hari yang penuh dengan keseronokan dan kepenatan. aku rasa, aku perlu begini untuk kekal cergas. nampak perbezaannya apabila aku bersukan dan tidak bersukan. apabila tidak bersukan, badan seolah tidak bermaya dan lesu tidak berdaya. hari ini juga buat julung-juling kali aku mampu untuk skip makn malam. berbaloi untuk keluarkan belanja sebab boleh keluar peluh dan mengurangkan kalori. yes!!! terima kaih sayang sebab akhirnya sudi juga pergi gym. cumanya, kalau setakat pergi gym nak main treadmill pun rugi jugak. fasiliti yang lain-lain pun kena pakai juga. barulah berbaloi membayar untuk masuk gym. kalau mengajar pagi macam dulu, akubdah suruh dah ejah datang je gyn pnb petang-petang. bawa 1 kereta je senang. 😁 kenapa beriya sangat aku bersukan? habis tu takkan nak kena diabetes betul-betul baru nak start bersukan. ini pun dah boarder line. kenalah mula sekarang. kurangkan makan, lebihkan bersukan. bab makan yang paling payah ni. 🤦🏻♂️ tapi tidak mengapa. aku cuba selagi mampu. bercerita bab mencuba ni pulak, aku pun ada cerita juga ni. boleh pula main suka-suka petik nama aku untuk jadi ketua pasukan. cakap memang senang, "you jadi ketua, nanti boleh arah-arahkan je". ko ingat diorang tu junior sekolah zaba, yang ko boleh suruh ambil nasi kat dewan makn walaupun bukan waktu makan. 😅 aku memang sukakan cabaran. tapi, untuk memimpin rakan sebaya dan juga yang dikenali ada masalah sikit. biarlah memimpin orang yang tak berapa nak kenal. itu lebih baik pada aku. lepas tu, ada pula yang berikan buah fikiran suruh buat tv show. masalahnya, bukan aku tidak mahu menurut, tetapi mahukah syarikat keluarkan wang untuk buat siaran tv? itu persoalannya. sememangnyalah, ada orang yang sukakan idea seperti itu, tapi perlaksanaannya, dan juga persiapan paper ni korang faham tak macam mana remehnya?!!!! walau apapun aku akan cuba. aku harap andai terjadi juga aku mengepalai, aku qkan berikan yang terbaik. sememangnya itu tuntutan. 🤔 apa jadi dengan paper translation aku ek? senyap je...