Come on and sing it with me (Car wash)
Car Wash in Putrajaya (Presint 14)
Sekitar Putrajaya agak sukar sebenarnya untuk menemukan car wash yang menawarkan service yang baik di samping harga yang berpatutan. Jika itu dua kriteria yang anda mahukan, saya cadangkan Putra Car Wash yang berlokasi di Kawasan Perindustrian Presint 14, Putrajaya.
Rata-rata car wash di kawasan ini dibuka seawal jam 8 pagi dan tutup sekitar 9 malam. Dinasihatkan jika anda mahu datang pada hujung minggu, datanglah seawal yang mungkin untuk anda tidak menunggu dalam barisan di mana ada 5 atau 6 kereta di hadapan anda.
Aku telah tiba di sana seawal 9 pagi dan kereta sudah ada 4 bijik di dalam setiap premis Putra Car Wash ini. Penantian sekitar 10 minit sebelum tunggangan di bawa masuk.
Aku telah bersepakat memilih Wax Package kerana dah tibanya masanya untuk di'wax' di atas kekotoran yang terbeku di permukaan tunggangan ini.
Water wash (normal wash) harganya hanya RM 12 dan wax water wash (nano coating) ialah RM 24. Ini semuanya sebelum implementasi GST ya.
Untuk pakej tawaran, bergantung kepada saiz tunggangan. Pakej dan harga seperti gambar di atas, semuanya ada RM8 di belakang.
Pekerja di sini sangat terbaik, bekerjasama melakukan setiap gerak geri. Ada yang akan basuh tayar, tembak sabun, tembak air, vacuum dalam, lap dashboard dan aksi-aksi yang berkaitan.
Brado di atas melakukan wax ini di seluruh permukaan tunggangan aku sorang diri, pasti bicepsnya menegang. Kagum atas kekentalan beliau. Brado di ataslah yang mencadangkan aku menggunakan wax water wash untuk hari-hari kemudian kerana warna putih. Kesahihannya kena tunggu wax wash pada kemudian hari untuk lihat keberkesanannya.
Untuk ke Putra Car Wash, bolehlah 'waze' sahaja ke Jalan Industri Putra 1, Putrajaya. Jangan tersalah 'waze' ke Putra Car Wash Presint 2. Khabarnya itu lokasi lama mereka.
Kalau tidak salah produk yang digunakan kebanyakannya adalah brand Meguiars di mana agak ternama dalam bidang penjagaan kereta.
Free Wifi dan surat khabar hari kejadian disediakan, kopi tidak disediakan. Bagi yang menunggu bolehlah menggunakan servie percuma ini.
Alamat penuh Putra Car Wash: No. 37,Jalan Industri Putra 1, Jalan P14J, Kawasan Perindustrian Putrajaya.
Sekian sahaja, selamat menggunakan perkhidmatan Putra Car Wash.
*Tiada tujuan pengiklanan yang dibayar oleh Putra Car Wash. Sekadar perkongsian oleh seorang pengguna. ^^