Nota
Selamat tinggal wahai anak-anakku....
Kata-kata terakhir buat ibu kepada pasangan anak kembar seiras lelaki, Pierrot dan Ingrid sebelum dia menghilangkan diri dari hadapan rumah keluarga angkatnya.
15 tahun kemudian.
"haa, kan cantik tu siapa kata tak cantik, baru la perempuan pikat hati kat kamu Ingrid" kata Aubrey, ibu angkat kepada pasangan kembar yang suka berkomplimen merapu tentang pakaian. Kadang-kadang sampai membahan pun ada la juga. "mak, i look ridiculous. Dah macam badut dah Ingrid tengok" kata Ingrid dengan murammnya dari segi pemakaian dia untuk ke 'Prom Night' maka abangnya Pierrot pula mampu menahan ketawanya di hadapan adiknya sendiri. Pfftt..Badut.
"Mommy, ada nampak tak.." Tiba-tiba datangnya kakak angkat mereka yang berusia dalam lingkungan 20-an ke dalam bilik melihat mereka pakai sut lama yang telah disimpan lama sejak mereka belum lahir "Oh My Gobstoppers, mommy, itu bukan sut daddy ke tu? bukan sut tu dah lama buang dah ke?" Tercengang buat Rita, kakak angkat kembar tersebut melihat sut-sut lama yang lusuh milik bapanya dari tahun 1953."Ya Rita, ni kan sut ayah masa muda dulu, kenapa?"
"ummm..takde apa-apa la mommy" Rita sampai tak terkata lalu keluar dari bilik mereka.
Ketika berada di prom, dua beradik kembar terasa tidak selesa dengan sut lama itu sehingga mereka dijadikan bahan tawanya kepada sekumpulan lelaki
"Hey, nice outfit weh. Mana korang dapat? kat kubur ke? kah kah kah!!"
Ingrid dengan malunya mendengar ayat-ayat sindiran mereka maka dihalang oleh Anais, perempuan cantik menarik tertarik dengan rambutnya beralun serta gown serba hijau. "Ish, kau ni dah takde kerja la sindir diorang, pergi main jauh-jauh la, Gus"
"Ah suka hati aku la..jom kita beredar guys" jawab Gus, lelaki kental merupakan kapten pasukan ragbi. Anais toleh ke belakang untuk memujuk pasangan kembar. "korang okay tak? cantik sut korang by the way, walaupun nampak macam lusuh tapi tetap macho. Ikhlas ni."
"ehehh..Terima kasih anais." jawab Pierrot dengan muka merahnya. "Anytime, pasal si Gus tu, elok tak payah dengar cakap dia, dia tu kalau nak membahan pun sampai ke bumbung dibuatnya" kata lagi Anais semasa beri amaran tegas kepada mereka, "Itu kitorang tahu la." jawab Ingrid. Anais tidak terkata lalu dipanggil oleh rakan-rakannya untuk menjamu selera di bahagian buffet itu. Sewaktu dia beredar terdapat benda hitam seperti kertas berada di poket blazer kanan Ingrid. "Kertas apa tu Ingie?" tanya abangnya sambil memegang kertas hitam dan gambar kecil yang lama. "I have no clue bro, jom let's go find a quiet place to know about this." Maka mereka beredar dari dewan seakan-akan mereka ingin mengambil udara segar pada waktu malam.
Sambil melihat nota hitam itu sambil mereka lihat gambar lama milik ayah angkatnya. Ingrid menyuluh ke kertas hitam yang bertulisan berangkai sehingga mereka masih tidak jelas kelihatan dengan tulisan itu lalu mereka lihat gambar pula sambil tertanya-tanya. "Lelaki muda yang bersut yang Ingie pakai ni macam ayah je, tapi sebelah dia ni siapa ye?" tanya Pierrot kepada Ingrid, mereka tidak tahu siapa perempuan itu lalu mereka beredar saja pulang ke rumah.
"Mak, nak tanya siapa perempuan sebelah lelaki dalam gambar ni?" tanya Ingrid. Aubrey melihat gambar itu dengan kaca matanya kerana kurang daya penglihatan sehingga dia sendiri tidak tahu siapa, "Mak pun tak tahu la, cuba tanya kakak kamu, mungkin dia tahu, mak tengah sibuk ni" Ingrid dan Pierrot memandang sesama sendiri dengan tiada sebarang petunjuk lalu pergi ke bilik Rita. "Kak, nak tanya, siapa perempuan dalam gambar ni?" tanya Ingrid lagi, Rita terkejut melihat gambarnya yang dipegang oleh Pierrot
"Dari mana korang dapat gambar tu?" tanya Rita.
"Ingrid terjumpa gambar tu dalam poket baju dia sekali dengan nota hitam ni, yang nota tu kitorang tak faham la apa yang ditulis tu, boleh terangkan tak, kak?"
"yang akak tahu lelaki ni ayah, yang perempuan ni akak kenal."
"siapa kak? dia kawan kakak ke?" tanya Pierrot.
"Namanya Miranda. Ya, dia kawan kakak sejak akak umur 13 tahun, dia buat kerja part time sebagai barista kat coffee bar tu, akak selalu lepak situ sembang kuda dengan dia. Khabarnya dia bercerai dengan ayah masa dia hamil tak tahu apa sebab, ayah meninggal masa akak umur 10 tahun. 6 tahun lepas, Miranda ada bagitahu yang dia dah bersalin, dia kata dia lahirkan anak kembar lelaki yang bernama Pierrot dan Ingrid, which is you guys" Rita menjelaskan segalanya kepada kembarnya.
"Jadi, Miranda ni sebenarnya mak kandung kitorang ke? lelaki tu?"
"Ya, Miranda ni sebenarnya ibu kandung korang, yang lelaki tu pun sama, ayah kandung korang sebenarnya,"
"Jadi kertas hitam ni?"
"Kertas tu adalah surat wasiat milik Miranda, disuruh untuk jaga korang sampai ke tua."
"Jadi mana mak kitorang sekarang?" tanya Ingrid.
"That you'll have to find out yourself sebab these things should be disposed a long time ago. Dah, akak nak buang dua benda ni, korang pergi tidur ya."
"Baik, kak."
Pierrot dan Ingrid masih lagi tertanya-tanya tentang Miranda, ibu kandung mereka yang hilang. Keesokan hari mereka pergi ke perpustakaan untuk membuat kajian tentang ibunya, bagaimana dia hilang, akhirnya didalam akrtikel itu telah membongkar segalanya tentang ibu mereka lalu dia memanggil adiknya untuk melihat artikel tersebut, di akhir ayatnya bahawa Miranda telah meninggal dunia semasa menghilangkan diri di tepi sungai atas sebab tertentu.
Di sebalik surat wasiatnya yang dipegang oleh Pierrot:
~Saya tinggalkan mereka ini di tangan awak, semoga mereka membesar dengan sihat. Terima kasih dan mohon maaf saya takkan kembali. Selamat tinggal~







