Teringat dulu masa zaman sekolah admin selalu ikut mak ke pasar beli ikan. Ayah tunggu luar dengan adik2 kecik. Admin dengan mak masuk dalam pasar cari ikan stok untuk seminggu. Seronok pergi pasar. Boleh pilih lauk apa yang admin suka. Lepas je settle beli ikan admin pun bodek mak mintak air/makanan yang ada kat luar pasar. Tak pernah tak dapat. Hihi. Dah beli apa yang admin nak terus balik rumah. Dari Selayang ke Seri Kembangan. Tak jauh pulak. Hahaha. Family admin ni pelik sikit. Suka pergi jauh2 cari apa2. Padahal ada je pasar yang dekat. Sampai je rumah mak admin terus siang ikan, ayam, sotong, udang. Admin teman la mak admin. Nak siang tak reti. Kitorang sembang2 la kat situ. Ada benda yang boleh tolong admin tolong. Paling leceh lepas siap cuci nak cari bekas. Bekas ni bila tak guna dia ada je. Tapi bila nak guna je hilang. Last2 pakai plastik packing barang basah masuk dalam peti. Peti ais of cos la kotor sebab air ikan tumpah. Dah jadi satu hal nak cuci peti lepas barang basah habis digunakan. Zup zap zup zap fast forward siap semua. Tapi kerja mak admin tak berhenti kat situ. Ada lagi kerja nak kena buat. Kerja memasak pulak. Yela suami dengan anak2 nak makan. Macam biasa admin memang akan teman. Apa yang admin boleh tolong admin tolong. Boleh dikatakan apa yang admin tau tentang pengurusan barang basah ni semua dari mak. Jenis barang basah yang ada kat pasar tu. Rasanya semua suri rumah pun macam tu. Bukan admin sorang je. Nak cerita pasal macam mana admin belajar next time la. Apa yang admin nampak kat sini bukan mudah nak uruskan barang basah. Habis tenaga dan masa. Mana taknya. Pergi pasar➡️cari ikan➡️balik pasar➡️siang dan cuci ikan➡️masak Kalau nak dikira masa yang mak admin habiskan untuk uruskan barang basah dari pagi sampai petang. Roughly dalam pukul 8am-3pm. Dah macam kerja dah. Fuhhh! Penat jangan cakap la. Admin yang ikut dan tolong sikit2 pun penat. Hahaha. Sampai di sini sahaja cerita pergi ke pasar bersama mak admin. Kalau tak nak penat macam mak admin tekan je link kat bio. Semua kat hujung jari je sekarang. #assyamart #barangbasah #ikansegar #ikansegaronline #pasaronline #belionlineje (at Pasar Borong Selangor) https://www.instagram.com/p/CTY9UCMlOqH/?utm_medium=tumblr