[Ulasan] NJWA - NJWA (2018)
Tajuk: NJWA (Self-Titled EP) Tahun: 2018 Artis: NJWA
Genre: Alternative R&B/Soul Rating: 7.5/10
Najwa Mahiaddin kini muncul sebagai NJWA dengan EP terbarunya.
NJWA, yang sebelum ini dikenali sebagai Najwa Mahiaddin kini muncul dengan sebuah EP bunyian nusantara Malaysia yang moden. EP ini memuatkan 3 buah lagu dan panjang tempoh hanya dalam 12 minit saja. EP ini memuatkan dua lagu Inggeris dan satu lagu Melayu.
In the Name of Love, lagu pertama dalam EP ini diterbitkan oleh shakey.shakey (suami Njwa), Cee; seorang producer dari Jerman yang kini bermastautin di Malaysia dan NJWA sendiri. Lagu ini menceritakan naik turun sebuah pasangan yang sedang bercinta dan kesungguhan mereka untuk mengekalkan hubungan itu. Lagu ini mempunyai campuran bunyian dari timur dan barat, tradisional dan moden. Yang menarik tentang lagu ini ialah ia mempunyai bunyian alam sebagai latar yang dirakam di hutan! Disebabkan itu, lagu ini ada vibe-vibe lullaby sikit.
Lagu kedua, Togok, merupakan satu lagu tradisional yang mendapat sentuhan Monolouqe. Lagu ini boleh dikira sebagai satu dedikasi kepada satu bandar metropolitan yang sibuk dilimpahi dengan cahaya lampu neon. Lagu ini mengenakan bunyian caklempong yang temponya agak perlahan dan sayu. Intro lagu ini agak panjang, selepas seminit lagu ini bermula baru kedengaran nyanyian oleh Njwa.
Apabila mendengar lagu ini, bayangan satu muzik video dimana si NJWA duduk didalam kereta bahagian belakang, memandang keluar melihat suasana bandar Kuala Lumpur dengan kamera berkedudukan diluar kereta menangkap pantulan dari cermin kereta itu, dan NJWA masih boleh dilihat menyanyi. Muzik video ini juga disertai dengan overlay – overlay shot suasana bandar Kuala Lumpur dengan orang-orangnya dari pagi ke malam.
Lagu ketiga EP ini, Ocean menceritakan pasal sebuah pasangan yang sedang bergelut dengan masalah, terutamanya disisi perempuan (NJWA) sendiri tetapi masih membaikinya dan mahu hubungan itu berkekalan. Seperti tajuk lagunya, lagu ini mempunyai lirik yang mempunyai unsur-unsur lautan dan pantai. Dari segi instrumentation, lagu ini mempunyai bunyi-bunyian boleh membuat anda membayangkan anda berada di pulau-pulau di sekitar Malaysia (antara Pulau Redang, Tioman, Pangkor atau Langkawi, korang rasa pulau apa? Aku pilih Pulau Pangkor). Lagu ini diterbitkan oleh suami beliau, shakey.shakey.
EP ini merupakan lembaran baru buat NJWA, bukan saja dari segi pertukaran nama pentasnya tapi juga muziknya secara keseruluhanya. Mencampurkan bunyian lama dan baru, tradisional dan moden, kampung dan bandar dan apa-apa lagi sama waktu dengannya. Ia amat menarik apa dapar melihat mendengar seorang pemuzik yang menggali semula bunyian tempat asal-usulnya dengan caranya tersendiri. Harap – harap NJWA akan membuat susulan dengan lagu-lagu yang menarik seperti didalam EP ini.
Stream: https://open.spotify.com/album/3umlZtoDepcCYozTqFPK4z
-Adam-










