❤️Namchee Bazaar, 3440 meters ❤️ Sepanjang kami berada di Namchee Bazaar ini cuaca mendung dan berawan. Malahan sebelah petang akan turun hujan samada renyai-renyai atau lebat. Bulan Aug-Sept ini dikatakan off season kerana kebanyakan kedai mahupun lodge yang ada tidak buka sepenuhnya.Kebanyakkan pekerja datang dari daerah-daerah lain juga maka ketika ini kebanyakkan masih tidak datang ke Namchee Bazaar. Selain itu, off season bermakna jumlah pelancong atau pendaki yang datang tidaklah seramai ketika musim-musim orang mendaki gunung everest. Kehidupan disini simple dengan keperluan asas seperti sayuran dan ternakan dipelihara sendiri dan ada juga barang-barang yang dibawa dari Lukla dan Kathmandu. Suasana di pekan Namchee Bazaar kita ini banyak kedengaran pertukangan kerana persediaan untuk musim peak nanti. #namcheebazaar #nepaleveresttrek #mountainlovers #hikingmalaysia #everestbasecamp (at Namche Bazar) https://www.instagram.com/p/Ch8yuLqpyls/?igshid=NGJjMDIxMWI=

















