Cabaran Malaysia Menjelang 2020
Assalamualaikum.
1. Seperti kita sedia maklum kita hanya tinggal 3 tahun lagi menjangkau tahun gemilang 2020. Sudah tentunya banyak halangan perlu ditempuh oleh pemimpin ulung kita Perdana Menteri untuk merealisasikan impian negara menjadi negara maju menjelang 2020. Pelbagai aspek perlu disentuh terutamanya dalam bidang pendidikan, Sukan, ekonomi dan semestinya perpaduan rakyat.
2. Apabila kita menyebut negara maju, ia bukanlah sesuatu yang digambarkan semasa kita kecil dulu seperti kereta terbang, robotik dan sebagainya. Tetapi lebih menyentuh aspek kehidupan jati diri dimana kita membina kehidupan yang lebih baik seperti maju pemikiran, maju dalam industri pembuatan, perindustrian, budaya ekonomi yang kukuh, serta intelektual rakyat yang mampu mencorak negara mengikut acuan sendiri.
3. Jika dilihat kepada industri pembinaan, ianya amat baik malah disokong oleh industri perkapalan dan laut serta nilai ringgit yang semakin kukuh yang disangkal oleh sesetengah pihak mengatakan negara akan gagal. Pemain industri pembinaan perlu juga melihai kepada faktor lambakan graduan yang menganggur sehingga ada terpaksa berbulan-bulan “tanam anggur” di rumah. Tidak cukup dengan itu, faktor kemasukan pekerja asing ke negara ini juga menjadi penyebab graduan menganggur. Tetapi Alhamdulillah, ada juga inisiatif kerajaan buat seperti SL1M dan sebagainya.
4. Sistem pendidikan juga menjadi antara teras utama kepada pembentukan ciri negara maju. Jika dilihat seperti Korea utara, Jepun, Singapura dan negara yang lain sistem pendidikan mereka sangat mantap seihinggakan jumlah pelajar yang tercicir pelajaran adalah kurang. Bagaimana mereka melakukannya?
5. Melihat kepada senario politik semasa, masing-masing menunding jari malah ada yang sanggup menggadai maruah parti sendiri. Adakah ini ciri-ciri pemimpin akan datang? Dulu cakap lain, sekarang cakap lain. Lebih percaya kepada media barat, rakyat yang terlalu taksub juga akan merana kelak.
6. Saya tertarik dengan keberhasilan pembinaan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang, hampir sembilan juta orang menetap di sini, kewajaran MRT & LRT adalah beketepatan dengan masa kerana boleh mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya terutama pada waktu puncak. Diharapkan LRT akan dibina di bandar besar seperti Ipoh & Johor Bahru. Pembangunan sistem rail yang cekap mencerminkan status bandaraya bertaraf global.
Terima Kasih.












