Allah uji sebab Allah sayang sangat dengan kita.
Allah uji sebab Allah mahu ampunkan dosa kita.
Allah uji sebab Allah hendak beri pahala kepada kita.
Allah uji sebab Allah hendak tinggikan darjat kita.
Allah uji sebab Allah hendak ukur iman kita.
Allah uji sebab Allah hendak bagi syurga kepada kita.
Yakinlah ujian tanda kasih sayang Allah pada hambaNya,
Jika Allah menghendaki kebaikan untuk hamba,
Selepasnya ada ganjaran pahala tanpa batas,
Bagi mereka yang sabar dengan ujian.
Dengan ujian yang sedikit,
Allah pasti berikan pahala yang bukan sedikit.
“Ish mana ni? Hari ni tak ada ke?” Salina merungut sambil memeriksa semua buku-buku yang ada di dalam beg sandangnya.
“Kau cari apa ni? Dari jauh aku tengok, kau asyik belek buku kau je.” Suria datang menegur.
“Aku cari nota tu,” jawab Salina sambil terus membelek setiap helai kertas yang ada di dalam failnya.
“Alah, nota layang tu. Yang selalu ada kat buku atau kertas aku tu,”
“Laa yang tu ke.. Itulah kau. Cari sangat nota tu sampai lupa kat mana buku nota kau, kan?” Suria bertanya.
‘Buku nota?’ Salina bertanya sendiri.
“Ya Allah! Aku tertinggal buku nota aku kat kelas lahh. Kau tunggu sini. Aku pergi ambil jap.”
“Hey! Hey! Kau nak pergi mana tu? Buku nota kau kat sini lah. Aku dah tolong bawakan tadi,” kata Suria, mematikan langkah Salina.
“Terima kasih Su,” kata Salina sambil tersenyum.
“Sama-sama. Kau pergilah tengok kot-kot nota layang kau tu ada kat sana,” arah Suria.
Tanpa berlengah lagi, terus Salina membelek buku notanya itu. Sesaat kemudian, dia tersenyum. Suria juga turut tersenyum melihat telatah Salina, ‘dah jumpalah tu.’
Salina membaca kata-kata yang tertulis pada nota itu:
“You must be patient. Even if the pains of waiting and wishing and praying tire you, be patient. Even when long periods of time pass by and others are blessed with what they have been praying for while you still wait, be patient. For Allah does not waste the effort of the doers of good. He delays His response only to hear you call to Him more. Be patient. For what awaits you is sweeter than the bitterness of longing.”
Mata Salina bergenang dengan airmata membaca nota layang yang hampir setiap hari dia terima sejak 5 bulan yang lalu. ‘Pengirim ni macam tahu-tahu je yang aku tengah cari dia, dan dia suruh aku menunggu dengan sabar,” detik hati Salina.
Dia tidak tahu siapakah gerangan yang meletakkan nota layang dalam buku-buku atau nota dia. Pernah dia cuba selidik, tapi tak pernah berjaya. Nak bandingkan melalui tulisan tangan pun susah, sebab nota layang ni di cetak. Salina mengeluh.
“Kau ni kenapa Lin? Tadi bukan main kau cari nota tu. Sekarang, bila dah jumpa, kau mengeluh pulak,” Suria bertanya hairan.
“Aku bukannya apa Su. Aku cuma nak tahu siapa yang bagi nota ni. Dah hampir setengah tahun dah, tapi aku masih tercari-cari gerangan yang melayangkan nota ni dalam buku-buku aku,” rungut Salina. Suria tersenyum.
“Lin.. Lin.. Mungkin belum tiba uhuk uhuk uhuk,” Suria terbatuk.
“Su, kau okey ke ni? Kau sakit eh?” Salina bertanya.
“Taklah. Aku ok..uhuk uhuk uhuk,” Suria terbatuk lagi.
“Kau apa? Kau okey? Jangan nak tipu aku lah. Nah minum air ni,” arah Salina.
Beberapa ketika kemudian, batuk Suria pun surut. Dia tersenyum,
“Sayang jugak kau kat aku ya Lin,”
“Kau tu kawan aku, Su. Takkanlah aku tak sayang,” cebik Salina. ‘Suria ni memang mengada-ngada,” Salina bermonolog.
“Lin… Kalau lah aku tak ada esok-esok, kau buat apa eh?” Suria bertanya.
“Tak ada? Kau nak pergi mana ni Su?” Salina bertanya kehairanan.
“Bukan nak pergi mana-mana. Tapi kot-kot lah jodoh aku sampai dulu, kau macam mana ya?” Salina tercengang mendengar pertanyaan Suria.
