Tadabbur Kalamullah: ☆Tadabbur Kalamullah 4 Jamadilawal 1438H☆ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنْفِقُوا مِمَّا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ يَوْمٌ لَا بَيْعٌ فِيهِ وَلَا خُلَّةٌ وَلَا شَفَاعَةٌ ۗ وَالْكَافِرُونَ هُمُ الظَّالِمُونَ "Wahai orang-orang yang beriman! Berinfaqlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim" [Surah al-Baqarah 254] #Bersedekah merupakan satu perintah dan amalan yang terpuji. Sedekah yang terbaik ialah dilakukan tanpa memilih waktu, masa dan orang. Asalkan layak menerima maka berilah harta yang sebenarnya adalah miliknya. #Berkata Urwah bin Zubair r.a: "Pilihlah yang baik-baik untuk kamu sedekahkan, kerana sesungguhnya Allah swt itu bersih dan suci dan tidak menerima kecuali yang bersih dan suci" #Sufyan as-Thauri rahimahullah sangat gembira dan lapang dada apabila dia melihat ada peminta sedekah yang datang ke rumahnya, lau dia berkata: "Selamat datang wahai orang yang akan mencuci dosa-dosaku". #Fudhail bin Iyadh rahimahullah juga pernah berkata: "Alangkah terpujinya orang yang meminta sedekah kerana mereka membawa bekal untuk kita pada hari kiamat dan meletakkan di Mizan dihadapan Allah swt tanpa upah" #Diceritakan oleh Syeikh Abdul Wahab as-Sya'rani dalam kitabnya bahawa Ibrahim bin Adham, apabila peminta sedekah datang kepadanya, maka beliau akan membawanya kepada ahli keluarganya dan berkata kepada keluarganya: "Telah datang utusan dari kubur, apakah kamu sudah menyiapkan sesuatu untuk hari mati kamu yang hendak disedekahkan?" ♡Wahai saudara-saudaraku seIslam, renungilah diri kita, apa yang sudah kita sedekahkan kepada orang-orang miskin, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, warga-warga emas, orang-orang yang memerlukan kelmarin, semalam dan hari ini?? Berinfaqlah!!♡ 🐊Ust naim bit.ly/tadabburkalamullah https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim













