Mereka mungkin kata "Awak takpe, awak belajar agama. Saya tak belajar agama,"
Mereka tak tahu : Saya pernah tidak faham apa perlunya solat, kenapa kena baca Al Quran, apa nikmatnya zikir? All while I did everything but gaining nothing from it.
Tahu ke solat itu maksudnya "doa"? Mewajibkan solat practically bermaksud Allah paksa kita berdoa kepadaNya untuk kemudahan kita. Solat itu cara kita bercakap dengan Allah.
Tahu ke Al Quran itu jauh lebih indah berbanding lirik lagu? Iqra', semoga Allah pertemukan hatimu dengan keindahannya. Dan tahu ke membaca Al Quran adalah cara Allah berbicara dengan kita?
Tahu ke zikir itu maksudnya mengingati dan merupakan ibadah yang paling afdhal kerana boleh dilakukan dalam apa jua keadaan sekalipun? Tahu ke zikir dapat mendekatkan kita dengan Allah dan Nabi sedekat-dekatnya?
Nikmatnya datang selepas memahami. Tak kenal, maka tak cinta. Tak perlu jadi pelajar institusi pendidikan agama untuk kita memahami agama. Mahu atau tidak sahaja.