Andrea “Andi Spyral” Espinosa
Three Goblin Art

祝日 / Permanent Vacation
PUT YOUR BEARD IN MY MOUTH
Not today Justin
will byers stan first human second

ellievsbear
YOU ARE THE REASON

JVL
tumblr dot com
Sweet Seals For You, Always

⁂
"I'm Dorothy Gale from Kansas"
let's talk about Bridgerton tea, my ask is open
hello vonnie
2025 on Tumblr: Trends That Defined the Year

izzy's playlists!
taylor price

★
occasionally subtle
Cosmic Funnies

seen from Türkiye

seen from United States
seen from United States

seen from Singapore
seen from Malaysia
seen from United States

seen from Canada

seen from United States
seen from Malaysia
seen from Iraq
seen from Peru
seen from Iraq
seen from United States
seen from Malaysia
seen from Türkiye
seen from United States
seen from T1
seen from United States
seen from Qatar
seen from Türkiye
@mintypudding
Andrea “Andi Spyral” Espinosa

Anya is live and ready to show you everything. Watch her strip, dance, and perform exclusive shows just for you. Interact in real-time and make your fantasies come true.
Free to watch • No registration required • HD streaming
Rabak
Aku benar sukakan dia, aku cuma harap dia sukakan aku balik tapi malangnya aku ditolak dan berkata kita harap kita cuma kawan sahaja, maka diriku kecai. Bayangkan diriku ini adalah kaca, bayangkan kaca itu dipenuhi perasaan, jika jatuh maka berpecah jadi perasaan itu di merata-rata tempat dan telah disapu bersih dan dibuang, apa yang tinggal?
keesokan hari segala emosi aku telahpun hilang sewaktu aku bangkit. Perasaan gembira, gelak ketawa, tak ada. Aku bagaikan sebuah patung yang tidak mempunyai emosi, tak ada hati kecuali longgokan kapas.
"Kau kenapa ni Mai? Moody semacam je hari ni. Kau ok tak?" kata Beatrice, aku tak memandang pada wajah dia lalu aku hembus nafas secara perlahan berkata "Takde apa-apa. Aku ok je." tanpa sebarang perasaan. "Aku rasa macam kau tak ok. Seriusly cuba cerita kat aku, apa sebenarnya yang dah berlaku ngan kau? Kau gaduh ngan family ke apa?" sekali lagi aku tak terkata apa-apapun hanya mampu memberi jawapan yang sama dan aku terus beredar meninggalkan kawan baik aku.
Aku berada di kafe seorang diri terdengar suara lelaki, ternyata dia berada di meja di sebelah aku bersama perempuan lain, aku perhatikan dia berceloteh gila-gila dengan awek cantik tu sambil menyuap makanan macam pengantin. Takpelah..he deserves someone like her better than me. Maka aku beredar tak mahu melihatnya lagi. Sambil aku beredar, dia baru perasan aku.
Meanwhile. aku buka henfon terdapat 30 missed calls dari si dia bersama dengan 3 mesej diterima.
Mesej 1:
Maya, tadi I nampak you kat kafe. I tengok you macam moody je.
Mesej 2:
Maya, you ok tak ni? Kenapa you tak balas mesej I ni?
Mesej 3:
Maya??
Berapa lama aku nak bertahan? Sampai dia dah kahwin? Dah beranak?
"Awak. Saya nak bagitahu something kat awak boleh? Benda penting ni."
"Cakap je, Sya. Anything."
"Saya nak berterima kasih sebab dapat lepak dengan awak tapi kita takkan bersama lagi dah."
"Eh? Kenapa pulak"
"Sebenarnya...Saya dah berpunya dan saya akan berkahwin tak lama lagi. Maaf la sebab tak bagitahu awak pasal ni, saya takde niat nak kecikkan hati awak. Tapi..saya harap kita cuma kawan saja macam yang lain, sorry ye."
Huhhh..dia pun kena reject sekarang dia dah tahu yang Sya akan berkahwin. Serves you right.
Sudah beberapa hari aku hilang emosi sejak kes itu, aku betapa di pantai seorang diri, nak nikmati udara pantai lalu kebetulan si dia muncul dari belakang dan duduk di sebelah aku.
"Kebetulan pulak you kat sini." aku tak hiraukan apa-apa dengan dia.
"Mai. Sebenarnya I takda niat nak sakitkan hati you, I tahu yang you sukakan I tapi I tak sengaja nak tolak you and kata macam tu tapi kali I perlukan you." sikit pun aku tak hiraukan dia walaupun dia dah menyesal aku hanya mampu berdiam diri di sebelahnya, apa yang dia cakapkan tapi apa boleh buat adalah membuat benda yang sama seperti dia buat pada aku. Menolak. Si dia beredar meninggalkan aku seorang diri, Air mata seperti air hujan mengalir di pipi.
"Maaf...."
Jantung
Ring-a-ring o' roses, a pocket full of posies, ashes, ashes we all fall down
....Gotcha....
"Gadis ditemui mati di lorong. Lagi?" kata Jeff sambil letak surat khabar dan menegup secawan nescafe tarik di warung. "Perempuan..biasa la tu bah..selalu jadi mangsa di malam hari. Nak buat macam mane dowh." kata Alfred dengan tidak hirau apa yang dikatakan oleh Jeff seperti tidak ada apa yang berlaku dan anggap sebagai perkara biasa. Sambil menegup sambil terdengar gosip yang sama dari sekumpulan lelaki dari meja sebelah mereka berkenaan dengan gadis malang itu lalu mereka berdua berpaling sesama sendiri.
Alfred dan Jeff berada di perpustakaan untuk mencari artikel mengenai kes pembunuhan itu melalui laptopnya untuk mencari info selanjutnya tetapi tiada apa-apa, menyoaljawab dengan beberapa pelajar lain, pun tiada tiba-tiba seorang lelaki berkaca mata berpakaian hipster muncul di depan mereka, mungkin dia tahu tentang kes bunuh itu. "Assalamualaikum, korang, saya rasa saya tahu pasal kes tu." lalu mereka menarik lelaki itu dan minta sedikit info.
"Ha..Cepat la gitau." kata Jeff.
"Well, to be honest pasal mayat perempuan tu ditemui mati dengan berlumuran darah di dada. Menurut forensik, didapati dada perempuan tu berlubang besar, sebesar kayu besbol tembus dan jantungnya dah takde. Dalam beberapa minggu lepas pun ada kes yang sama macam ni. Kebanyakan perempuan muda."
"Ada apa-apa lagi info pasal pembunuh tu tak?" soal Alfred.
"Mmmm..Pasal pembunuh tu saya tak tahu la bang. Maaf, Saya gerak dulu ya, Assalamualaikum." lelaki itu beredar dari tempat duduk dan keluar dari perpustakaan. Segala informasi yand disebut itu telahpun dicatat oleh Jeff secara lengkap. "Hmmm, dada ditembus dan biar telopong luas, jantung pulak takde. Jangan kata pembunuh tu ambik jantung dan jual kot." kata Alfred dengan kebuntuan sambil bermain-main dengan sebatang pen di celah jarinya. "Mungkin jugak. Tapi info ni macam tak cukup." mereka beredar dan Jeff pula terlanggar seorang lelaki yang berwajah pucat dan terus beredar begitu sahaja tanpa meminta maaf kepada Jeff. Jeff menggaru kepala yang tidak gatal dengan rasa kebuntuan dengan lelaki pelik itu. Mungkinkah itu?
Sudah lewat malam, seorang gadis cina berpakaian seksi pulang ke hotel dalam keadaan mabuk seorang lelaki muda datang membantu gadis itu berjalan pulang ke hotel dan meletakkannya di atas katil. Setelah si gadis mabuk sudah terlelap, lelaki itu meletakkan bantal ke atas muka supaya dia tidak dapat bernafas, lelaki itu pula menggunakan tangannya lalu menembusi dada gadis itu dan mencabut jantungnya keluar dari badan. Setelah selesai, dia menyelimut perempuan itu dan beredar keluar dari hotel sambil senyum sinis.
