LMS B2 Project
Projek LMS Batch 2 ni nampak mengancam ditambah korvet kelas ADA dari STM Turkiye ni antara yang tersenarai didalam sebutan netizen memiliki design yang menarik.
Kalau kita tengok persenjataannya pun ianya adalah sebuah kapal perang. Bersedia untuk pertahanan 3 dimensi cuma tiada torpedo disediakan.
Tidak pasti pula kenapa sizing LMS ni cuma kurang 12 meter dari LCS kita dari korvet kelas GOWIND. ( mungkin warga Navy kecewa apabila Gowind yang terpilih berbanding SIGMA barangkali. )
Dan tidak dapat dipastikan adakah ini adalah standard LMS akan datang dari segi saiz.
Didalam rancangan 15 to 5 TLDM hanya menyebut keperluan 5 jenis kapal iaitu LCS, LMS, PV/korvet, Kapal Selam dan kumpulan sokongan ( MRSS, MCMV, Hidro dan kapal latihan ) tiada disebutkan spesifikasi saiz dan persenjataan tertentu mengikut jenis kelas.
Kapal perang utama seperti frigat ( sekarang kita memiliki 2 buah dari kelas Lekiu ) mungkin diambil alih peranan oleh LCS dan LMS mengambil alih peranan korvet. ( korvet yang menjadi lagenda kita dari kelas Kasturi )
Walau bagaimana pun tahniah buat pihak kerajaan yang telah memeterai perjanjian pembelian LMS batch 2 ini. Kita sebagai rakyat sedikit berbangga dengan perolehan ini. Ini adalah perolehan pertama aset laut dari negara Turkiye.
Mungkin dimasa akan datang kita boleh memperoleh lagi dari negara Uthmaniyah ini beberapa aset lautnya. ( Mereka sedang membangunkan sistem pertahanan marinnya dengan nama projek MILGEM )














