Secerah Semalam #24
12:13 am
Selamat malam! nushax baru je baca pasal social anxiety dalam gen z. Rasa terasa sikit sebab memang obvious giler nushax ada masalah social anxiety ni. Tak tahulah kenapa tapi tadi memang rasa cemas giler. Tak tahu nak cakap macam mana. Rasa macam sedikit panik. Macam 'Alamak! Macam mana ni!' Tapi macam biasa. Bila fikir balik, nushax terlalu berfikir. Akhirnya betullah apa yang En Z pernah bagitahu nushax dulu, yang nushax ni terlalu banyak berfikir. Buat je. Memang betul. Tak perlu fikir ke masa hadapan sangat. Sekarang ni, nushax hanya perlu teruskan sahaja. Keperluan nushax pada hari ini dan hari esok. Tak perlu berfikir. Hidup je dalam tempoh masa sekarang ni. Baru-baru ni nushax rasa tak puas hati mana dengan lukisan nushax. Sebab nushax rasa macam, nushax tak improve apa-apa pun. Oh ya. Disebabkan rasa panik nushax pun dah hilang secara langsung, nushax nak mula bertenang dan fikirkan pasal new year resolution! Baiklah mari kita tengok new year resolution tahun 2025. Recap balik dan tengok mana resolution yang kita berjaya capai. Sebenarnya tahun lepas nushax ada beli planner fizikal. Tapi ternyata planner tu hanya mengutip habuk dan dibazirkan. Akhirnya, nushax prefer untuk ada planner online/digital jugak. Sebab ya la kan nushax duduk area cepat banjir. Malas dah nak archive hasil kerja secara fizikal. Sebab memang susah nak jaga. Anyway, kembali balik, azam tahun 2025 dulu. Alamak! Rupanya takde azam tahun 2025. Tak pernah nushax buat rupanya. Lahhhh. Okei takpelah kita tengok azam 2024.
Turun 20kg (❌)
Tidak order foodpanda/fastfood (❌)
Sugary food/drinks only once a week (✅)
Dapatkan lesen memandu kereta (✅)
Dapatkan JLPT N3 (❌)
Kekalkan GPA 3.0 ke atas (✅)
Consistent art style (❌)
Bawah ni something yg nushax tulis dalam tahun 2025 tapi nushax tak nyatakanlah dia as azam tahun baru. Just something yang nushax nak ubah dalam hidup nushax
Tak mampu buat artwork secepat yang diingini (❌)
Tangan (ibu jari + jari telunjuk?) selalu sakit (✅)
Mudah sakit belakang (✅)
Laptop yang tak mampu render dengan hebat (❌)
Tak pernah ke luar negara/Kurang pengalaman berjalan (✅)
Selalu di rumah (❌)
Banyak juga la dah improve walaupun sedikit kan. Hmmm nushax kena jadi lebih baik pada diri sendiri. Dah malas nak push diri. Hmmm terima je la diri nushax seadanya.
