[Ulasan] Papastathopulous - Self-titled (2019)
Artis: papastathopulous Tahun: 2019 Tajuk: papastathopulous (EP) Genre: Indie Rock Masa Putaran: 16m:16s
Carian Google mendedahkan nama yang paling hampir dengan nama kumpulan ini ialah seorang pemain bola di Arsenal. Tidak apalah. Mungkin nama kumpulan ini memang direka begitu. Tetapi saya yang ada masalah gagap ini menghadapi kesukaran untuk menyebut nama mereka. Hampir saja sawan setiap kali cuba untuk menyebut nama mereka. EP ini dilancarkan secara digital, dan boleh dibeli tanpa sebarang harga minimum di Bandcamp mereka. Satu langkah yang baik dalam memperkenalkan kumpulan mereka.
Bila Malam – Bassline dan salakan serigala pada awal lagu terus saja memberi bayangan bahawa ini adalah sebuah trek yang seram, mungkin? Sebuah trek yang bertempo laju dan mudah untuk dilayan. Ini barulah betul kalau nak claim main indie rock! Beginilah lagunya. Liriknya juga diolah dengan baik. Mereka solah-olah sedang bercerita tentang hantu, dengan penggunaan perkataan seperti “taring”, “seru: dan “bila malam”. Tapi sehingga tamat lagu saya tidak jelas apakah maksud sebenar lagu ini. But who cares? Trek ini sangat bagus. Trek kegemaran saya dalam rilisan ini.
GEBA – Bermula secara perlahan dengan efek chorus guitar yang membuai. Lontaran vokal jugak lebih lembut berbanding trek pertama. Hmm.. sudah hilang attitude indie rock tadi? Secara keseluruhan, adalah sebuah trek yang mellow, namun mempunyai struktur ballad rock yang catchy dan sedap. Kali ini vokalisnya menunjukkan kehebatan vokal tinggi beliau.
Annie – Kali ini mereka solah-olah semakin tone down. Trek ini kedengaran seolah-olah mereka pergi kearah pop rock yang lebih lembut berbanding trek kedua. Trek ini juga adalah satu-satunya trek berbahasa Inggeris dalam EP ini. Sebutan Englishnya juga tidak kedengaran kekok. Saya merasakan lagu ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Kalau saya dengar lagi dua atau tiga kali, pasti saya akan boleh sing-along lagu ini.
Perempuan Hantu – Kali ini treknya kedengaran sedikit retro, termasuk vokalnya. Tempo lagu bermula perlahan, namun dipertengahan lagu ia menjadi semakin rancak unutk gitar solo, kemudiannya kembali kepada tempo asal di penghujungnya. Bagi saya lagu ini kurang kuat. Saya tidak terlalu eksaited untuk mendengar trek ini.
Secara keseluruhan: Walaupun ia sebuah rilisan digital, saya rasa perkongsian lirik juga wajib dibuat. Saya gagal untuk mememui liriknya, menyebabkan niat saya untuk pergi lebih dalam dengan lagu mereka ini gagal. Saya hanya mampu berada di permukaan saja. Tiga daripada empat trek dalam EP ini bagi saya mempunyai kekuatan yang tersendiri, walaupun saya secara peribadi sangat bersetuju jika mereka meneruskan lagu mereka dalam haluan seperti di trek pertama. Kualiti mixing daripada Abang Mokhtar iseek studio pula memang tidak dapat disangkal lagi.
Saya sukakan artworknya yang simple tetapi fun. 3 budak yang menyerkup kepala mereka dengan alas meja. Kita tahu ini sebuah gambar lama dan klasik hanya berdasarkan jenis alas meja yang digunakan. Dan kita tahu, mungkin ketiga-tiga budak ini adalah budak yang nakal. Mungkin? https://papastathopulous.bandcamp.com/album/papastathopulous











