Apa saja boleh jadi dengan izin-Nya.
"Kenapa kau tak jadi kartunis?"
"Kenapa?" Dia memandang wajah Trisy yang menanti jawapan di sebelah. Kemudian dia kembali pada sketch-nya. Kalau aku redah jugak jadi kartunis alamat aku putus darah la dengan mak bapak aku. "Parents aku tak suka. Bagi dia orang kerja tu tak ada masa depan."
Itu memang mentaliti masyarakat secara amnya. Kerja seperti ini dipandang seolah-olah mainan anak kecil yang berangan-angan. Tidak boleh membawa ke mana.Dan kini dia sangat berharap untuk mengubah persepsi mak, ayah, Abang Long dan adik pada kerjayanya sekarang. Apa sahaja boleh jadi duit dengan usaha berlipat ganda. Apa saja boleh jadi duit dengan usaha berlipat ganda. Apa saja boleh jadi kalau cita-cita itu ada. Apa saja boleh jadi dengan izin-Nya.













