Miskin (Part 2)
...sambungan entry Miskin (part 1)
Selang beberapa tahun, kami berjumpa lagi dengan keluarga ustaz tersebut dalam majlis reunion alumni sekolah lama Mama (dalam entry lepas, aku ada sebutkan ustaz tersebut dan isterinya merupakan kawan lama Mama) bersempena Hari Raya Aidilfitri. Aku agak tidak selesa terjumpa dengan ustaz tersebut memandangkan dia pernah menggores perasaan Mama dalam pertemuan yang lepas. Kali ini kesemua anak-anaknya dibawa bersama. Sewaktu itu aku sudah berada di tingkatan 6 dan menyambung pelajaran di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Anak lelaki ustaz tu pula berjaya melanjutkan pelajaran di Uitm.
“Ita, lama tak jumpa. Anak kau pun dah besar, dah jadi anak dara. Eiya kan?” isteri ustaz itu bertanya. Aku sekadar mengangguk dan senyum formal. Mama berpelukan dengan isteri ustaz tersebut sebagai mana kawan lama yang baru berjumpa setelah lama tidak bersua.
“Anak kau sekarang masuk U mana? Anak aku yang sebaya anak kau ni masuk Uitm. Ambil diploma course Engineering” ustaz tersebut mula bersuara. Aku tidak tahulah kenapa pertanyaan dia setiap kali berjumpa dengan keluarga aku mesti berkaitan dengan isu sensitif. Dulu dia bangkitkan isu anak ramai, sekarang ni isu universiti anak-anak pula.
“Anak aku tak masuk universiti. Dia masuk tingkatan 6. Aku ikutkan aje pilihan dia. Bagi aku, asalkan dia mahu belajar aku tak kisah dimana-mana pun dia mahu lanjutkan pelajarannya,” Mama menjawab mudah. Mama memang Mama paling best dan sporting dalam dunia. ^_^
“Lah, kenapa amik tingkatan 6? STPM susah nak bawak. Ita, kenapa biarkan anak kau amik tingkatan 6, STPM ni peperiksaan ketiga tersusah di Asia” ustaz tersebut menambah lagi. Mama memandang ku dengan sedikit kerisauan. Hati ibu mana yang tidak risau sekiranya dimomokkan dengan berita sebegitu. Aku sekadar tersenyum tenang.
“InsyaAllah, tidak susah ustaz. Lagipun saya yakin keputusan saya untuk memasuki tingkatan 6 adalah pilihan yang tepat. Guru-guru di sekolah juga banyak membantu dan meluangkan masa memberi tunjuk ajar sekiranya saya memerlukan pertolongan dalam pelajaran,” aku menjawab optimis.
“Eiya tak buat rayuan UPU ke?” isteri ustaz bertanya lagi. Aku menggeleng. Mungkin mereka rasa hairan melihat aku memilih untuk masuk ke tingkatan 6.
“Sengaja tak buat rayuan UPU. Saya kalau boleh nak cepat-cepat masuk degree. 3 tahun untuk diploma tu terlalu lama bagi saya. Lagipun kalau boleh, saya tak nak belajar dengan bebanan hutang yang banyak. Belum bekerja sudah banyak hutang. Kalau saya masuk universiti sekarang, saya akan guna PTPTN daripada saya diploma lagi sedangkan saya mahu melanjutkan pelajaran sehingga degree. Kalau masuk tingkatan 6, yuran pengajian saya masih lagi bawah tanggungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Lagipun belajar di tingkatan 6 tak banyak makan belanja, saya kalau boleh tak nak susahkan Mama Ayah,”aku menerangkan.
“Kau amik tingkatan 6 di mana?” anak lelaki ustaz yang tadi diam mula bersuara.
“KISAS” aku menjawab ringkas. “Kolej Islam Sultan Alam Shah tu?” dia bertanya dengan nada yang terkejut. Aku sekadar mengangguk.
“Bagus sekolah tu. Pelajar-pelajar di situ memang terdidik dengan baik oleh guru-guru di situ. Sekolah terbaik STPM di Malaysia. Patutlah Ita tak risau bagi dia masuk tingkatan 6. Kalau tingkatan 6 di KISAS tu insyaAllah boleh cemerlang,” isteri ustaz itu memberi sokongan.
“Takdelah. Ita kalau boleh, tak nak tentukan masa depan anak Ita ni. Masa depan dia, biarlah dia yang tentukan. Zaman dia tak sama dengan zaman kita dulu, Zue. Semua keputusan dia yang buat sendiri, Ita cuma bagi nasihat dan sokong setiap keputusan yang dia ambil,” Mama merendah diri.
