Surah An Nur ini berkaitan dengan tatacara pergaulan, dan mengajar adab sopan. Ia melatih hidup dalam suasana bersih penuh adab, dan tatacara serta jauh dari kecurangan. Hidup kita akan sentiasa dalam nikmat dan baik sangka. Kita tetap rasa tenang walau berbagai ujian yang dilanda. Sebab yang paling banyak dicaci, dimaki, dan dihina adalah Nabi ﷺ, isteri Nabi ﷺ, para sahabat Nabi ﷺ, serta pejuang islam terdahulu. Namun cacian itu tidak menjadikan mereka hina, tetapi di sisi Allah mereka diangkat Mulia. Surah an Nur ada kisah tentang fitnah kepada aisyah ra. Surah ini sangat special, sebab itu ayat pertama dalam surah ini Allah berfirman dengan dimulai dengan satu sastera yang sangat indah. “Ini ialah satu "Surah" yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya)." (surah An Nur 24:1) Surah anNur ini ada tanda kebesaranNya, hukum hakamNya supaya kita sentiasa beringat. Disebabkan kita selalu lupa jadi Surah ini nak ingatkan kita. - Ustazah Fatimah Syarha - Diri ini tertarik dengan cara penyampaiannya. Sungguh berakhlak, setiap gerinya ada kesopanan dan sunnah. tuturnya disusun agar yang mendengarnya memahami. Aksara nya persis mutiara yang sentiasa dijaga. Walau nampak wajahnya yang cuba menahan segala ujian dunia, sehingga ada masanya seperti butir ditubik mata itu hendak tercurah, namun masih mampu tersenyum indah dan memberi nasihat buat yang lainnya, dengan refleksi katanya itu kepada dirinya, hakikat yang tidak dapat disangkal. Tidak sangka diri yang dahulunya hanya melihat dari kejauhan yang menyangka beliau seorang yang qawiy dan bertenaga. Saat matanya di hadapan iris, dirinya hanya kecil dan kelihatan lemah namun hatinya itulah menampakkan dirinya gagah. Cinta itu tidak semestinya memiliki, dan aku tidak memiliki apa sahaja yang mereka ada saat cintanya didendangkan. Cuma saat airnya ditabur di dalam gelas kaca, aku berdoa moga beliau terus dalam barokah dan kebaikanNya dunia dan akhirat, serta saat dirinya menampakkan langkah wida', aku hanya berdoa agar aku bisa bertemunya lagi di SyurgaNya yang hakiki. #scuh #hijrahbidadariselangor








