Rahsia Mekap Ayu & Glam Untuk Hari Raya
Syawal pertama merupakan hari yang paling dinantikan ketika tibanya Aidilfitri. Ketika itulah sanak saudara dan sahabat handai akan saling mengunjungi untuk saling bermaafan dan mengeratkan ikatan silaturrahim.
Selain busana raya yang menarik, tatarias wajah juga penting bagi memastikan penampilan di hari raya pertama tampak anggun dan menarik.
Jom ketahui bagaimana untuk melengkapkan hari raya anda dengan solekan yang ayu serta glam!
Hypersharp Wing Eyeliner Penggaris mata Maybelline Hypersharp Wing ini semestinya digemari oleh mereka yang meminati solekan mata jenis “cat eye” yang natural serta kekal lama. Dengan menggunakan teknik garis mata yang betul, produk ini memberi kesan solekan mata “wing” yang seimbang dan ini pastinya akan memukau hati orang ramai!
Fashion Brown Cream Pencil Bagi wanita yang inginkan gaya yang semula jadi untuk Hari Raya ini, kami syorkan solekan bulu kening yang natural. Untuk bulu kening yang rapi serta kekal lama ketika sesi kunjung-mengunjung, penggaris kening ini pastinya sesuai kerana ia mampu menahan peluh sehingga 12 jam! Selain itu, produk ini juga serasi untuk wanita yang mempunyai tona kulit yang lebih gelap.
White Superfresh CC Cream Tekstur krim CC daripada Maybelline ini sangat ringan dan ia akan menghasilkan litupan yang rata serta seimbang. Selain itu, krim CC ini mengandungi vitamin CG yang mampu memberi kulit cerah berseri sepanjang hari!
Color Sensational Bold Matte Lipstick MAT 7 Nude Beige Diperkaya dengan madu tulen dan ekstrak debunga, gincu ini sesuai untuk digunakan pada Hari Raya terutamanya ketika “Open House”. Warna “Nude Beige” ini melengkapkan dan memberi kesan solekan yang ayu kerana tona warnanya yang natural serta anggun.
Kajal Eye Studio Eyeliner Untuk solekan mata yang glam, gunakan celak mata berwarna gelap sepanjang bahagian atas kelopak mata dan bawah secara perlahan-lahan. Selepas itu, lumurkan dengan putik kapas untuk menghasilkan solekan mata jenis “smokey”.
Volum' Express Magnum Waterproof Mascara Selepas melentikkan bulu mata, sapukan maskara bermula dari akar bulu mata sehingga ke penghujung bulu mata. Kepada wanita yang inginkan impak yang lebih ketara dan dramatik, sapukan dua atau tiga lapisan maskara pada alis bulu mata anda.
White Superfresh Cake Powder Untuk perlindungan yang berkeseluhuran, tambahkan bedak kompak ini pada CC Cream yang telah digunakan sebelum ini. Disebabkan bekas yang kecil dan mudah disimpan bedak kompak ini boleh diggunakan pada bila-bila masa pada Hari Raya. Selain itu, ia mengandungi “Mineral Perlite” yang mampu menyerap peluh serta memutihkan wajah untuk yang solekan malam yang glam!
Color Sensational Bold Matte Lipstick MAT 6 Maroon Red Sempena menyambut Hari Raya, gincu merupakan alat solek wajib bagi semua kaum wanita. Untuk solekan yang glam pada waktu malam, bangkitkan suasana yang lebih ceria dengan warna gincu yang “bold” dan terang seperti gincu Bold Matte MAT6 Maroon Red daripada Maybelline!















