Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong
Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus dielak ketika perut kosong. Selain daripada beberapa jenis ubat-ubatan yang tidak boleh dimakan ketika perut kosong, ada beberapa jenis makanan yang perlu kita elakkan ketika perut kosong. Kenapa jenis makanan ini tidak boleh dimakan dan perlu dielakkan ketika perut kosong? ada beberapa kesan akibat memakan makanan ini terutamanya bahagian abdomen kita seperti: Pedih ulu hatiGastrikAbdominal painMasalah jantungkerosakan mucous membraneSakit perut
Apakah Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong?
Makanan yang dimaksudkan adalah: 1. Makanan Pedas Sememangnya rakyat malaysia gemar pada makanan pedas. Antara makanan pedas yang paling popular adalah seperti Mee Goreng, Tomyam, Mee Segera, Makanan berasaskan Kari, Sambal, Nasi lemak dan banyak lagi, Tapi tahukah anda? makan pedas tidak baik dimakan ketika perut kosong terutamanya di waktu pagi kerana boleh menyebabkan pedih ulu hati dan gastrik. 2. Air Berkarbonat Air berkarbonat mempunyai banyak keburukan apabila kerap meminumnya. Selain daripada kandungannya yang tinggi gula yang juga boleh menaikkan kandungan gula dalam darah, ianya tidak sesuai diminum ketika perut kosong kerana boleh menyebabkan angin dalam perut dan boleh menyebabkan gastrik. Elakkan meminum minuman air berkarbonat atau juga lebih dikenali dengan minuman bergas ketika perut kosong terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik. 3. Tomato Elak daripada memakan buah Tomato ketika perut kosong. Buah Tomato mengandungi asid tannic yang tinggi yang boleh meningkatkan kadar asid dalam perut kita. JIka Buah ini dimakan ketika perut kosong, boleh menyebabkan gastrik ataupun ulser pada perut. 4. Buah Pir Tidak dapat dinafikan buah pir banyak manfaat kepada tubuh kita seperti kandungan antioksidan yang menghalang radikal bebas, kaya dengan vitamin C untuk imun, mengurangkan risiko kanser, melancarkan pencernaan dan banyak lagi manfaat bagi tubuh badan kita. Namun, buah ini tidak boleh diambil ketika perut kosong kerana mengandungi serat kasar yang jika diambil sewaktu perut kosong boleh mencederakan diding perut. 5. Timun dan sayuran hijau Timun dan juga sayuran hijau tidak sesuai diambil ketika perut kosong kerana kanduangan sayuran ini yang tinggi dengan asid amino. Penganbilan ketika perut kosong boleh menyebabkan kembung perut, pedih ulu hati dan juga gas yang banyak dalam badan. 6. Buah-buahan Sitrus Buah-buahan sitrus lebih dikenali dengan rasa manis dan masam seperti Lemon, Limau, oren dan banyak lagi. Buah ini tidak sesuai dimakan ketika perut kosong kerana tinggi asid buahan. Sekiranya diambil ketika perut kosong boleh menyebabkan gastrik dan ulser perut. 7. Yogurt Asid hydrochloric akan terbentuk selepas gas dalam perut bertindak balas dengan produk tenusu seperti Yogurt. Oleh sebab itu, sekiranya yogurt diambil ketika perut kosong, anda akan mengalami gastrik. 8. Pastri dan Roti Penghasilan roti atau pastri adalah dengan menggunakan yis. Kandungan yis dalam roti dapat meningkatkan kadar gas dalam perut dan menyebabkan angin dalam badan. Tidak hairanlah sekiranya roti dimakan waktu perut kosong menyebabkan anda sendawa dan kentut sepanjang hari akibat tindak balas yis terhadap sistem perut. Baca Juga: Tanda Dan Punca Sakit Gastrik Angin Yang Ramai Tidak TahuAnda Gastrik? Cara Atasi Gastrik Dengan Mudah Dan Berkesan Read the full article