“Ya Allah! Perempuan ni, gatal jugak kau ye. Belum apa-apa lagi, kau dah fikir nak kahwin? Ish ish teruknya,” kutuk Salina.
“Aku bukan cakap pasal kahwin lah Cik Salina oi,” marah Suria.
“Habis tu, kau tengah cakap pasal apa ni?” Salina bertanya kebingungan.
“Buat pengetahuan kau, jodoh ni bukan tang kahwin je lah. Yang aku maksud kan tu, kot-kot lah jodoh aku dengan ajal sampai dulu, kau macam mana? Mesti kau rindu aku kan bila aku pergi dulu,” Suria membetulkan tanggapan Salina.
“Yang kau cakap pasal ajal maut ni apasal Suria? Kau jangan nak cakap bukan-bukan Su. Hish.. Aku tak suka lah. Dah dah, tukar topik,” marah Salina. Dia paling tak suka dengar bab-bab mati ni, walaupun kita digalakkan untuk sentiasa mengingati mati. Sebab dia tak dapat nak bayangkan apa yang akan terjadi pada dia kalau orang yang dia sayang, tinggalkan dia. Kalau boleh, biarlah dia yang pergi dulu, supaya dia tidak perlu rasa kehilangan.
“ Bukan kita cakap pasal orang yang melayangkan nota ni ke tadi? Ni melalut pasal ajal maut ni apasal?” Sambung Salina.
Suria tersengih, “entahlah Lin, aku pun tak tahu macam mana boleh terpesong ni.”
“Pasal nota ni, maybe belum tiba masanya kot untuk kau tahu siapa orang tu. Maybe dalam sedikit masa lagi, pasti kau akan tahu jugak siapa orang tu. Kau sabar eh..” Suria memujuk.
“Hmm.. Yalah yalah.. Dah jom balik. Aku tengok kau tu macam tak sihat. Pucat semacam je aku tengok,” Salina mengajak.
“Mana Suria ni? Dah empat hari dah tak masuk kelas. Takkan ponteng kot? Tapi dia ni, bukannya jenis ponteng kelas. Entah-entah dia sakit tak? Ya Allah, kau sembuhkanlah sahabat aku nan seorang itu jika dia benar-benar sakit ya Allah, aamiin ya Rabb. Nanti aku pergi rumah dia in shaa Allah,” Salina bermonolog.
Seperti biasa, Salina membelek semua buku-buku nota nya untuk mencari nota layang yang selalu diselitkan di dalam buku-bukunya. Setelah hampir 10 minit mencari, dia hampa.
“Dahlah empat hari Suria tak masuk kelas, nota layang tu pun, dah empat hari tak melayang dalam buku-buku aku ni. Takkan cuti jugak kot,” Salina berfikir.
“Ke orang yang layangkan nota tu orang yang sama? Hmm.. Takkan Suria kot?” Lama Salina berfikir tapi masih tak dapat jawapannya.
“Ah, aku jumpa Suria sajalah,” Salina memutuskan.
“Assalamu’alaikum!” Salina mengetuk rumah Suria.
“Wa’alaikumussalam”,” kedengaran suara dari dalam menyahut.
“Eh Salina.. Nak jenguk Suria ya?” Ibu Suria bertanya.
“Ya auntie. Empat hari dia tidak masuk kelas. Suria sakit ya auntie?” Salina bertanya.
Mendengar pertanyaan itu, muka ibu Suria kelihatan suram dan sedih.
‘Allah! Aku salah cakap ke?” Salina gelisah.
“Auntie, auntie okay ke?” Bukan nak tenang, tapi mata ibu Suria makin bergenang dan berlinangan.
“Ya Allah! Auntie, auntie okay ke ni? Mari kita masuk ke dalam auntie,” Salina mengajak.
Salina terus memimpin ibu Suria masuk dan membawanya duduk di ruang tamu.
“Kenapa ni auntie? Kenapa auntie nangis ni? Suria mana auntie?” Salina memulakan pertanyaan.
“Auntie tak tahu macam mana nak beritahu kamu Salina. Tapi auntie harap kamu kuat ya lepas auntie ceritakan hal sebenar tentang Suria,” ibu Suria membuka cerita.
“In shaa Allah auntie. Auntie jangan risau ye,” Salina menenangkan ibu Suria.
“Dah hampir sebulan, Suria batuk-batuk. Kami fikir, batuk biasa sahaja. Tapi sejak seminggu yang lepas, Suria demam panas. Dan lima hari yang lepas, batuk Suria semakin teruk dan mengeluarkan darah. Kami bawa Suria ke hospital, buat check-up. Sehari lepas tu, kami dapat tahu, Suria…” Ibu Suria menangis membuatkan percakapannya terhenti.