“Alhamdulillah, anak Ita jenis tak suka menyusahkan orang lain. Walaupun seorang je anak, Eiya ni lebih berdikari dan tidak gemar menyusahkan orang lain. Sebelum buat sesuatu keputusan, dia banyak bertanya orang lain, berbincang dengan Ita dan suami untuk menimbang buruk baik keputusannya,” Mama merangkul bahuku mesra.
“Hah, dengar tu bang. Anak Cikgu Ita bila nak buat sesuatu keputusan, dia bincang dulu dengan mak ayah dia. Abang pula suka ikut-ikut kawan bila buat sesuatu. Cubalah bila buat sesuatu perkara tu bincang dengan Ibu dan Abah,” isteri ustaz tersebut meleteri anak bujangnya. Anak lelaki ustaz tersebut sekadar tersengih lalu mengangkat bahu.
“Ma, Eiya nak duduk luar sekejap boleh? Nanti Eiya masuk semula. Eiya nak duduk dekat taman yang ada gazebo tu“ aku beritahu Mama. Mama mengangguk memberi keizinan. Aku keluar daripada dewan lalu menuju ke taman. Aku duduk di gazebo dan menyambung pembacaan ku yang tertangguh. Novel Da Vinci Code karya Dan Brown.
“Holy sh*t! Kau baca Dan Brown? Aku ingat budak KISAS baca Syabab Musafir Kasih je. Hahaha. Tak pun Ayat-ayat Cinta,”anak lelaki ustaz tu entah dari mana muncul tetiba duduk di depan aku. Aku terus duduk tegak dan bingkas bangun kerana aku memang tak selesa budak lelaki duduk dekat dengan aku.
“Chill. Aku bukan nak kacau kau membaca pun. Aku nak join duduk sini je. Dalam tu bising. First time aku jumpa budak perempuan sekolah agama yang macam kau, baca buku Dan Brown. Kau bukan tipikal budak sekolah agama ” dia bersuara.
“Last time I check, reading Dan Brown’s books isn’t a crime,” aku menjawab selamba.
“Hahaha. Not bad. Kali ni aku setuju bila Ibu aku kata kau calon menantu pilihan. Ada agama, bijak dan berpakaian sopan. Tak macam awek aku dulu,” mamat poyo tu sambung lagi. Aku bangun, angkat kaki daripada situ.
Semasa menghampiri Mama, aku terdengar isteri ustaz tersebut bertanya kepada Mama, “ Anak Ita tu dah ada sesiapa ke yang punya ke? Zue tengok anak bujang Zue tu macam berkenan dengan anak dara Ita.”
“Eiya tu terlalu fokus pada pelajaran dia, katanya nak mencapai cita-citanya terlebih dahulu. Ita tak nak ganggu fokus dia dalam pelajaran,” Mama menjawab lembut. Masing-masing kemudian diam melayan perasaan.
Semasa dalam perjalan pulang, Mama bertanya soalan yang sama ditanyakan oleh Acik Zue kepadanya, kepadaku. “Habis tu, Mama jawab apa?” aku bertanya kembali kepada Mama.
“Mama jawab anak Mama ni tak nak fikir soal jodoh lagi, dia nak belajar dan mencapai cita-citanya,”Mama membalas semula. Mama memang memahami aku. ^_^
“Tapi sebenarnya, kalau Eiya dah kerja pun belum tentu Eiya nak kan anak kawan Mama tu. Eiya tak suka perangai dia dan ayah dia yang ustaz tu. Suka sangat pandang rendang pada orang lain. Kita ni Ma, tak macam keluarga merek yang kaya dunia , kaya akhirat. Keluarga kita ni miskin dunia, miskin akhirat. Eiya takkan lupa setiap patah perkataan dia. Eiya akan buktikan Eiya akan jadi harta akhirat Mama Ayah yang paling berharga.” Air mata Mama menitis mendengar kata-katak. Dia tahu aku turut terluka mendengar kata-kata ustaz tersebut terhadapnya. Mama memeluk aku erat dengan penuh kasih sayang.
“Tak kisahlah. Mama tak kisah jikalau orang nak kata Mama ni miskin dunia, miskin akhirat sebab anak Mama cuma seorang je dan perempuan pula tu. Bagi Mama, Mama dah cukup bahagia dengan apa yang Mama ada. Mama rasa sudah cukup kaya dengan Eiya dan Ayah dalam hidup Mama. Lagipun, ada orang pernah puji anak Mama ni walaupun seorang kualitinya macam ada 10 orang anak,” kata-kata itulah yang membuatkan aku berusaha untuk menjadi permata hatinya yang terbaik sehingga ke hari ini.
















