New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/global/2014/12/14/facebook-mahu-tambah-butang-dislikes/
Facebook mahu tambah butang 'Dislikes'?
CALIFORNIA, 14 Disember :
Facebook sedang berkira-kira untuk menambah satu lagi butang βDislikesβ pada laman sosial berkenaan, menurut pengasas Mark Zuckerberg yang dipetik daripada protal berita BBC.
Bercakap dalam satu sesi soal jawab di California beberapa hari lepas, beliau berkata ia adalah salah satu ciri yang paling diminta oleh pengguna rangkaian sosial berkenaan.
Beliau berkata laman web itu akan perlu mencari cara bagi memastikan ciri terbaru itu, jika direalisasikan tidak menjadi satu platform untuk merendah-rendahkan pengguna lain.
Menurut angka Facebook itu sendiri, sebanyak 4.5 juta βLikesβ telah dihasilkan dalam sehari.
βSalah satu perkara yang kita telah fikirkan dalam satu tempoh masa yang panjang adalah apakah cara yang betul untuk membolehkan pengguna dengan mudah memberikan ekspresi dalam satu julat yang besar daripada emosi,β kata Mark kepada penonton ketika sesi yang berlangsung di ibu pejabat Facebook itu.
βBanyak pengguna yang berkongsi perkara menyedihkan dalam Facebook mereka. Selalunya orang memberitahu kita bahawa mereka tidak berasa selesa menekan βLikesβ kerana βLikesβ bukan sentimen yang sesuai.
βSesetengah pengguna telah meminta butang βDislikesβ kerana mereka mahu berkata, βHal itu tidak baik,β atau itu bukan sesuatu yang kita fikir adalah baik untuk dunia.
Sementara itu butang βLikesβ pada Facebook telah dikritik kerana ia bertindak sebagai metod rangkaian sosial mengumpul data mengenai tabiat pelayaran penggunanya.
Sistem ini juga telah dikritik kerana ramai yang memalsukan βLikesβ untuk menunjukkan populariti sesuatu jenama atau penipuan perkembangan sesuatu kandungan.
Jadi, adakah Facebook akan meneruskan usaha berkenaan dalam tempoh masa terdekat?