Dalam dunia ini kita pasti akan sentiasa menemui insan yang melukai kita samada sengaja/tak sengaja/terpaksa. Tak semua orang mampu puaskan hati kita, dan kita pun tak mampu puaskan hati semua orang. Tapi kenapa perlu ada manusia yang sakiti kita? Kenapa kita tak boleh hidup dengan orang yang membahagiakan kita semata? . . Kerana ini dunia, sayang. Dunia ini tak sempurna. Kita semua tak sempurna, kita semua ada silapnya. Dunia ini penuh dengan manusia yang berbeza ragamnya & berlainan cara hidup serta latarbelakang dia membesar. Kita perlu berhadapan dengan kelukaan, kekurangan, dan ketidaksempurnaan, supaya dari situ kita belajar menghargai yang sebaliknya . . Sebagaimana kita rasa orang itu ini banyak silapnya dengan kita, percayalah bahawa kita pun tanpa disedari, banyak juga silapnya dengan orang lain. Kerana itu Tuhan selalu mengajar kita untuk berlapang dada memaafkan orang lain. Memberi kemaafan tidak bererti merelakan diri ditindas, kita tidak diajar untuk pasrah jika dizalimi, itu satu konteks yang berbeza. Namun kita tetap diajar apa hak kita & peranan kita, supaya kita tidak membiarkan diri dipermainkan . . Namun apabila ada orang yang mengaku silapnya & merayu kita memaafkan, maafkanlah. Kita pun mahu Tuhan maafkan kita. Maafkanlah, meski mereka tidak meminta maaf. Bukan untuk sesiapa, untuk ketenangan hati kita juga . . Quote credit to @zhrhs . . #elsajidaShares #elsajidaQuotes #elsajidaBookSharing #buatYangTerluka (at Kuala Lumpur, Malaysia)