"Asshooooh!! Alhamdulillah." Jeff bersin dengan kuat sehingga bergema satu dewan kuliah. Alfred sedekahkan sehelai tisu kepadanya. "Bless ya." ucap Alfred selepas mendengar Jeff bersin.
Beberapa pelajar berkumpul melihat di papan kenyataan, Jeff dan Alfred juga turut mencelah untuk melihat apa yang ditampal di papan, ternyata seorang gadis cina didapati hilang, gadis itu merupakan gadis cina yang mabuk. Jeff terserempak dengan lelaki misteri yang sama berdiri disebelahnya lalu hilang. Apasal dengan dia tu ek? Pelik...
"Kau cakap ngan siapa bro?" tanya Alfred sambil menepuk bahunya. "Takdak siapa Fred, bayangan aje, dah la jom makan." melainkan menjamu makan tengah hari, mereka masih lagi mencari sebarang info tentang pembunuh, setahu Jeff dengan perasaan kebuntuan, dia memikirkan lelaki misteri itu mungkin dia pembunuh?
"Kau kenapa Jeff?" tanya Alfred.
"Aku fikir pasal budak pucat tu. Mana tahu dia tu pembunuh, tengok perangai dia pun boleh tahu."
"Bro.. kau jangan cakap macam tu, kita kena tanya dulu macam mana." ujar Alfred setelah Jeff setuju dengan cadangan dia, mereka mula mencari lelaki itu dan menyoal siasat. Merata-rata tempat termasuk satu kampus tidak dijumpai maka mereka terus mencari di bandar pun sama lalu datang seorang lelaki dalam 40-an tahu yang mereka mencari lelaki pucat itu lalu diberitahu bahawa lelaki itu berada di bawah jambatan keretapi dan juga diberitahu bahawa nama lelali itu adalah Farouk, disitulah tempat dia melepak.
"Farouk!" jerit Jeff.
"Aku tahu korang cari aku. Aku nak tanya, apa motifnya?" tanya Farouk gayanya seperti tidak memandang mereka berdua.
"Kitorang datang cuma nak pastikan yang kau ni betul-betul bunuh awek-awek tu..baik kau mengaku cepat."
"Apa yang kau cakapkan ni? Jujur aku cakap, hal-hal membunuh ni bukan kerja aku, tolonglah faham." ujar Farouk dengan rasa bengang sambil menggenggam tangan dan mengarah mereka beredar meninggalkan dia seorang diri. Mereka berfikiran pelik dengan kata-kata Farouk seperti mereka tidak percaya tetapi Jeff perasan ada sebilah pisau di dalam poket jaketnya.
"Abang, jangan tinggalkan adik bang..Jangan tinggalkan adik!!" Farouk tersedar dari tidur. Azan berkumandang, Farouk terpaksa keluar dari rumah untuk ambil angin,
Jeff dan Alfred betapa di warung char kuey teow masih tidak berpuas hati dengan sikap Farouk. "Damn.. aku pasti yang bunuh tu si Farouk..No doubt tapi aku heran, kenapa dia kata tu bukan kerja dia sedangkan dia simpan pisau poket baju dia?" kata Jeff. "Dia simpan pisau ke?" tanya Alfred dengan mulutnya penuh dengan kuey teow. "Iye la, aku perasan ade pisau kat dalam poket dia, kau je yang tak perasan and satu benda je aku nak bagitahu kau...lain kali jangan soal ngan mulut penuh makanan..tak elok. Tak tahu adab masa makan ka Fred oii." ujar Jeff sambil mengelap mulut Alfred dengan tisu secara ganas ketika melihat muka Alfred yang begitu comot di mulutnya. Alfred pula melepaskan tangannya dan mengelap mulutnya sendiri.
"Ish..kau ni....aku rasa pisau tu kecik sangat takkanlah nak guna pisau untuk tembus dada orang macam tu sekali rasanya motif Farouk simpan pisau tu sebab dia ada plan lain."
"Maaf..awak ada cakap pasal Farouk ke?" kata seorang makcik yang muncul dari belakang mereka. "Maaf, makcik tak sengaja nak takutkan kamu berdua tengah makan ni tapi makcik tahu Farouk." "Makcik boleh bagi info pasal dia tak?" tanya Jeff sambil mengeluarkan buku nota untuk mengisi info.
"Farouk ni sebenarnya cucu makcik, makcik yang besarkan diorang lepas mak bapak diorang cerai sejak diorang lahir." ayat makcik itu dihentikan oleh Alfred setelah ditanya. " Diorang? What do you mean by 'diorang'?"
"Maksud makcik, Farouk ada abang nama dia Farhan. Dia dah lama meninggal masa Farouk di tingkatan 5. Farhan meninggal sebab accident. Farouk memang sayangkan abang dia tapi lepas dia meninggal tu, Farouk alami penyakit mental sampai takde mood nak makan, nak cakap, takde, doktor cakap dia alami Bipolar Disorder sampai ke sekarang. Tiba-tiba Farouk bertukar jadi gila, pergi berubat tak berkesan. Hari kemudian, bila dia balik rumah muka berlumuran darah. Itu je la yang makcik nampak. Bila makcik tanya dia jawab abang dia yang buat."
"Abang dia? dia dah mati takkan lah nak salahkan abang dia pulak. Macam tak logik je." kata Jeff tiba-tiba Farouk muncul di depan mata mereka bertiga dengan kelihatan gelisah. "Nenek buat apa dengan diorang berdua ni?" tanya Farouk lalu bergegas lari tapi tangannya ditarik oleh Jeff. "Wei Farouk, nak gi mana tu? kitorang tak puas hati dengan kau sebenarnya. Aku nak tanya kau nak buat apa dengan pisau kat poket kau tu?" Farouk mengabai soalan Jeff seperti tiada kena mengena dengan urusan mereka lalu tangannya terlepas dan lari. Alfred dan Jeff tiada pilihan untuk mengejar dia.
Farouk kelihatan tertekan dengan perangai mereka dan dirinya lalu dia ingin membunuh diri dengan mengambil pisau di hadapannya dan mengarah bucunya itu ke dada. Mereka bertiga sempat sampai ke rumah sebelum Farouk menikam diri di dada. "Farouk..dengar ni, kitorang cuma nak berbincang dan kitorang nak tahu pasal abang kau, kitorang tahu abang kau dah takde tapi kenapa kau tetiba nak salahkan dia pulak? sebab kau ada buat bayangan dia ke atau sebab roh dia ada dalam badan kau? Farouk??" tanya Alfred dengan hairan melihat Farouk dengan keadaan senyap, badan berbongkok sambil memegang pisau tiba-tiba bunyi ketawa sinis datang dari Farouk, kini dia pula menyerang Alfred.
"Hahahahahahah...Pandai pun kau. Memang betul roh aku ada dalam badan dia selama ni."
"Farhan." kata Jeff
"Betul..Aku Farhan. Aku guna badan adik aku ni semata-mata aku nak setelkan something yang aku patut setel."
"Like?"
"Jantung."
"Jantung? Patut la dada awek berlopong. Motif kau target perempuan sampai cabut jantung buat apa? Jual?" tanya Jeff.
"Hahaha...tak jugak..aku cabut untuk suka-suka je...tapi sebenarnya.......aku cabut....untuk MAKAN." kata Farhan sambil menjilat bibirnya, matanya sudah sasar ke Alfred untuk menyerang tetapi diserang oleh Jeff di tangan kanannya. Setelah Farhan menahan kesakitan di tangan kanan itu, dia bertukar semula ke Farouk untuk mengarahkan sesuatu kepada mereka. "Tolong........Tolong.......bunuh aku.....cepat bunuh aku.......aku...."
"Farouk, bertahan bro...lawan dengan abang kau tu." kata Jeff tetapi Farouk menoleh kepala menghala ke neneknya. "Nek.......tolong bunuh adik, nek.....adik dah tak boleh tahan dengan hidup ni, nek....cepat la....." Farouk telah bertukar semula ke Farhan. "Ha..cepat la nek, mampu tak nak bunuh adik? ke nak along cabut sekali jantung nek? Ini pilihan nenek..cepat. Nenek ada masa 10 saat untuk pilih. 10........9........8........7........6.......5.......4.......3......2......" sambil mengira Alfred menambil kesempatan untuk mengambil pisau dari lantai dan lantas menyerang Farouk lalu....."Satu....." tangan Farouk atau Farhan tidak capai, badannya telahpun kaku. Farhan melihat badan adiknya yang digunakan itu berlumuran darah begitu juga lehernya yang dikelar oleh Alfred. Akhirnya niat Farouk untuk mati tercapai tapi bagi Farhan pula....adakah roh dia takkan berada di dunia ini lagi?
EPILOG
"Huiii dia ni...lama betui...ahh lama lagi ke Fred?" tanya Jeff di talian.
"Kejap bah..dah nak habis ni."
"Cepat sikit wei, kang kafe penuh hilang selera ceq satgi. Aku tunggu kau kat dalam kereta ni"
10 minit kemudian......
"Sorry lambat, bos buat hal lagi hari ni. Jom makan lapar bah ini perut."
Mereka beredar dari pejabat, dari bangunan tinggi seorang lelaki misteri serba hitam kelabu tersenyum sinis. Farhankah itu?
Neko
Serabut, kotor, busuk.. Itulah kami.
Aku cuma hidup kat tengah bandar yang kotor ini rumah aku pula di tepi tong sampah saja, makan pun apa yang ada kat tong sampah kalau tak di warung makan tak pun di tepi jalan di mana manusia-manusia suka buang merata-rata. Itulah tebiat mereka. Populariti bagi kami bagaikan anak miskin ada yang kehilangan ibunya dilanggar kereta, anak mati kelaparan, manusia pun geli melihat kami. Sama macam manusia.
Ahh hujan dah turun, aku terkial-kial nak lari cari tempat teduh dengan makanannya lagi apatah lagi aku terpaksa ambil yang mana patut dan meninggalkan makanan yang berlebihan ini dulu asalkan aku dapat isi perut. Tiba-tiba aku ternampak makhluk kecil yang sama spesis macam aku ni sesat di tengah jalan mengiau dengan sekuat-kuat cari mak dia, tengok pun macam kesian tapi dilemanye aku nak ambik budak tu ke atau nak proceed makan.."Ahh! pening! pening! Takpe aku ambik bawak sajalah dia tu," maka aku pun jalan menghala ke budak itu. "Adik, adik buat apa kat sini basah-basah ni? meh ikut abang."
"HISSSS!!" Aih..dia pulak yang marah aku, aku cuma nak tolong aje. Salah ke?
Biasalah tu.. Kucing, kan? Kadang-kadang kucing suka bergaduh terutama sekali anak kucing. Tapi hujan nak lebat aku tiada pilihan untuk angkut juga si kecil ni ke tempat yang selamat. Nak bergarang dengan aku pun lantak dia lah. Aku juga sedekahkan saja makanan yang aku bawa tu bagi kat dia tengok dia pun memang betul-betul kelaparan, kecil tapi kurus kering. Aku kesian dengan budak harimau coklat ni.
Riuh sungguh... "Kenapa ni? Kenapa aku nampak seperti manusia bekejar dengan kayu lagi? Alamak..jangan cakap manusia tu penangkap kucing kot, aku harus lari tapi budak tu hilang pula, mana dia lari? Alamak, habislah macam ni." aku pun ditangkap juga dan dibawa masuk ke dalam van. Nampaknya ada juga kawan-kawan aku ni mengadu minta keluar tapi manusia pun tak hirau.
"Jangan risau ya si gebu, awak dah selamat." kata manusia berjaket serba coklat. Yalah tu, selamatlah sangat mana tahu kena masuk lokap seumur hidup. "Tapi sebelum tu doktor akan periksa awak dulu kot-kot ada cedera kat mana-mana ke lepas tu kita bagi makan ya." Ha? makanan? Betul ke? Tak sabar la, tapi kena check dulu, Doc, saya tak cedera okay, lepaskan saya sekarang. Lepas periksa, doktor terus bawa aku ke bilik mandi. "Eh? mandi? Alamak~...." itulah kelemahan bagi semua kucing. Well bukan semua la ada juga yang suka air.
"Sabar ye belang comel, saya cuma nak bersihkan awak je." kata salah seorang doktor. "Eh, harimau kenit pun ada?" aku perhatikan saja manusia tu buat dengan dia, air pancut sudahpun dibuka, meremang bulu roma aku tengok si kenit tu jerit kena mandi..haihh.. Selepas ini giliran aku pula..ahh.
Agaknya berapa lama aku akan hidup kat dalam penjara ni ya? seumur hidup? Aku cuba tanya yang lain tapi tiada siapa pun yang hiraukan aku. Si kenit ada kat pintu sebelah aku. Aku nampak manusia tua tu berjalan sambil bertanya "Manusia..oh manusia, bila saya nak keluar ni?" itu pun dia tak dengar, dia cuma dengar aku mengiau saja. Susah jugak nak interaksi dengan manusia sesama kucing, faham-faham sajalah sambil aku pandang pada kotak yang tergantung di dinding di mana gambar tu bergerak dan ada bunyi, manusia biasa panggilnya televisyen..Layan...sampai aku tertidur.
"Mama..Mama tengok miau-miau tu!" kata seorang manusia kecil dengan suara keriangan. Aku terjaga dari tidur disebabkan dia tu lalu manusia itu menghulurkan jarinya ke arah aku. Eh kenapa aku?
"Mama, yang kucing montel belang tu comel la. Nak bela dengan yang baby cat yang sebelah dia tu sekali. Bole la ma~pweaaase~"
"Ok..Ok ..janji kamu jaga elok-elok tau."
Dengan harimau kenit pun nak sekali ke? kiranya aku dan dia akan bebas? hurrah! Selamat tinggal penjara!
"Ha..yang montel ni, adik nak panggil awak Neko bawa maksud kucing, dan yang kecik ni pulak adik nak panggil awak Chibineko maksudnya anak kucing..hihihi" ujar tuan baru aku sambil mengusap kepala aku
Ahh.. Sedap betul nama aku...Neko
Miauu~~
Extasi
"woi woi woi..bangun woi..dah pukul berapa dah ni? Ish..susah benaq kau."
"aih apa la Ros ni..dah la Shar, tinggal je la dia, pandai-pandai dia la nak bangun ke tidak, kita dah lambat dah ni karang tak pasal-pasal kena tengking dengan madame." ujar Ira kepada Sharmin sambil menarik tangan teman serumahnya. "Fine~" bergegas mereka ke kelas Communicative English yang diajar oleh Puan Olivia bertempat di dewan kuliah A1/3 di tingkat 3 iaitu di tingkat atas sekali, pensyarah berbangsa india dalam lewat 30-an yang sering dikatakan dia ini garang orangnya. Well, who knows, kita tengok sajalah.
Sejurus puan masuk ke kelas, Ira dan Sharmin juga datang tepat pada masanya, nyawa-nyawa ikan hampir lambat lima minit. "Good morning you all, now have you all remember about today, that we're going to have test and also, I want to see your progress on the assignment I gave you last 3 weeks, ok?" selepas diumukan oleh Puan Olivia sambil memberi list nama kepada pelajar untuk tandatangan kehadiran mereka serta kertas soalan, Sharmin menepuk dahinya seolah-olah dia sudah lupa tentang ujian itu. "Damn!! Aku lupa hari ni ada test, mampus aku kalau tak dapat jawab ni." cuak Sharmin sambil memegang sehelai kertas soalan. "Ala rileks suda la Shar, karangan je ni, bole je ni. Tengok tu ha," ujar Ira lalu Puan Olivia datang ke arah mereka dengan tegas. "Ha, what are you discussing about? There will be no discussing during test ya. And... Where's Roslin?"
Sewaktu Puan Olivia bertanya, Ros akhirnya masuk juga kelas dengan gaya yang serabut, rambut yang basah dan tidak disikat, muka juga mamai walaupun dia sudah membersihkan diri, semua tidak dihiraukan. "Panjang umur kau datang beb."
