Simpanan KWSP Syariah kini bermula
1. KWSP kini menawaran opsyen simpanan berasaskan Syariah untuk pencarum-pencarumnya. Dan ini sesungguhnya perkembangan yang baik.
2. Simpanan Shariah ini akan efektif pada tahun 2017 dan pendaftaran untuk memindahkan caruman adalah dibuka bermula pada hari ini (8 Ogos 2016). Untuk info juga, proses mestilah secara OTC (over-the-counter) dan pastikan Kad Pengenalan dibawa bersama.
3. Secara ringkasnya, ini lah ciri-ciri utama Simpanan Shariah:
Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah
Simpanan Shariah diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah
Simpanan Shariah diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS)
Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP
4. Untuk mengetahui maklumat berserta videografik lanjut? Klik pautan ini.
p/s: Klien-klien pelaburan unit amanah saya, tuan-puan amat digalakkan untuk memilih opsyen Simpanan Shariah ini - InshaAllah, selamat akhirat.... :)













