New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/06/umno-antara-tahniah-dan-gagal-tun-m/
UMNO: Antara tahniah dan gagal - Tun M
KUALA LUMPUR, 6 Disember:
Langkah UMNO mengekalkan Akta Hasutan 1948 pada Perhimpunan Agung UMNO lalu, dilihat sebagai tindakan bijak.
Namun, pada masa sama, parti itu juga dilihat gagal mendengar keluhan rakyat.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan kekecewaan, ekoran rintihan rakyat tidak berjaya mempengaruhi pendirian UMNO dan kerajaan.
“Saya mengucapkan tahniah kepada UMNO dan Presidennya, kerana mendengar serta mengambil berat akan pandangan orang ramai berhubung pengekalan Akta Hasutan.
“Tetapi, saya kecewa, kerana banyak lagi rintihan dan keluhan rakyat tidak berjaya mempengaruhi pendirian UMNO dan kerajaan,” demikian tulisnya dalam laman blognya, chedet.cc hari ini.
Jelasnya, buat masa ini, kerajaan tidak menunjukkan sebarang niat untuk tidak menandatangani perjanjian bebas cukai, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
Mahathir turut menyifatkan perjanjian 29 bab itu amat berbahaya, kerana ia lebih tertumpu kepada sekatan terhadap China dan campur tangan asing dalam hal ehwal ekonomi dalaman negara.
“Selain itu, kerajaan juga langsung tidak menyentuh keluhan rakyat mengenai sistem pelajaran yang memisahkan miskin dengan kaya.
“Golongan berada pergi ke sekolah Inggeris, mendapat ilmu-ilmu yang penting dan mudah mendapat kerja, miskin pula ke sekolah kebangsaan, dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang rendah dan ketinggalan dalam bidang sains dan ilmu matematik tinggi.
“Mereka tidak akan mudah mendapat pekerjaan dengan upah yang tinggi. Dengan ini jarak antara miskin dengan kaya menjadi lebih luas,” katanya sambil menegaskan, banyak lagi perkara yang tidak dibincang dan disebut dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU2014).