"Sorry i'm late madame..completely overslept." kata Ros dengan keadaan moody di hadapan pensyarah itu, Sharmin dan Ira kedua-duanya menutup mukanya dengan tangan seolah-olah mereka mendengar alasan yang keluar dari mulut Ros, Puan Olivia pula mula rasa bengang dengan Ros, apa yang dia fikirkan tentang Ros adalah dia asyik memberi alasan yang sama. Setelah ujian hampir tamat, ada yang keluar kelas awal dan ada yang masih berada di dalam kelas, Puan Olivia menyuruh Ros untuk tunggu di dalam kelas manakala Sharmin dan Ira telah selesai dengan ujian lalu mereka bergerak keluar untuk bersarapan di kafe.
"Roslin, come, we need to talk.." ujar Puan Olivia kepada Ros seperti ada yang tidak kena. "What were you doing last night? From last month you didn't show up in my class, then you never even show me your progress, Jawab, apa yang you buat malam tadi?" tanya Puan Olivia kepada Ros dengan tegas lalu Ros hanya diam saja, "You tengok ni. Your attendance teruk sungguh, I am quite disappointed you know that, i'm guaranteed that you are really going to fail this semester, from now on i don't want any stupid excuses from you, faham?" Ros memahami ayat puan lalu keluar dari kelas untuk mencari mereka. Sambil berjalan Ros mengeluarkan paket fisherman's friend perisa pudina, tetapi di dalam paket itu, bukan gula-gula pudina malah di dalamnya adalah dadah jenis Ekstasi. Ros gunakan paket itu sebagai paket sementara waktu supaya mereka tidak ketahui yang Ros adalah seorang penagih dadah di dalam kampus.
Ikram tiba-tiba terserempak dengan ros di hadapan kaunter pembayaran pelajar di dalam lobi sambil berjalan menghala ke kafe.
"Assalamualaikum, Ros."
"Waalaikumsalam..." hanya sekadar ucap sahaja mereka berdua lalu mereka berlalu pergi ke arah berlainan tetapi Ikram masih memandang dia seperti dia masih sayangkan Ros. Ikram adalah bekas teman lelaki Ros sejak semester pertama, mereka putus sebab atas sebab tertentu. Sewaktu berjalan di koridor di hadapan bengkel elektronik, terserempak lagi seorang lelaki warga Afrika beragama Islam menjawab salam kepada Ros,
"Assalamualaikum , Roslin. Why aren't you in class last week?" tanya Zahid dengan risau dengan rakan sebidangnya. "It's a long story..i'm not goin' to talk about it..if you'll excuse me, i'm heading to cafe..bye. And call me Ros next time ok." biasanya hanya kawan-kawan dia sahaja yang mampu panggil dia Ros kerana dia lebih selesa dengan nama itu, nama penuhnya hanya dipanggil pensyarah atau pekerja-pekerja di kaunter sahaja.
Di kafe Bistro
"Lama ke korang tunggu aku?"
"Kemain lama kitorang tunggu kau, kitorang dah lama habis makan tinggal kau je."
"Ye la, sory..sory."
"By the way, apa yang madame cakap kat kau tadi? harap takde bende buruk berlaku." kata Ira sambil melihat Ros menyuap sesudu nasi campurnya ke dalam mulut. "Takde buruk mane pun, cuma dia cakap lain kali jangan skip kelas kalau tak memang fail sem ni. Itu je. No big deal." ujar Ros. "Tu la kau, selalu bangun lambat je kerja, aku tidur lambat pun boleh bangun awal, ngantuk pun ngantuk la jugak janji study, dah." kata Sharmin lalu Ira pula memerli kata-kata Sharmin. "Aha melepak je memalam Shar bukannya study pun, dasar tomboy." Sharmin geram dengan kata-kata teman serumahnya Ros pula menekup separuh dari mukanya dengan tangan seolah-olah dia tertekan tapi sebenarnya dia melihat di bawah, sepeket dadah dipegang di tangan kanannya.
"Eh, kau kenapa ni beb? Sakit kepala ke?"
"Takde pape la..ngantuk kekenyangan je ni..jom la kita chiao. Satgi ade lagi kelas kat bengkel modeling."
1 mesej diterima.
Rossy, malam ni jumpa kat tempat biasa. Jangan lambat tau. ~Nana
Ros masih tidak ingkar perjanjian kawannya Nina untuk melepak di kedai makanan arab lalu dia bersiap untuk berjumpa dengan mereka. Sharmin biasanya melepak dengan kawan serempit diluar tetapi disebabkan mereka bercuti, dia teruskan membuat assignment di rumah saja. "Wahh, jadi budak baik pulak naa~ Shar." perli Ira. "Diamlah kau, jadi budak baik sementara waktu je ni." kata Sharmin sambil menyiapkan kerjanya di depan TV di ruang tamu.
Beberapa minit kemudian
"Yeah~Rossy udah sampai yok!" ujar kawan lelaki Nina, lelaki tersebut berpakaian serba hitam seperti promoter sambilan di Parkson di bahagian minyak wangi tetapi bajunya ditarik keluar dari seluarnya, rambutnya ala-ala Skrillex. "Dah ready nak gi Ros?" tanya Nina "You betcha."
Ikram baru perasan yang Ros bersama mereka sebaik saja mereka menaiki kereta Proton Perdana V6 dari kedai makan Al-Deira. Ikram betapa di luar kerana dia lebih selesa untuk menonton bola yang ditayangkan pada skrin projektor di hadapan kedainya.Si Ros ni nak pegi mana ngan budak-budak tu? Ikram ternampak paket hijau seperti paket fisherman's friend tercicir di atas jalan lalu mengambilnya dan melihat, dadah milik Ros. Ikram terpaksa menyimpan dadah itu sebelum Ros pulang.
"Alamak..."
"Apsal ni Ros?" tanya lelaki berambut Skrillex
"Pil tu aku ade simpan dalam beg takkan tercicir..wadefak..camane ni? takkan nak balik cari kot" jawab Ros sambil menekup dahinya sehingga menyapu ke dagu.
"Takpe la, aku bagi sikit kat kau yang penting kau enjoy."
Ros bersyukur dengan kawannya yang masih mempunyai dadah ekstasi di tangannya. "So, let's get this party started ladies!!"
Keesokan hari, satu mesej diterima
Assalam, Ros boleh jumpa hari ni dalam pukul 4pm tak? I ada bende penting nak cakap dengan u..urgent sangat ni. ~Ikram
Sama ada Ros terima atau tidak, walaupun ia sangat urgent Ros terpaksa terima saja mesej itu lalu membalas OK kepadanya.
"I've been waiting for you Ros."
"Ok straight to the point, apa yang urgent sangat ni? cakap ada benda penting nak bagitahu, so spit it out lah."Kata Ros. "The reason I suruh u datang ni sebab I nak u mengaku kat I...U ni drug addict ke?" Ros terkejut dengan soalan Ikram tentang dadah yang dia miliki malah Ros cuba membohong "Ma..Mana ada..bila masa I tagih dadah ni? Siapa cakap?"
"Then what's this?" kata Ikram sambil mengeluarkan paket hijau dari poket seluarnya dan menunjukkan ke hadapan muka Ros dengan marah. "Wha-whe-where'd you get that?!" tanya Ros "I jumpa atas jalan. U tercicir. Why Ros? Why? Why are you taking this kind of rubbish ha? U tak sayangkan diri u ke?"
"Eh, suka hati I la I nak buat apa. U jangan nak sibuk dengan hal orang, bak gula-gula aku!" marah Ros meminta dadahnya kembali tetapi Ikram tidak akan beri kepadanya lalu dapat mengelak dari Ros untuk merampas. "No way. I will keep this for the time being."
Panggilan dari henfon Ros berbunyi "Helo?....Ye ye..Aku datang ni..."
"U tunggu lah nanti Ikram.. U tunggu!" Ros beredar setelah dia tidak tahan dengan gejala bekas teman lelakinya sambil senyum sinis dari belakang. Heh. Don't worry.. I'll wait....
