New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/06/29/usaha-memerangi-keganasan-rumah-tangga-gagal
Usaha memerangi keganasan rumah tangga gagal
Kerajaan digesa memperluaskan skop bagi membantu memerangi keganasan rumah tangga.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Datuk Faridah Khalid menyifatkan ia sebagai masalah sosial yang perlu ditangani segera.
Jelasnya, tumpuan dan kempen memeranginya sebelum ini mempunyai banyak kelemahan, jadi ia memerlukan tindakan menyeluruh bagi memeranginya.
Paling ketara ia dikatakan tertumpu di kawasan bandar, sedangkan kebanyakan kes membabitkan penduduk di luar bandar.
âKalau setakat buat kempen di ibu negara buat apa? Kita perlu maklumkan mengenai jenis-jenis bantuan atau saluran bantuan ke seluruh pelosok negara.
âTalian Nur misalnya, harus diuar-uarkan, kerana saya yakin masyarakat luar bandar tidak mendapat informasi yang sepenuhnya mengenai perkara ini,â katanya kepada The Rakyat Post.
Menurut Faridah, kerajaan juga harus menyediakan tempat-tempat atau saluran yang mudah diakses kepada orang ramai bagi memberi bantuan kepada mangsa.
âKita tidak tahu bila keganasan itu berlaku, insiden ini berlaku bila-bila masa. Jadi, kita harus sediakan tempat yang beroperasi 24 jam bagi membantu mereka, tetapi sebelum ini kita harus sebarkan maklumat bahawa terdapat tempat yang mereka boleh tuju untuk mendapatkan bantuan,â katanya.
Tambahnya, khidmat kaunseling juga harus diutamakan dengan memberi tumpuan kepada cara untuk menangani keganasan, termasuk cara bagi menstabilkan hubungan keluarga yang menghadapi masalah, bukannya mengambil pendekatan sebaliknya.
Katanya, Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 masih lagi relevan dan apa yang diperlukan ialah kerjasama orang ramai, termasuk anggota keluarga.
âTidak dinafikan, semakin ramai yang menjadi mangsa. Dahulupun sama, cuma kita tidak dapat lihat secara jelas, kerana wujudnya kemajuan teknologi.
âBila ada kes pukul, orang ramai sempat rakam guna telefon bimbit, itulah bezanya, jadi kita sebagai masyarakat harus buat laporan kepada pihak polis dan polis akan siasat kes ini mengikut akta ini,â katanya.