tepat berdasarkan jadual-jadual 2018.
En Suami mestilah mempunyai pekerjaan yang memberi gaji bulanan sebanyak RM7,870! Dengan pendapatan tersebut, ditolak 11% untuk KWSP (RM869), tolak lagi dengan PERKESO (RM19.75), tolak lagi PCB LHDN (RM364.25) dan terkini EIS (RM7.90), memberikan take home pay sebanyak RM6,627.10 (lebih sikit je dari RM6,620).
Persoalannya, di manakah majikan yang mahu memberikan kita gaji sebanyak RM7,870 sebulan? Ya, memang ada di GLC atau korporat besar. Dan sudah tentu ia bergantung kepada kelayakan dan juga pangkat di organisasi tersebut. Ini pun, mungkin kena dah level Manager atau Senior Manager. Untuk yang berusia awal atau tengah 30-an dengan dua anak yang masih kecil, mungkin masih ramai lagi para En Suami yang masih di level Senior Executive atau Assistant Manager.
Kalau kita mengambil En Suami sebagai kakitangan awam pula, unlike pekerja swasta yang mana PCB dikenakan adlah keatas seluruh gaji, gaji bulanan mungkin boleh kurang sedikit kerana tolakan cukai PCB yang dikenakan adalah berdasarkan gaji pokok sahaja. Elaun-elaun yang diterima, baik COLA, ITP, ITKA/keraian dan sebagainya adalah tax-free. Untuk itu, dengan gaji pokok sebanyak RM5,690, tambah jumlah elaun sebanyak RM1,100, ditolak dengan PCB (RM164.95) akan memberikan take home pay sebanyak RM6,625.05. Ini berdasarkan elaun yang diterima oleh pegawai gred 44. Oh ya, tiada potongan untuk PERKESO dan EIS untuk kakitangan awam bertaraf tetap.
Untuk itu, jikalau kita mahukan kuasa belanja sebanyak RM6,620 sebulan, kita mestilah sudah berada di level Assistant Manager di sektor swasta atau gred 44 di sektor awam. Jika belum sampai lagi, kita boleh minta bantuan isteri untuk bekerja bersama bagi menambah baik tahap kewangan keluarga.
Ada juga alternatif lain untuk menokok pendapatan agar dapat menampung perbelanjaan yang diperlukan.
Cubalah saudara-saudari dapatkan pendapatan kedua sepertimana inisiatif yang cuba saya buatkan melalui agensi kecil saya. InshaAllah, kita cuba bantu sesama kita.
#OurSecondIncome
(Anyway, kalau 4 bulan lepas saya masuk kat kategori ini lah. Tapi saya dapat baby baru pada bulan November 2018 haritu, jadi terus saya tersisih dah sebab tiada kategori married couple with three children! Tentulah orang macam saya memerlukan lebih lagi. Maka saya kena kerja lebih kerrraaaasssss. Ahaks!)