Sewaktu teman-temannya pulang ke rumah selepas kelas didapati ada kenderaan polis Mitsubishi Evo 10 di bawah blok rumah mereka seperti ada kes berlaku. Ira dan Sharmin terkaku malah terkejut bahawa Ros telah ditahan polis. "Ros? Wha-apa sebenarnya berlaku ni, encik? Kenapa housemate kitorang kena tahan?" tanya Sharmin, salah seorang polis telah menunjukkan sepaket dadah di depan mereka.
"Agak Ikram tahu ke pasal ni?" tanya Ira.
Ikram hanya berdiri di lorong memandang dari jauh sambil memengang buku nota kecilnya yang bernama Ros sambil senyum sinis.
Roslin... I love you... But I'm sorry...

Anya is live and ready to show you everything. Watch her strip, dance, and perform exclusive shows just for you. Interact in real-time and make your fantasies come true.
Free to watch • No registration required • HD streaming
Freedom
Hari pertama sesi persekolahan bermula dimana kami berada di tingkatan tiga. Semua berbaju baru, kasut baru, beg baru. Aku.. Baju lama, kasut lama, tudung pun lama. Peduli apa aku, janji pakai sampai tamat belajar. Sementara tengah perhimpunan pagi, tiba-tiba datangnya suara perempuan yang agak garau dari belakang barisan dengan penuh selamba memotong barisan kami.
"Ke tepi.. Ke tepi..Tumpang lalu..Tepi la sikit woii, dasar!"
Ya. Suara garau tu lah suara si Wiah datang potong barisan aku pulak. Kebetulan dia satu kelas dengan aku. Habislah. Wiah ni sebenarnya perempuan brutal satu sekolah, orang pun tak berani nak dekat dengan dia, terutama sekali kawan-kawan dia yang pura-pura berkawan dengan dia, mereka ni pun pakat minah sawah kain senteng nampak buku lali, tudung senteng, cara lipat tudung pun macam minah indon..puih
Hari pertama sesi kelas bermula, sebelum cikgu baru masuk, semua buat hal sendiri tiba-tiba pula Wiah menyeru aku macam orang gila. "Yan! Oh Yan! Izyan! wei ko pekak ke apa aku panggil ko dowh! Izyan!!" aku buat tak dengar, betapa seriknya aku dengar dia panggil aku dan mulalah dia gerak ke meja hadapan sekali di mana aku selalu duduk, apa tindakan dia nak buat hari ni?
"Wei, aku panggil ko, ko selalu buat tak dengar, kan?" kata Wiah sambil tolak kepala aku.
"So? Ada aku kesah ke, ha? ni..ko buat apa tetiba datang kat aku ni?" aku menjeling pada Wiah dengan mukanya yang sangat meluatkan. Nama je cantik, islam, muka macam mak orang tapi mulut dasar puaka. "Amboi, pandai ko ye jeling-jeling kat aku. Ingat ko bagus? Ambik ko!! Dasar perempuan gedik!!" puih! bekas kapur kat pemadam. Aku dah agak yang dia akan membuat tindakan pertama dalam kelas hari ni maka kemungkinan tahun inilah aku yang jadi mangsa pada betina tu.
"Izyan, cepat la sikit sebelum makanan nak habis ni." kata Farina
"Ya, ya.. Aku nak keluaq ni"
Aku dan Farina ni kawan rapat sejak tingkatan satu lagi, kami satu kelas dulu, kini terpisah pula, tapi kami masih lagi kawan rapat. "Awat basah ni?" tanya Farina. "Toksah cakap, Minah bangsat tu ha. First day dah mula buat hal ngan aku." "Ahh that Wiah the She-Devil, selalu cari pasal ngan orang." Biasa la tu, tebiat dia untuk cari pasal dengan orang tambah lagi buat orang jadi hamba dia. Lahanat sungguh perempuan itu.
"Assalamualaikum, mak."
"Waalaikumsalam, Yan, eh, Farina pun ada." Farina pun bersalaman dengan mak aku. Tujuan aku bawa Farina datang ke rumah ni sebab nak lepak je sebab rumah takda orang. Tiba-tiba aku dipersoal. "Ni kenapa muka murung semacam je ni? Ada yang tak kena ke?"
"Mmphh, takde apa-apa la mak. Yan pi mandi dulu sat." bohong aku depan mak aku sambil aku cepat-cepat naik ke bilik bersihkan diri.
Malam maghrib, azan sudah berkumandang 3 minit lalu, makan malam pun sudah selesai, aku masuk ke bilik menghadap ke tingkap semata-mata ingin ambil angin segar di malam hari sambil itu aku melihat budak-budak berjalan depan rumah menghala ke taman permainan, ke court tenis, berdating. Hmm..macam-macam gejala mereka buat malam-malam macam ni.
Keesokan hari, buku SPBT baru dah boleh ambil di bilik SPBT, di mana buku-buku pinjaman semua tingkatan terkumpul, semua dibalut cantik takda satu pun yang terkoyak, Sekarang baru boleh belajar. Wiah dari belakang aku tiba-tiba memanggil aku dan terus melempar buku-buku aku jatuh ke lantai. "Hahahahaha!!! Padan muka ko Yan, dah la gedik!!" kata Wiah dengan penuh hina. Hati aku bikin panas dengan perangai betina puaka itu tapi aku terpaksa tenangkan diri aku dulu sebelum masuk semula ke kelas.
Sewaktu aku balik dari sekolah ke rumah berjalan kaki, rumah dekat aje dari sekolah, sekumpulan lelaki dan perempuan yang rupa seperti konco-konco Wiah datang keliling aku. "Ko buat apa kat sini?" tanya seorang lelaki berambut perang berseluar sekolah skinny baju tanpa lencana yang ada tag nama. "Aku buat apa lagi, jalan balik rumah la."
"Balik rumah? tengok macam ko jalan cari anjing je ni...hahahaha" sindir ayat lelaki itu sambil mereka ketawa dan membantai aku lalu aku dibiar rabak seperti kayu balak yang terbiar. Lima minit kemudian, "Assalamualaikum."
"Waalaikumsal...Yan?! Kenapa ni Yan? Apa dah jadi dengan anak aku ni?" Terkejut mak lihat anak sendiri kena calar di muka, baju pun dah kena tanah, buku-buku..sedikit rabak. "Takda apa-apa mak, Yan terjatuh tadi. Ni Yan dah dapat buku ni nak balut." aku berbohong lagi sehingga aku bertukar topik pasal buku.
Malam kemudian, aku berbaring atas katil sambil layan lagu yang bermelodi piano untuk tenangkan fikiran lalu terlelap juga aku.
"Kenapa gelap ni? Aku kat mana ni? Ini mimpi ke?"
"Kamu mahukan kebebasan?" suara siapakah itu? Suara seperti lelaki. Seperti Tuhan yang maha kuasa.
4 bulan kemudian selepas tamat peperiksaan, aku hendak mencari port ketenangan untuk aku belajar. Nak lepak di perpustakaan, tutup untuk pengubahsuaian maka aku betapa saja di bawah pokok hadapan court tenis. Ahh berteduh, nyaman dan tenang. Tiba-tiba betina puaka muncul sekali lagi dengan minah-minah sawahnya. "Wei Izyan!!" jerit Wiah, macam biasa aku buat dunno je. "Wei sini ko gedik."
"Ko nak apa dengan aku ha? hari-hari cari aku, aku dah serik ngan perangai ko, pergunakan aku jadi hamba ko, pastu ambik barang aku bukan nak pulangkan balik, barang aku semua ko terejah. Ko nak carut depan aku carut lah tapi aku tetap panggil ko betina mulut puaka, betina setan. Dan aku takkan dengar ayat dari ko lagi. Lebih elok ko pi mampuih ngan geng-geng setan ko!!"
satu tamparan kemudian dengan satu tumbukan di perutku serta menarik tudungku dari betina bangsat itu lalu jatuh juga ke atas tanah. Aku hanya mampu menarik nafas dengan hela.
