#PENDAKISOLO 21 April 2017- HANYA TINGGAL DUA hari sahaja lagi cabaran solo mencipta rekod dalam HIMALAYA 2017 -Breaking Malaysia Records di tengah banjaran himalaya bermula Ahad ini. Doa restu daripada anda semua menjadi perangsang kepada saya agar cabaran ini berjaya melakukan pendakian sebanyak 6 puncak atas 5 ribu meter di Himalaya bakal diiktiraf oleh Malaysia Book Records. Esok, Sabtu, jom bersama saya di ukit Broga, mulai jam 6.30 pagi bagi menyemarakkan semangat anak Malaysia untuk mencipta rekod sehingga peringkat antarabangsa. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Malaysian Inbound Tourism Association (MITA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yayasan Patriot Negara, Kelab Jelajah Alpine, Puncak Ventures SRA Sdn Bhd, ibusue, Gagasan Prihatin Semenyih, Adun Semenyih, Datuk Johan Aziz kerana bersama untuk menjayakan cabaran yang demi negara yang tercinta. Tidak lupa kepada majikan saya Utusan Malaysia yang menyokong penuh usaha untuk agama, bangsa dan negara. #psrecords #themalaysiabookofrecords #asiabookofrecords #himalaya2017 #pensolo #breakingmalaysiarecords #breakingnews