“Suria kenapa auntie?” Salina bertanya kerisauan.
“Suria menghidap kanser paru-paru, tahap akhir, Salina. Peluangnya untuk terus hidup amat tipis,” ibu Suria memberitahu.
“Ya Allah!” Salina tergamam. “Suria kat mana sekarang ni auntie?”
“Dia ada dalam bilik dia. Auntie lepas bawa dia pergi jumpa doktor tadi. Doktor sarankan dia masuk wad, tapi dia menolak keras. Auntie tak tahu nak cakap macam mana lagi,” keluh ibu Suria.
“Boleh saya tengok Suria, auntie?” Salina bertanya.
“Pergilah jenguk dia. Ada dalam bilik dia tu,” arah ibu Suria.
Salina bangkit dan menuju ke bilik Suria.
Di dalam bilik Suria, Salina merenung sedih Suria yang sedang enak tidur. Siapa sangka, orang yang sentiasa tenang itu boleh dihinggapi penyakit merbahaya. Dia teringat kata-kata Suria seminggu yang lalu, apa yang akan dia buat kalau Suria pergi dulu. ‘Aku tak tahu, Su. Aku tak dapat nak bayangkan kalau kau tak ada, Su,” Salina bermonolog.
Salina duduk di atas kerusi yang ada di tepi katil. Termenung. Entah kenapa, airmatanya tidak sudi untuk turun, sedangkan dia adalah seorang yang sensitif. Seperti kata Suria, ‘cengeng.’ Salina tersenyum hambar mengingatkan kenangan yang dilalui bersama Suria. Mereka memang sudah lama kenal, sejak sekolah menengah lagi. Masing-masing memang sudah masak dengan perangai masing-masing.
Sedang Salina duduk mengimbau kembali kenangan lalu, dia terpandang sesuatu diatas meja belajar Suria, sesuatu yang menarik perhatiannya. Salina berjalan dan menilik barang yang menarik perhatiannya itu, balang kaca yang penuh dengan gulungan kertas warna-warni. Dia membuka balang itu dan mengambil satu gulungan kertas.
“Masha Allah! Kenapa kertas ni macam sama je dengan nota layang yang aku terima? Suria terima nota layang tu jugak ke? Atau telahan aku tepat?” Salina bertanya pada dirinya sendiri. Tapi dia tidak menemui sebarang jawapan. Di atas kertas tu tertulis:
Tidak pernah Allah memberikan ujian kepada hamba-hambaNya semata mata untuk melemahkan hati mahupun diri mereka yang sedang diuji. Tetapi sebaliknya untuk menguatkan keperibadian dan memantapkan keimanan mereka yang Dia cintai, apakah dirimu masih sangsi? Cubalah dengan membandingkan dirimu yang dahulu dengan yang sekarang ini, bersama ujian, apakah dirimu masih sama seperti dulu lagi?
“Ya Allah! Sungguh, diriku dulu dan sekarang adalah sangat berbeza. Aku bersyukur kerana Kau menegurku dan memberi aku petunjuk melalui nota layang ini, walaupun aku masih belum mengetahui gerangan yang melayangkan nota-nota ini di dalam buku aku. Kau permudahkanlah urusan ku Ya Allah!” Salina berkata.
Seraya berkata, Salina menoleh kearah Suria. Dia terkejut kerana ternampak muka Suria berlinangan dengan airmata. Dia bergegas menuju ke katil Suria dan terus memegang tangan Suria dan mengelap titisan airmata yang mengalir dari kelopak mata itu. Suria membuka mata sambil tersenyum.
“Assalamu’alaikum Su. Kau dah lama bangun ke? Sorry eh, aku tak sedar yang kau dah bangun,” Salina membuka bicara.
“Wa’alaikumussalam warahmatullah. Dah lama aku tak jumpa kau, Lin. Aku rindu,” makin menitis airmata Suria bila menuturkan kata-kata itu. Salina berasa sebak mendengar kata-kata Suria lalu terus memeluk sahabatnya itu.
“Aku juga rindu kau sangat-sangat Su,” Salina menjawab. Airmatanya menitis, tapi disekanya cepat. ‘Aku kena kuat. Suria tak boleh tengok aku nangis. Aku mesti kuat supaya dia kuat. Ya Allah! Kau berikanlah kami kekuatan Ya Allah!’ Hati Salina berkata.
“Kau sabar ya Su. Aku tahu kau kuat. Kau banyakkan doa supaya kau diberi kekuatan ye,” Salina memujuk Suria.
