Seriuskah anda mahu? Saya memang serius.. ada seorang sahabat saya, dulu pakai simkad toneexcel, lepas tu dia berhenti pakai, katanya "sy pernah pakai simkad TE tpi kuat makan kredit tu la sy berhenti guna." Sebelum tu, ada ada satu kisah pagi2 ini saya nak kongsi dengan rakan2 semua. Dulu saya pernah buka bengkel motor di Kg Sg Gelugor Penang, ada seorang pakcik tu baru beli motor. Satu hari dia datang ke bengkel saya dengan menolak motor Yamaha 100 Sport (masa tu baru keluar model ni) sejauh hampir 1 kilometer. Dalam keadaan berpeluh2 dia membebel2 pada motornya dan beritahu dia nak jual motor tersebut, nak jual murah saje. Lepas tu masa kat bengkel saya ada seorang lagi pelanggan, dia terus tanya pakcik tu nak jual berapa. Pakcik tu kata, nak jual dua tiga ratus pun tak apa, pasal sakit hati sangat kena menolak sampai satu km motor bodoh ni, padahal baru beli dah rosak kata dia. Apa lagi, pelanggan tadi, terus bayar kat pakcik tu 300 ringgit, hantar dia balik rumah dan terus buat urusan jual beli. Tak lama pelanggan tu datang semula ke bengkel saya, dia kata " dah settle beli motor murah. Motor ni apa masalahnya Lan, sampai tak hidup, padahal motor baru beli". Saya kata pada kawan tu "Cucu dia kut tutup sparecock minyak, dia tak tahu nak buka semula". Lepas tu kawan tu pun gelak besar..... Ramai orang pakai simkad toneexcel ini, tak tahu pun cara nak check baki data internet. Bila data habis, sudah tentu ia akan bedal kredit kita yang ada, dan kita pula biarkan dia makan kredit kerana tak tahu pun data dah habis. Lepas tu kata toneexcel mahal makan kredit. Nasihat saya belajar check data internet *134# dan jangan biarkan data internet habis. Mazelan Abas #jombelajar #keranaAllah #jumaat #salam #jomshare #selawat #istiqamah #istiqfar