Astaghfirullahal‘azim, suatu lafaz yg lazim dlm kehidupan kita sebagai hamba Allah s.w.t. Lafaz di bibir mengucapkan & hati tidak henti membisikkan kalimah ini setiap kali memohon keampunan dari Rabb al-‘Azim. Keampunan dtg dari rahmat Allah s.w.t. & sedarlah bahawa, Allah s.w.t tidak pernah melupakan hambaNya yg sentiasa mengingatinya. Firman Allah s.w.t yg bermaksud: “Dialah yg Maha Pengampun & lagi Maha Pengasih” (al-Burj 85:14). “Sesiapa yg ada kesalahan dgn saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, krn sesungguhnya disana tiada lagi wang ringgit utk dibuat bayaran (yg ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yg ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan org itu lalu diletakkan keatasnya” (HR Bukhari). Jika kita melakukan kesilapan terhadap org lain, segeralah memohon kemaafan dari mereka, krh sesungguhnya perbuatan yg menyakiti hati org lain, blh menyebabkan ‘pintu hitam’ terbuka dlm perhubungan kita sesama manusia.Lagi pula, kita tidak tahu bila ajal akan menjelma menjemput kita kelak. Begitu juga sebaliknya, kadang bkn mudah utk memberikan kemaafan, ada juga yg mengatakan tidak akan memaafkan sampai bila-bila & ada juga yg memberi maaf tapi masih berdendam. maafkanlah & mohonlah maaf sesama manusia, krn ia cukup bermakna. Jgn mengharapkan supaya memaafkan kita, kita telah mencuba. Namun letakkanlah kepercayaan & keyakinan kita pada Allah s.w.t. Jgn pernah putus asa terhadap keampunan Allah s.w.t, InsyaAllah. Wallahhu Ta'ala A'lam. #thedaiegraphy #dakwahmudah #abuhanifah #tribulasi365hari #my_genggua #twt_insta #ikutcarakita #muhasabah #maaf #vscodakwah #ragoclans