Sejak kebelakangan ni, doa-doa yang selalu aku langitkan, rasanya tak sampai benar-benar ke dasar hati, entah kerana rasa tak yakin bahawa aku layak ataupun pandangan dan perasaan aku yang dah mula berubah.
Sebenarnya banyak yang dah berubah namun yang paling ketara aku rasakan perubahan itu bermula sejak sebulan yang lalu. Permintaanku yang dulunya panjang berjela, kini menjadi singkat, kalau dulu banyak yang aku minta dunya pada Allah, kini berubah dalam sekelip mata.
No longer “kurniakan aku”but more to “sertailah aku dalam setiap langkahku”. Wallahi tak mudah, tapi aku cuba, kerana kali ini bukan lagi aku dan perasaanku, tapi aku dan Tuhan ku.
Aku tak lagi minta untuk hidup senang, hanya dilapangkan dada dalam menjalani takdir aku, dan diperluaskan rasa sabr ku dalam menempuhi ranjau kehidupan yang sementara ini. Aku lelah, tapi ada Syurga yang sedang aku kejar, selagi diberi kesempatan. Ada hubungan dengan Allah yang perlu aku jaga, bukan kerana aku alim, tapi kerana banyaknya kekuranganku sebagai hambaNya.
Dan jadikanlah aku bunga yang paling cantik di tamanMu. Walaupun di dunya ini, aku sama sekali tidak dikenali.