“Lin, ada sesuatu yang aku nak beritahu kau. Sebenarnya….selama ni, nota layang yang kau terima tu adalah daripada aku Lin. Aku sengaja beri kau nota layang tu, sebab aku tak ada keberanian nak tegur kau secara berdepan. Maafkan aku Lin,” Suria berterus-terang.
Salina hanya mampu tersenyum. “Aku dah agak, Su. Selama kau tak masuk class, nota tu jugak tidak melayang dalam buku-buku aku.”
“Aku minta maaf Lin. Lepas ni, mungkin kau takkan jumpa lagi nota layang tu dalam buku-buku kau. Kau hanya akan menjumpainya di dalam bilik kau,” Suria menjelaskan.
“Apa maksud kau, Su?” Tanya Salina.
“Tu balang kaca tu, yang dah kau buka tu, aku hadiahkan untuk kau. Setiap hari, kau hanya boleh membaca satu gulungan kertas. Gulungan yang sudah kau baca tu, kau simpan dalam balang yang lain, dan recycle untuk akan datang,boleh Lin?”
“In shaa Allah Su,” kata Salina. Dia tidak sangka sahabatnya ini sanggup menyediakan banyak nota hanya untuk mengingatkan dia selalu. Memang selama ini, dia selalu lupa dan leka. Walaupun Suria selalu mengingatkannya, tapi dia tidak pernah endah langsung. Dia hidup dalam dunia dia sendiri. Sehinggalah pada satu hari, nota layang yang pertama dilayangkan diatas buku notanya, yang tertulis,
“When you are thinking of Allah and your eyes fill with tears.
Know that Allah has a place in your heart.
Don’t let the place go, ever.”
Kata-kata itu membuatkan Salina berasa sebak. Nota itu datang tepat pada waktunya, pada ketika dia hampir berputus asa. Dia memang selalu menidakkan kehadiran Penciptanya dihatinya. Bak kata orang, hidayah itu Allah dah bagi, tapi terserah pada kita sama ada nak ambil atau tak nak ambil hidayah tu. Dan dia…ambil masa yang lama untuk grab hidayah tu.
Salina menoleh pada Suria yang pucat. Digenggamnya tangan Suria erat untuk memberi kekuatan padanya sekaligus mengalirkan sedikit kekuatan untuknya supaya tidak menitiskan airmata depan Suria.
“Kau kena kuat ya Lin. Kau kena tabah. Ini dugaan untuk kita. Nanti, bila aku dah tak ada, kau jangan nangis eh. Nanti aku tak tenang kat sana. Kau mesti teruskan perjuangan kau, tapi maaf, aku tak dapat nak temankan kau lagi. Sampai di sini saja aku diizinkan untuk menemani kau. Aku sayang kau….lillahi Ta’ala.” Suria berkata.
“Aku juga sayangkan kau, Su…lillahi Ta’ala,” balas Salina.
‘Kau sahabat aku dunia akhirat Su. Yang sanggup bertahan, yang sanggup tutup mata, tutup telinga dengan perbuatan aku yang amat menyakitkan hati dulu. Terima kasih Ya Allah! Kerana mengizinkan hambaMu ini untuk menemui jalan pulang. Thank you Allah!’ Salina menyambung di dalam hati.
Sahabat, berdoalah, mohon pada Allah, supaya diberi kekuatan untuk menghadapi ujiannya yang berisi hikmah. Pohonlah kekuatan daripadanya, kerana aku tidak dapat lagi untuk menyalurkan kekuatanku untuk memberimu semangat. Kuatkanlah dirimu, kebalkanlah hatimu wahai sahabat! Qowiy lillahi Ta’ala!
“Ya ummi?” Salina bertanya.
“Mari. Kita pergi rumah auntie. Kejap lagi jenazah akan tiba kat situ, nak diuruskan,” ibu Salina berkata.
“Baiklah ummi,” hanya itu yang mampu Salina tuturkan. ‘Ya Allah, kau ikhlaskanlah hati ku untuk melepaskannya. Kalau auntie mampu buat, aku pasti boleh. Aamiin Ya Rabb,” doa Salina sebelum menyertai ibunya keluar daripada bilik.
Sahabat, aku tak minta banyak. Aku hanya ingin kau titipkan doa untukku bila aku pergi menemuiNya. Kau selitkanlah nama ku dalam setiap doamu, ya sodiqati!
Sahabat, kalau kau tidak menemuiku di syurga nanti, kau carilah dan tariklah aku keluar daripada neraka. Kerana sesungguhnya, ukhwah yang ikhlas kerana Allah itu amat dicintai dan dilindungi Allah.
~TAMAT~
Dibuat oleh: <3 Cahaya MR