Kelebihan Mempelajari Banyak Bahasa
Seperti yang semua tahu, bahasa adalah alat yang digunakan untuk berhubung. Mengetahui lebih daripada satu bahasa merupakan kelebihan untuk seseorang. Antara kelebihan itu adalah:-
Ā 1)Ā Ā Ā Ā Ā Memudahkan kita untuk berhubung dan berkomunikasi dengan orang lain.
ā”ļø Ini adalah kerana apabila kita dapat menguasai sesuatu bahasa itu dengan baik, kita akan lebih yakin untuk bercakap dengan orang lain. Bukan itu sahaja, kita juga akan dapat bertutur dengan pelancong yang datang ke negeri kita, menolong mereka apabila mereka memerlukan bantuan. Jika kita hanya mengetahui satu bahasa, iaitu bahasa kita sendiri, kita akan mendapat kesukaran untuk menolong pelancong asing yang menghadapi kesusahan seperti tersesat dan sebagainya.
Ā ā”ļøIni juga dapat memudahkan kita apabila kita melancong di negara orang. Kita dapat berurusan dengan pekedai-pekedai di luar negara. Kita juga dengan mudah akan dapat meminta bantuan jika kita dalam kesusahan semasa berada di negara orang.
Ā Ā 2)Ā Ā Ā Ā Ā Memudahkan seseorang itu memperolehi ilmu pengetahuan.
ā”ļøApabila seseorang itu mengetahui banyak bahasa, mereka akan dengan mudah memperolehi ilmu pengetahuan, contohnya melalui pembacaan buku atau internet. Kerana kebanyakan buku-buku ilmu pengetahuan ditulis dalam bahasa asing, seperti bahasa Inggeris. Jadi seseorang itu perlu untuk menguasai bahasa itu sebelum memperolehi ilmu itu.
Ā ā”ļøDi dalam Al-Quran, ada bermacam ilmu pengetahuan yang dapat diperolehi. Mengetahui bahasa Al-Quran iaitu bahasa Arab, akan memudahkan seseorang itu untuk memahami ayat-ayat Al-Quran dengan cepat tanpa perlu merujuk kepada tafsir atau terjemahannya. Bukan itu saja, ia akan dapat meninggalkan berbagai macam perasaan kepada seseorang apabila mengetahui bahasa Arab ketika membaca Al-Quran.
3)Ā Ā Ā Ā Ā Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran keluar negara.
ā”ļøApabila seseorang pelajar itu dapat menguasai banyak bahasa asing, ini akan memberikan banyak pilihan kepada pelajar untuk memilih negara mana yang akan menjadi medan perjuangannya dalam menuntut ilmu.
Ā 4)Ā Ā Ā Ā Ā Mudah urusan pencarian pekerjaan.
ā”ļøDengan mengetahui banyak bahasa asing, seseorang itu akan mendapat kelebihan semasa mencari pekerjaan. Kebanyakan syarikat memerlukan pekerja yang dapat bertutur bahasa antarabangsa seperti bahasa Inggeris untuk memudahkan interaksi bersama pelanggan. Bukan itu saja, dapat menguasai bahasa asing ini dapat memudahkan urusan pekerja seperti pramugari atau pemandu pelancong untuk berinteraksi dengan penumpang mereka.
Ā Ā 5)Ā Ā Ā Ā Ā Dapat mengeratkan silaturahim.
ā”ļøApabila seseorang itu berada di dalam sesuatu majlis yang bertarafkan antarabangsa contohnya, mengetahui banyak bahasa asing dapat memudahkan seseorang itu untuk berinteraksi dengan orang ramai. Perkara ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama manusia.
6)Ā Ā Ā Ā Ā Dapat mengetahui seseorang tu sedang mengata kita atau tidak.
ā”ļøBerkebolehan menguasai bahasa asing kerap digunakan untuk tujuan yang tidak mendatangkan manfaat seperti mengumpat atau mengata orang. Seseorang itu dapat mengetahui sama ada dirinya sedang diperkatakan atau diumpat apabila dia juga dapat menguasai bahasa asing itu.
Ā Itu adalah di antara kelebihan mempelajari banyak bahasa. Ada banyak kelebihan sebenarnya, tapi hanya itu yang dapat diutarakan. Mempelajari banyak bahasa tidak merugikan satu individu itu, bahkan memberikannya kelebihan dalam banyak perkara. Jika ada yang berkeinginan untuk mempelajari bahasa asing, jangan putus asa. Teruskan usaha mencari kelas bahasa. In Shaa Allah, semuanya dipermudahkan Allah Subhanahu Wa Taāala.








