New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/10/22/penganjur-wajar-minta-maaf/
"Penganjur wajar minta maaf"
KUALA LUMPUR, 22 Oktober:
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Multaqa Asatizah & Duâat (Murshid) meminta penganjur program âI Want To Touch A Dogâ memohon maaf kepada pihak berkuasa dan masyarakat yang terusik dengan tindakan kurang bijak itu.
Presidennya, Dr Zaharuddin Abd Rahman, berkata walaupun niat penganjur baik, mungkin pendekatannya salah dan tidak teliti dalam penganjurannya, selain memilih tajuk yang provokatif sehingga mungkin dilihat mencabar kefahaman awam terhadap anjing.
âPada hemat saya, program itu mempunyai tujuan baik, namun cara pelaksanaannya tidak tepat dan tidak berhati-hati, serta terlalu terbuka tanpa kawalan dan panduan jelas diberikan kepada pesertanya,â katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook Murshid, hari ini.
Namun, jelasnya, beliau yang turut membantah penganjuran program itu, tetap tidak bersetuju dengan kecaman melampau-lampau dan ugutan pelbagai pihak terhadap penganjur dan peserta.
âPara ilmuwan dan orang ramai yang mengecam, walaupun berniat baik, namun mungkin terlalu emosi sehingga berlebihan dalam melabel, tuduhan dan ancaman.
âPara ilmuwan dan pihak berkuasa khususnya, sepatutnya tidak melenting, menjadi juara dalam melabel dan mengutuk. Mereka sepatutnya memandu orang ramai untuk tenang.
âOrang ramai pula dinasihatkan tidak mengeruhkan suasana, dengan membuat ugutan kekerasan terhadap penganjur dan mereka yang menyertainya.
âMenuduh penganjur boleh terkeluar akidah atau menghina Islam juga adalah tuduhan agak keterlaluan, tidak boleh kita sewenang-wenang menggunakan tuduhan berat sedemikian, tanpa bukti jelas menunjukkan mereka membenci Islam dan ingin menghinanya.
âCercaan, makian dan kutukan keras hanya membawa kalian kepada potensi menambah dosa-dosa,â ujarnya sambil menambah, penganjur serta peserta program itu juga tidak wajar digelar gerakan Islam liberal.
Program âI Want To Touch A Dogâ yang dianjurkan Ahad lalu, mendapat kecaman pelbagai pihak, termasuk pakar agama berhubung sensitiviti umat Islam di negara ini yang terdiri daripada mazhab Shafie.