"Gedik! Patut ko yang pegi mampos la, sebenarnya aku dah lama benci tengok muka ko dari mula lagi.. Ko tunggu la satu hari nanti. Jom ar."
Aku masih lagi tiarap atas tanah dengan kesakitan tangan sambil menggenggam rumput, aku sudah tidak tahan lagi dengan segalanya. Sementara itu, geng minah sawah betapa di kedai makan Adam Seafood di hadapan sekolah sambil menikmati air limau ais sambil lagi membincang tentang aku.
"Aku plan aku nak dia mampus la beb. Dah menyampah giler tengok muka dia." kata Wiah, semua terdiam dengan kata-katanya kira mereka seperti tidak bersetuju.
"Wiah, aku rasa plan ko ni dah melampau la kalau ko anti sangat dengan Izyan tu biar je la, ini nak dia mampus gitu. Beb, aku kesian la dengan dia tu." kata Elfa atau nama sebenarnya Khalifah. Kata-kata dia membuatkan Wiah bertambah marah. "Ko sama je ngan budak gedik tu, kan? Ko kesian sangat ngan dia ko gi blah la, malas aku nak tengok muka ko kat sini!"
"Fine, aku plan nak berambus diri gak ni." bukan Elfa saja yang keluar malah geng dia juga yang beredar hanya tinggal Wiah seorang saja.
*ring ring*
Henfon milik Farina berbunyi dengan nombor rumah Izyan.
"Hello, Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam, Farina."
"Ah, makcik apa khabar?"
"Farina, makcik ada berita buruk" selepas mendengar berita buruk dari dia, henfon terjatuh dari tangannya lalu segera ke hospital.
Sementara itu, bunyi loceng di pagar, ibu kepada Wiah intai ke tingkap didapati polis seramai 3 orang berdiri di hadapan pagar rumah mereka menyuruh mereka masuk untuk mencari seseorang.
"Assalamualaikum, Adawiyah ada rumah ke?" kata salah seorang polis.
"Iye, dia ada dalam bilik."
"Tangkap dia."
"Eh? Kenapa pulak ni?! Ibu!!! Apa semua ni ha?! Ibu tolong Wiah, bu"
"Nurul Adawiyah, awak ditahan kerana bersubahat dan cubaan untuk membunuh pelajar bernama Izyan Sharlina. Awak ikut kami ke balai sekarang."
Keluarlah Wiah dari rumah menghala ke kereta polis memandang ke kanan, Elfa muncul di depan mata, rupa-rupanya Elfa yang membuat aduan polis tentang Wiah. Wiah pula sudah agak itu gejala Elfa maka lagilah bertambah marah.
Farina betapa di hospital untuk menjenguk aku yang sedang koma secara tidak sangka tiba-tiba diterima satu mesej dari Elfa bahawa Wiah ditahan polis. Aku pasti gembira apabila mendengar berita itu, tapi.....adakah aku akan membangkit semula dari koma? Atau aku akan bermimpi kebebasan selama-lamanya?
Lesap
Bunyi tepukan serta sorakan penonton bagi kumpulan silap mata Johan dan Najiha yang berpengalaman sebagai ahli silap mata sejak kecil. Mereka berdua ini bukan sekadar ahli silap mata tapi sebagai Ilusionis, ikut jejak langkah David Blaine mahupun Criss Angel. Walaupun mereka ni pelajar universiti mengambil bidang seni reka tapi ia takkan halang mereka membuat magik selamanya.
"Jihaaaa!!!" jerit Biehah semasa berlari ke arah mereka
"Eh, Biehah? tak nampak pun kau dalam kelas tadi"
"Ehehh..maaf la Jie..aku terbangun lambat tadi"
"Again? Ni dah masuk kali kelima kau bangun lambat, ni mesti tak set jam ni kan?" kata Najiha, Biehah dengan rasa bersalah apa yang kawannya cakapkan tiba-tiba bertukar topik. "Eh..Jap...Mana adik kau si Johan tu Jie?" tanya Biehah. "Entah la Bie, usha awek la tu, tadi dia hilang sekelip mata lepas habis kelas tadi. Bukannya nak tunggu pun."
"Hey gals, cari aku ke?"
"YAAHHH!!!" jerit si Biehah sehingga melempang Johan dengan laptopnya di muka sebab terperanjat bila Johan muncul dari belakangnya manakala Najiha hanya mampu melihat kesakitan adiknya. That's gotta hurt. "Ohhh. Sorry Jo, tak sengaja, kau ni buat terlajak beruk aku je." Biehah sekali lagi rasa bersalah dan rasa risau. "Jo, baik kau gi klinik cepat sebelum hidung kau tu betul-betul kemek." perli Najiha kepada adiknya. "Ahh..I'll be fine sis, don't worry, it's just an accident..adui." kata Johan sambil pegang hidung yang berdarah.
Mereka beredar ke kafe cina muslim untk makan tengah hari sambil itu mereka berbincang tentang performance terakhir buat adik beradik itu. "hah? biar betul korang ni, nak retire? kenapa?" tanya Biehah kepada Najiha.
"Well, Jiha and I dah discuss that kitorang nak retire sebab nak luangkan masa dengan family lagipun kitorang dah luangkan lebih masa dengan magic tricks ni berbanding masa dengan family, kali ni kita dah plan untuk performance terakhir belum tentu lagi bila." Jelas Johan dengan serius tentang persembahan Ilusi mereka dan persaraan dan Najiha pula berkata kepada Biehah sambil memegang bahu kanannya.
"Tapi takpa, someday bila kitorang takda nanti kau pula akan ambik alih kitorang, you will be the next in line to become the next magician"
"Tapi...aku punya magik tak seberapa la Jie. serius ni"
"Takpa, praktis je sampai menjadi, we will always be there to support you."
Hari esok, Biehah serbu ke Starbucks Coffee untuk mencari ketenangan maka datang tiga orang perempuan duduk di meja sebelah Biehah dan mula bergossip tentang adik beradik magician itu.
"Haram jadah sungguh dorang tu buat mejik-mejik bagai, dorang ni pengaruh iluminati ke ape?" sindir perempuan berpakaian bajet ustazah sambil pegang caramel frappucino. "Hmm..well, they are magicians, right? dengar khabar diorang akan buat performance kat train station."
"Train station? well harap diorang tu mampus la atas trek tu lagi senang hidup kitorang kalau diorang tu takde kat dunia ni..hahaha"
Biehah dalam hatinya rasa marah dan pendam mendengar cerita merapu mereka lalu dia beredar.
Minggu yang seterusnya,
Biehah menunggu kedatangan dua beradik tapi tak nampak pun batang hidung mereka tiba-tiba sehelai kertas kecil seperti flyers terbang ke arah dia menunjukkan satu jemputan ke persembahan terkahir ahli silap mata berlangsung di landasan keretapi KTM pada waktu malam. Wait.. Landasan keretapi? takkan diorang nak buat suicidal performance kat situ kot.
Biehah puas berlari mencari tempat mereka membuat persembahan terakhir dan akhirnya jumpa juga tempat itu melihat orang ramai berdiri di hadapan palang landasan sambil melihat hologram projector di langit menunjukkan intro mereka tiba-tiba bunyi seperti bom di atas bumbung rupanya Jiha dan Johan berada di situ.
Johan dan Najiha memulakan sepatah dua kata kepada para audiens
"My fellow people, tonight, kami kumpulan magician akan membuat satu trick terakhir yang kamu semua akan lihat."
"Tapi sebelum kami mulakan trick ini we just want you all to know lepas tamat performance ini, korang takkan jumpa kami lagi seumur hidup, let this be a history for the two of us but just remember..magic still exists.."
*bertoleh ke belakang audiens menghala ke palang yang terbuka
"And most importantly..believe in magic..believe in yourself."
"And now it is time for us to disappear...Ready Jo?" Johan mengangguk lalu mereka mundur ke belakang dan berdiri ke atas trek itu untuk membuat trick lesap, Bieha melihat senyuman manis terakhir dari muka Najiha memberitahu bahawa teruskan berlatih.
