" USM TUMPU PENGURUSAN KEJAT 2015 " PULAU PINANG, 1 Disember 2014 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr. Omar Osman menyatakan hasrat universiti untuk menumpukan kepada pelaksanaan pengurusan kejat atau "lean management" yang lebih cekap, berkesan dan produktif dalam menghadapi cabaran dan persaingan pada masa hadapan. "Kita perlu memantapkan proses pengurusan dengan melihat kepada yang berlakunya kerja-kerja yang bertindan dan bertindih untuk dikurangkan dan diselaraskan, berteraskan kepada konsep pengurusan kejat yang sebenarnya telah pun bermula termasuk melaksanakan program naziran untuk tingkatkan produktiviti kakitangan," kata Omar kepada kira-kira 300 orang kakitangan Bangunan Canselori USM yang menghadiri Perhimpunan Bulanan di sini hari ini. #apexuniversity #welead #usm #universitisainsmalaysia #usmcampus #usmworldclass








