Coretan TTC
Saya ada masalah ovulasi, jadi jika saya ambil opk pun tak guna, sebab saya takkan pernah dapat positif. Jadi minggu lepas kami pergi ke tempat ke-3 untuk ikhtiar hamil. Kali ni kami nak cuba untuk ke hospital pula untuk berjumpa dengan pakar o&g Dr. Sharifah Halimah di Regency Hospital, Masai. Doktornya ok, jelas setiap penerangannya. Mesin scan pun jelas, cuma mungkin tak sejelas di klinik Perdana. Tak sangka dah ada 4 ketulan fibroid dalam rahim,tapi masih belum dalam keadaan membahayakan lagi. Doktor kata kalau segala rawatan tak berjaya, barulah dia akan usulkan untuk buang fibroid, tapi buat masa ni tak perlu lagi.
Nasihat yang sama, doktor suruh cuba dulu untuk tukar ke gaya hidup sihat, turunkan berat badan kepada bawah 45 kg,sekarang ni 51kg sebab saya pun agak renek orangnya, heeee.... Haha, saya pun sedar memang kadang kala saya main langgar je makan macam2. Suami pula dinasihatkan untuk jalankan analisis sperma. Ni kali pertama doktor yg kami jumpa untuk minta suami check, sebelum2 ni tak pernah.
Dan disebabkan kami dah pernah ambil clomid sebelum ni 3 bulan, dia cadangkan pula kali ni untuk ambil letrozole. Semua alhamdulillah ok, tapi yang terkejutnya bila bil keluar, saya dan suami hampir terduduk. Tarik nafas yang tersangat2 lega sebab kami masih mampu bayar tetapi memang keadaan ini menyedarkan kami bahawa ternyata kami tak bersedia lagi untuk teruskan rawatan kesuburan ni. Walau dah 4 tahun menunggu tapi takpelah, mungkin belum ada rezeki kami lagi. Bersyukur dengan apa yang ada.
Saya beritahu kat sini cuma sekadar ingin berkongsi terutamanya bagi yang tidak tahu berapa kos bayaran untuk rawatan kesuburan swasta. Setakat ini, di hospital ini memang yang paling mahal yg pernah kami bayar. Hampir mencecah 1k. Harga ubat letrozole itu sahaja dah hampir RM400. Kami berdua ambil keputusan untuk cuba hidup gaya sihat dulu, dan turunkan berat badan kepada berat optimal.
Bagi yang berkemampuan, bolehlah cuba. Saya sangat recommend Dr Sharifah. Mungkin Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami. Mohon doa semua ye. Saya juga teringin menimang cahaya mata, kadang kala jealous jugak tengok semua seronok mencuba opk. Saya sentiasa doakan kalian dapat menimang cahaya mata yang diinginkan dan doakan saya juga ye. 😘