Okei, sebelum kita mengarang kita punya azam tahun baru. Nak cerita dulu kisah sedih tahun ni. In fact, baru je tahu dalam bulan ni. Apparently, Relu dah nak keluar dari Sutapora. Tak tahu lah nak cakap apa tapi memang sedih giler la. Memang ternangis jugakla bila dengar live stream. Rasa traumatized sikit nak dengar lagu Relu. Yalah, dah layan bertahun-tahun kot. Rasa macam dah ahli keluarga sendiri. Hmm perasaan sedih tu memang pilu tajam tapi pada masa yang sama rasa memahami jugak. Kalau itu pilihan Relu kita kena hormat. Kan?? Makin lama, nushax makin faham. 'Oh, inilah maksudnya hidup.' Ya lah, sebelum ni, apa-apa jadi, nushax akan bertanya pada orang lain. Apa patut nushax buat? Apa yang betul? Sebab tanpa sedar, itulah apa yang selama ni tertanam pada minda nushax. Sampailah nushax sedar, hidup ni pun macam designing jugak kan? Seperti mana nushax sedar yang dalam meng-design, kita kena buat keputusan sendiri. Kita kena ada justifikasi sendiri. Kita kena figure out sendiri apakah yang terbaik dalam design kita. Kita kena menjawab apa yang kita lakukan. nushax sedar, begitulah juga kehidupan sebagai seorang dewasa. Bukan lagi seorang kanak-kanak sekolah, bukan lagi seorang pelajar universiti yang mendengar kata-kata atasan. Untuk apa yang terbaik. Kini, nushax sedang menjalani hidup mengikut apa yang nushax nak lakar. Honestly, sekarang ni, nushax ada beberapa rasa kurang jelas tentang apa yang nushax nak. Macam biasalah kan? Biasanya kanak-kanak akan ada mindset ataupun cita-cita untuk mempunyai pekerjaan yang diingininya. Tetapi sekarang, nushax takde lagi cita-cita macam tu. Jadi apa yang nushax nak jadi sebenarnya? Mesti ada terfikir begitu kan? Sebenarnya jujur cakap, nushax tak kisah apa yang nushax nak jadi. Alamak! Mungkin pemikiran nushax tidak seperti orang-orang yang berjaya di luar sana. Ahahaha. Somehow mengingatkan semula kepada senior nushax dulu yang pernah memberitahu nushax dalam nada ingin tahu, 'Kalau betul takde minat nak jadi arkitek, kenapa ambil architecture? Kalau nak hidup senang, kenapa ambil architecture?' Betul jugak la kan apa dia kata. nushax faham je apa yang dia nak sampaikan. Sampaikan hari ni nushax semakin faham apa yang dia nak cakapkan. Maklumlah, waktu tu nushax masih mentah. Apa je yang nushax tahu. Yang penting sambung belajar. Sebab nushax tak tahu apa-apa. Berbanding rakan-rakan seperjuangan nushax yang lain. Jelas sekali mereka lebih tahu apa yang mereka nak. Tanpa sedar, nushax ni seseorang yang macam, kurang minat tetapi masih mampu survive. Kat situ walapun sedikit pelik, tapi ada keajaiban dia. AHAHHAHAA. Okei, walaupun begitu apa yang nushax biasa katakan pada rakan-rakan seperjuangan nushax. Setelah tamatnya pembelajaran nushax, nushax mula jatuh hati dengan architecture tu sendiri. Ada terasa dalam jiwa nak cuba menggapai master tu. Walaupun diri ni tak semegah mana dalam membuat design. Walaupun diri ni tak pernah faham apa yang dipelajarinya. Tapi masih. Masih. Ada keinginan untuk belajar lebih lagi. Jujur cakap, mungkin nushax masih belum tahu apa yang nushax nak jadi. Sebab nushax memang suka berada dalam dunia pembelajaran ni. Jadi, pendek kata, memang nushax berminat untuk jadi seorang lecturer.
Hmm jadi jelaslah kan kat situ. Apa yang nushax nak cuba jadi. Baiklah panjang betul kisah yang menjadi 'watak sampingan' kepada kisah sebenar kita.
AZAM TAHUN BARU 2026
➼Keluar rumah seminggu sekali ➼Dapat kerja dengan gaji bermaruah ➼Pergi Bangkok by train ➼Pergi Kelantan ➼Pergi Sabah/Sarawak ➼Hit the gym ➼Draw everyday ➼Read everyday ➼Update reading list every week
Basically thats it. Ada terfikir pasal nak turun berat badan. Tapi baru ni memang ada cuba calorie deficit. Tak seronok mana. Rasanya better focus dekat bina otot je. Also the usual one la. Jaga solat. Cari rezeki halal. And so on. AHHAHAH memangnya macam orang takde cita-cita. Tapi serious cakap. Memang nak sangat travel. Dalam Malaysia pun jadilah. InsyaAllah tahun depan akan cuba jugak solo travelling one day. Serius cakap memang inilah apa yang nushax nak sekarang ni. Travel. Walaupun tak kaya, tapi dengan travelling nushax dapat luaskan pemandangan nushax. Sekian entri pada kali ini.

