Adakah mereka mencuba untuk membunuh diri? tidak. Mereka cuma buat diri mereka lesap bukannya nak mati pun. Akhirnya tren KTM ekspres datang dengan lajunya dari arah kanan audiens termasuk Biehah melanggar mereka lalu diri mereka telah bertukar menjadi sekumpulan rama-rama terbang ke langit. Para audiens bertepuk dan menyorak atas taktik mereka.
5 tahun kemudian..
"Sabihah, Awak ada lagi 1 minit je persembahan awak tu nak mula, cepat sikit ya." kata event director.
"Baiklah." kata Biehah yang kini menjadi ahli silap mata yang seterusnya sambil melihat kad yang menunjukkan 'Ace of Spade' sambil keluar dari dressing roomnya ke arah pentas dengan senyuman sinis
"Akhirnya impian aku berjaya Jie, aku harap korang dapat tengok apa aku buat nanti. I Izzati Sabihah, will make magic come to life"
Lalu kad yang dipegang campak ke belakang lalu lesap. Muncul seorang wanita misteri mengambil kad di atas lantai sambil menunjukkan senyuman sinisnya.
"Well done Biehah.. We are very proud of you"
.............................................................................................................................
*Sumber inspirasi dari filem Now You See Me
Nota
Selamat tinggal wahai anak-anakku....
Kata-kata terakhir buat ibu kepada pasangan anak kembar seiras lelaki, Pierrot dan Ingrid sebelum dia menghilangkan diri dari hadapan rumah keluarga angkatnya.
15 tahun kemudian.
"haa, kan cantik tu siapa kata tak cantik, baru la perempuan pikat hati kat kamu Ingrid" kata Aubrey, ibu angkat kepada pasangan kembar yang suka berkomplimen merapu tentang pakaian. Kadang-kadang sampai membahan pun ada la juga. "mak, i look ridiculous. Dah macam badut dah Ingrid tengok" kata Ingrid dengan murammnya dari segi pemakaian dia untuk ke 'Prom Night' maka abangnya Pierrot pula mampu menahan ketawanya di hadapan adiknya sendiri. Pfftt..Badut.
"Mommy, ada nampak tak.." Tiba-tiba datangnya kakak angkat mereka yang berusia dalam lingkungan 20-an ke dalam bilik melihat mereka pakai sut lama yang telah disimpan lama sejak mereka belum lahir "Oh My Gobstoppers, mommy, itu bukan sut daddy ke tu? bukan sut tu dah lama buang dah ke?" Tercengang buat Rita, kakak angkat kembar tersebut melihat sut-sut lama yang lusuh milik bapanya dari tahun 1953."Ya Rita, ni kan sut ayah masa muda dulu, kenapa?"
"ummm..takde apa-apa la mommy" Rita sampai tak terkata lalu keluar dari bilik mereka.
Ketika berada di prom, dua beradik kembar terasa tidak selesa dengan sut lama itu sehingga mereka dijadikan bahan tawanya kepada sekumpulan lelaki
"Hey, nice outfit weh. Mana korang dapat? kat kubur ke? kah kah kah!!"
Ingrid dengan malunya mendengar ayat-ayat sindiran mereka maka dihalang oleh Anais, perempuan cantik menarik tertarik dengan rambutnya beralun serta gown serba hijau. "Ish, kau ni dah takde kerja la sindir diorang, pergi main jauh-jauh la, Gus"
"Ah suka hati aku la..jom kita beredar guys" jawab Gus, lelaki kental merupakan kapten pasukan ragbi. Anais toleh ke belakang untuk memujuk pasangan kembar. "korang okay tak? cantik sut korang by the way, walaupun nampak macam lusuh tapi tetap macho. Ikhlas ni."
"ehehh..Terima kasih anais." jawab Pierrot dengan muka merahnya. "Anytime, pasal si Gus tu, elok tak payah dengar cakap dia, dia tu kalau nak membahan pun sampai ke bumbung dibuatnya" kata lagi Anais semasa beri amaran tegas kepada mereka, "Itu kitorang tahu la." jawab Ingrid. Anais tidak terkata lalu dipanggil oleh rakan-rakannya untuk menjamu selera di bahagian buffet itu. Sewaktu dia beredar terdapat benda hitam seperti kertas berada di poket blazer kanan Ingrid. "Kertas apa tu Ingie?" tanya abangnya sambil memegang kertas hitam dan gambar kecil yang lama. "I have no clue bro, jom let's go find a quiet place to know about this." Maka mereka beredar dari dewan seakan-akan mereka ingin mengambil udara segar pada waktu malam.
Sambil melihat nota hitam itu sambil mereka lihat gambar lama milik ayah angkatnya. Ingrid menyuluh ke kertas hitam yang bertulisan berangkai sehingga mereka masih tidak jelas kelihatan dengan tulisan itu lalu mereka lihat gambar pula sambil tertanya-tanya. "Lelaki muda yang bersut yang Ingie pakai ni macam ayah je, tapi sebelah dia ni siapa ye?" tanya Pierrot kepada Ingrid, mereka tidak tahu siapa perempuan itu lalu mereka beredar saja pulang ke rumah.
"Mak, nak tanya siapa perempuan sebelah lelaki dalam gambar ni?" tanya Ingrid. Aubrey melihat gambar itu dengan kaca matanya kerana kurang daya penglihatan sehingga dia sendiri tidak tahu siapa, "Mak pun tak tahu la, cuba tanya kakak kamu, mungkin dia tahu, mak tengah sibuk ni" Ingrid dan Pierrot memandang sesama sendiri dengan tiada sebarang petunjuk lalu pergi ke bilik Rita. "Kak, nak tanya, siapa perempuan dalam gambar ni?" tanya Ingrid lagi, Rita terkejut melihat gambarnya yang dipegang oleh Pierrot
"Dari mana korang dapat gambar tu?" tanya Rita.
"Ingrid terjumpa gambar tu dalam poket baju dia sekali dengan nota hitam ni, yang nota tu kitorang tak faham la apa yang ditulis tu, boleh terangkan tak, kak?"
"yang akak tahu lelaki ni ayah, yang perempuan ni akak kenal."
"siapa kak? dia kawan kakak ke?" tanya Pierrot.
"Namanya Miranda. Ya, dia kawan kakak sejak akak umur 13 tahun, dia buat kerja part time sebagai barista kat coffee bar tu, akak selalu lepak situ sembang kuda dengan dia. Khabarnya dia bercerai dengan ayah masa dia hamil tak tahu apa sebab, ayah meninggal masa akak umur 10 tahun. 6 tahun lepas, Miranda ada bagitahu yang dia dah bersalin, dia kata dia lahirkan anak kembar lelaki yang bernama Pierrot dan Ingrid, which is you guys" Rita menjelaskan segalanya kepada kembarnya.
"Jadi, Miranda ni sebenarnya mak kandung kitorang ke? lelaki tu?"
"Ya, Miranda ni sebenarnya ibu kandung korang, yang lelaki tu pun sama, ayah kandung korang sebenarnya,"
"Jadi kertas hitam ni?"
"Kertas tu adalah surat wasiat milik Miranda, disuruh untuk jaga korang sampai ke tua."
"Jadi mana mak kitorang sekarang?" tanya Ingrid.
"That you'll have to find out yourself sebab these things should be disposed a long time ago. Dah, akak nak buang dua benda ni, korang pergi tidur ya."
"Baik, kak."
Pierrot dan Ingrid masih lagi tertanya-tanya tentang Miranda, ibu kandung mereka yang hilang. Keesokan hari mereka pergi ke perpustakaan untuk membuat kajian tentang ibunya, bagaimana dia hilang, akhirnya didalam akrtikel itu telah membongkar segalanya tentang ibu mereka lalu dia memanggil adiknya untuk melihat artikel tersebut, di akhir ayatnya bahawa Miranda telah meninggal dunia semasa menghilangkan diri di tepi sungai atas sebab tertentu.
