Bekas penjaga gol Arsenal, Alex Manninger meninggal dunia selepas keretanya dilaporkan dilanggar kereta api
Bekas penjaga gol Arsenal dan Austria, Alex Manninger meninggal dunia selepas keretanya dilaporkan dilanggar kereta api di Salzburg pada Khamis, lapor AP. Manninger berusia 48 tahun dan bermain untuk beberapa kelab di Eropah, termasuk Juventus dan Salzburg. Banyak kelab memberi penghormatan di media sosial. “Kami meratapi bekas penjaga gol kami, Alexander Manninger, yang kehilangan nyawanya…













