New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/global/2015/04/19/lagi-video-is-tembak-pancung-tawanan-kristian/
Lagi video IS tembak, pancung tawanan Kristian
Kumpulan militan Negara Islam (IS) di Libya mendakwa telah menembak danĀ memengal sekumpulan tawananĀ beragama Kristian dariĀ Ethiopia.
Pengakuan itu dibuat menerusi sebuah rakamanĀ video selama 29 minit yang disiarkan di laman web dan media sosial milik kumpulan berkenaan.
Video itu juga sama dengan video lain yang dikeluarkan IS, kerana ia mempunyai simbol sayap medianya, al-Furqan.
Rakaman video itu dimulakan denganĀ sejarah hubungan penganut Kristian dan Muslim,Ā diikuti babak militan memusnahkan gereja, kubur dan ikon-ikon.
Seorang militan bertopeng dan bersenjatakan sepucuk pistol, muncul dengan satu kenyataan panjang, termasuk penganut Kristian perlu memeluk agama Islam.
Rakaman video itu kemudiannya memaparkan sekumpulan tawanan yang dikenal pasti sebagai penganut Kristian dariĀ Ethiopia yang didakwa ditahan sekutu IS di Wilayah Barqa, timur Libya.
Ia turut menunjukkan sekumpulan lagi tawanan yang didakwa ditahan sekutunya di Wilayah Fazzan, selatan Libya.
Ia disusuli rakaman tawanan ditembak mati di selatan Libya dan tawanan di timur Libya yang dipancung di tepi pantai.
Namun, tidak dapat dipastikan identiti serta jumlah tahanan yang terkorban dalam rakaman video itu.
Rakaman video berkenaan dikeluarkan, sehari selepas Presiden Afghanistan mengecam IS yang mengaku melancarkan serangan berani mati di Bandar Jalalabad, dengan 33 mangsa terbunuh semalam.
VideoĀ berkenaan juga mirip sebuah rakaman video yangĀ dikeluarkan pada Februari lalu, di mana sekumpulan militan memancung 21 penganut KristianĀ dari Mesir di sebuah pantai di Libya, yang menyaksikan Kaherah segera bertindak melancarkan serangan ke atas IS di Libya.
Namun, tidak pasti jikaĀ Ethiopia akan atau mungkin bertindak balas dengan melancarkan serangan sama ke atas IS.
Tindakan Ethiopia melancarkan serangan ke atas negara jiran, Somalia yang hampir semua populasinya terdiri daripada umat Islam, telah mencetuskan kemarahan pengganas Islam.
Dalam rakaman video terbaru itu, IS menyatakan āpertumpuhan darah Muslim di tangan agama anda tidak murahā, namun ia tidak menyatakan dengan khusus tindakan kerajaan Ethiopia.
Sementara itu, diĀ Ethiopia, jurucakap kerajaan, Redwan Hussein memaklumkan, pihaknya sedang menghubungi kedutaan mereka di Kaherah, untuk mengesahkan rakaman video berkenaan.
Hussein percaya,Ā mangsa korban itu mungkin adalah pendatang asing dariĀ Ethiopia yang dalam perjalanan ke Eropah.
Libya menjadi hab bagi pendatang asing dari Afrika menyeludup ke Eropah, melalui Laut Mediterranean, untuk mencari pekerjaan dan kehidupan lebih baik.
āJika ia disahkan benar, ia akan menjadi amaran kepada mereka yang sanggup mengambil risiko untuk menjelajah ke Eropah, melalui laluan berbahaya,ā katanya.