Di sebalik surat wasiatnya yang dipegang oleh Pierrot:
~Saya tinggalkan mereka ini di tangan awak, semoga mereka membesar dengan sihat. Terima kasih dan mohon maaf saya takkan kembali. Selamat tinggal~
"Atomic Delivery - Jenko" by Brosa on #DeviantArt #Art
EUPHORIA
Ini bukan sahaja mimpi kamu, tapi ini dunia baharu kamu.
Diana Rossi, gadis kacukan melayu itali mengalami masalah hidupnya di dunia realiti sebagai pelajar universiti, bercita-cita tinggi menjadi seorang artis. Malangnya apa yang diimpikan oleh si gadis seni ini tidak disetujui oleh ibu bapanya malah Diana sentiasa dihina oleh mereka.
Apa yang mereka katakan itu tak benar
Setiap hari aku bersendirian atau dalam kelas, aku tetap menghasilkan seni aku, akuw tak kira. Bakat diberi oleh tuhan, tak disia-siakan. Hasil nukilannya hanya dikagumi oleh beberapa orang saja. 'Beberapa orang' itu adalah kawan-kawan saya dan mereka juga lah sentiasa sokong aku dan merekalah yang sentiasa percayakan aku, dan impian aku.
Sewaktu aku sampai rumah ingin menghala ke bilik, aku dipersoal
"Kenapa lambat balik? mana kamu pergi tadi?"
"Maaf pa, Yana ada hal dengan kawan tadi kat library" kelentong aku depan dia.
"Hal apa? Ni mesti hal-hal seni kamu, kan? nampak sangat kesan hitam kat tangan kamu tu."
Aku terdiam. Aku pandang ke hala lain dan terus menuju ke bilik, lalu dipersoal lagi. Alaahh...
"Dah berapa kali papa cakap kat kamu, jangan nak berseni sangat, boleh tak? Ingat kamu ni hebat sangat ke dengan seni kamu tu, padahal kamu bukannya artis pun" ibunya pula menghina. "Lantak Yana la nak buat apa, ada Yana kisah ke?" lalu dengan bengangnya menghempas pintunya dari dalam.
Aku berbaring atas katil dengan muka ke arah siling bilik sambil pasang lagu 'Chandelier' yang dinyanyikan oleh Sia dari henfon sambil memikirkan ayat-ayat yang agak kesat pada dirinya yang bengang. Aku selalu serik dengan ayat mereka yang anggap seni ini seperti sampah. Habis Leonardo Da Vinci yang lukis Mona Lisa tu pun kira sampah jugak ke? huhh.. Dasar.
Keesokan harinya, aku keluar berjimba dengan kawan, ibu pula sibuk mengemas rumah sehingga memasuki bilik aku untuk mengemas lalu si ibu terkejut melihat biliknya dipenuhi dengan hasil seni gelap dan kontemporari seperti ala-ala gothic dan urban sehingga ke dinding dibuatnya, baunya seperti bau darah manusia yang masih segar. Ya. Aku buat mural guna darah aku sendiri.
Sebaik saja aku pulang, didapati hasil-hasil seni aku telah dibuang lalu sewaktu aku masuk rumah aku diheret masuk.
"Ma, Pa..apahal heret orang macam sial ni?
*PAPP* di beri tamparan sekali di muka
bapanya, Rossi melihat air muka anaknya dengan baran seperti singa ingin membaham seekor rusa.
"Kamu..Kamu ni memang degil, kan?"
"Apa? Apa Yana buat?" Aku kebuntuan.
"Pasal kamu la! suruh jangan berseni, kamu buat jugak. Kamu ni memang degil! tak nak dengar cakap orang! suruh belajar elok-elok sampai kamu berjaya, tapi tak.. Ini jugak yang kamu buat. Apa nak jadi dengan kamu ni ha? All of your junks dalam bilik kamu mama dengan papa dah dispose. Licin.Lepas ni kalau ade lagi, BAKAR!"
Apa yang dia katakan itu membuatkan aku lagi bertambah marah.
"Hey!! yang nak buang nak bakar tu buat apa? Suka hati Yana la! Yana tetap buat seni jugak. Ini hak Yana, ini impian Yana. Mama jangan sesekali nak hancurkan impian Yana! Yana benci!! Yana benci mama dengan papa!! Yana benci korang tahu tak!!"
*PAPP* diberi lagi satu tamparan di muka, tambahan pula dengan menarik rambutnya.
"Kamu jangan nak berkurang ajar dengan mak kamu ya!!Berani sungguh kamu lawan cakap orang tua kamu! Dasar anak derhaka!"
"Ya, pa. Yana memang kurang ajar! Sebab mama papa tak pernah nak appreciate dengan bakat yang Yana ada selama ni, inilah puncanya!! Sebab tu lah Yana benci sangat dengan mama dengan papa..korang yang buat Yana macam ni!! puas?!"
Akibat Diana sudah serik dengan mereka, dia terus menghilangkan diri bersama ubat-ubatnya, lalu dalam percubaan untuk overdose diri dengan ubat tidurnya(bukan dadah). Adakah dia akan kembali? tidak..
Adakah dia cuba untuk membunuh diri? pun tidak. dia cuma nak hidup bersendirian tanpa diganggu orang luar maka telannya ubat itu sehingga dia pengsan.
"Adakah ini mimpi?"
....Ya dan Tidak....
....Kamu...berada di dunia baharu kamu....
Inilah Euphoria..kamu boleh tinggal disini sepanjang mana kamu nak....
....dan buat apa sahaja yang kamu nak....

Anya is live and ready to show you everything. Watch her strip, dance, and perform exclusive shows just for you. Interact in real-time and make your fantasies come true.
Free to watch • No registration required • HD streaming
Halimunan
Bak kata orang kita akan kehilangan orang yang kita suka jika dipunyai kekasih lain
tapi....
"Kenapa Jai? Kenapa?"
Mia terasa berat hatinya didapati Jai berkahwin dengan perempuan lain selain dia. Sejurus dia pulang awal sebuah lori bertembung di sebelah kanan keretanya. Ya, itulah permulaannya.
5 jam kemudian....
Rosiah, ibu kepada Mia segera ke hospital untuk melawat anaknya "Doktor, macam mana dengan anak saya?" dengan penuh risau dengan keadaan Mia yang sedang koma.
"Bawak bersabar puan, kami masih periksa anak awak, nanti saya bagitahu"
"Auntie!" jerit Nisha, kawan baik Mia sejak sekolah rendah mendapat berita bahawa kawannya ditimpa kemalangan, bukan sahaja dia tapi kawan-kawan dia yang lain juga datang, mereka semua adalah kawan se-kolej juga datang untuk melawat Mia.
1 bulan kemudian....
Mia dah sedar dari koma tetapi masih diperiksa oleh doktor sebelum dibenarkan pelawat untuk masuk. Rosiah pula masih bertanya dengan doktor tersebut dengan keadaan risau. "Macam mana dengan anak saya?"
"well, i have some good news and the bad news" kata doktor, salah seorang dari kawan Mia, Mirul mula rasa tertekan dan cuba untuk menyelit "come on la Doc, apa bad newsnya dan apa good news..Make it quick please!" Doktor rasa bengang dengan ayat lelaki itu secara tergesa-gesa seakan-akan dia mendesak. "Ok..Ok..the bad news is Damia is having a minor brain damage so she'll be having a heavy migrain, and the good news is she can still move "
Sewaktu Mia sedar, dia cuma nampak ibunya di depan mata saja. "Mama?""Ya, sayang, mama ada sini. Ni kawan-kawan Mia ade sini datang nak jumpa Mia." Dimanakah kawannya? "Mana diorang? tak nampak pun. Yang Mia nampak mama je"
Mia baru ingat masa dia koma sebulan, Mia fikirkan kawan-kawannya terutama sekali Jai tetapi malangnya, wajah-wajah mereka tiba-tiba lesap dari memori. Di dunia realiti, tiada kelibat mereka langsung seperti halimunan, tiada seorang pun termasuk suara mereka cuma suaranya seperti berbisik kecuali isteri Jai. Hati Mia masih tersebak dengan pandangan Mia walaupun pandangannya normal.
Kenapa jadi gini? Kenapa diorang sekali aku tak nampak?