Pernah tak… kau duduk diam, dan tanya Allah tentang masa depan?
Tentang semua yang kau tak faham, tentang kenapa kau perlu lalui benda-benda yang berat… yang kau sendiri tak pernah minta.
Aku pernah, dan sejujurnya… aku masih buat sampai sekarang. Bezanya? aku yang dulu… penuh persoalan. Penuh marah, penuh “kenapa aku?”
Aku lawan takdir dalam diam. Aku cuba faham… tapi dalam masa yang sama, aku menolak. Seolah-olah hati aku tak boleh terima yang jalan hidup ini bukan seperti yang aku rancang.
Tapi sekarang… Aku masih bertanya, masih berharap. Aku masih ada “kenapa” yang belum terjawab.
Cuma… aku sudah tak lagi marah seperti dulu. Aku dah belajar…bahawa tak semua yang aku lalui perlu aku faham sekarang.
Ada perkara yang hanya akan masuk akal… bila aku sudah melaluinya. Dan ada luka yang sebenarnya bukan untuk menghancurkan, tapi untuk membentuk sesuatu dalam diri aku.
Sekarang, bila aku tanya Allah tentang masa depan…bukan lagi dengan nada mempersoalkan.
Tapi lebih kepada… menyerahkan. “Kalau ini jalan aku, pimpin aku, lapangkan dada aku agar aku sabar melaluinya.” Kerana akhirnya aku faham, bukan semua yang kita minta..kita akan dapat.
Tapi semua yang Allah beri… tak pernah sia-sia. Dan mungkin… tenang itu bukan bila kita dapat semua jawapan.
Tapi bila kita belajar untuk percaya, walaupun tanpa jawapan. Walaupun jalan yang kita perlu tempuh, masih samar-samar.



















