PUTERI NAGA TIBERIUS Sula nekad untuk melarikan diri dari rumah tuannya itu. Matlamat Sula, dia tidak ingin lagi menggunakan tangannya untuk membunuh sebaliknya dia ingin menjadi penyembuh. Sula ingin bertemu dengan Si Tua Emery di Tasik Magor. Putera Basilius adalah bakal pewaris tahta Kerajaan Tiber. Sebagai seorang bakal maharaja, baginda telah dilatih dengan berbagai kemahiran sejak dari kecil lagi. Hati mudanya memberontak ingin keluar dari istana emas ini. Satu hari Putera Basilius nekad untuk lari dari istana. Baginda memerintahkan mimiknya Hura menyerupai baginda untuk mengelakkan kehilangannya dicurigai. Namun gurunya Mebrune telah mengetahui muslihat yang digunakan. Dek kerana dia telah masak dengan perangai Tuan Putera, Mebrune melepaskan baginda pergi dengan berkata “Patik beri tuanku satu hari dan satu malam, sebelum tuanku pulang ke istana dalam tangisan.” http://dulatbuku.blogspot.my/2018/01/book-review-21-puteri-naga-tiberius.html?m=1 #bookstagram #bookreview #bookstargramfeature #novelmelayu #puterinagatiberius #penerbitx #bookshelf #books #booklovermalaysia #readers #readeverywhere #theulatbuku #writersbestfriend #novelfantasi









