KUNJUNGAN HORMAT DARI DELEGASI NINXIA CHINA Alhamdulillah kelmarin saya mewakili Akademi Usahawan Mikro AUM berpeluang bersama-sama Pejabat Yb Rodziah Ismail, Exco Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa & Kampung Tradisi, Kerajaan Negeri Selangor menerima kunjungan hormat dari Jaringan Perniagaan oleh HWT Group Berhad & delegasi perniagaan dari Ninxia China 🇨🇳 yang majoriti penduduknya adalah Muslim. Banyak perkara dan peluang perniagaan yang diperbincangkan dalam pertemuan 2 hala ini. Antara idea yang dibawa dari Delegasi Ninxia adalah peluang Industri Halal ke Ninxia dan bagaimana Selangor boleh menjadi antara Hub Halal Utama Negara dalam kolaborasi antara Malaysia & China. Deligasi Ninxia yang dibawa khas dengan kerjasama HWT Group Berhad juga menyatakan keinginan mereka menjemput wakil Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh YB Rodziah selaku Exco untuk sama-sama mengeksplorasi peluang yang ada di Ninxia dan juga peluang pelaburan di Selangor. YB Rodziah juga menyatakan agar Delegasi Ninxia ini untuk mengintai peluang pelaburan di Selangor dan menjadikan Selangor antara pintu masuk Usahawan Ninxia ke Malaysia. YB Rodziah juga menyatakan Kerajaan Negeri Selangor sangat komited dalam pembangunan Keusahawanan & juga pembangunan Luar Bandar terutama dalam meningkatkan ekonomi rakyat Selangor. Pengalaman menjalankan pelbagai Program Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar boleh menjadi wadah kerjasama antara Selangor-Ninxia. Insya Allah beberapa pelan tindakan akan diteruskan selepas pertemuan istimewa 2 hala ini. Terima kasih Pejabat Exco YB Rodziah kerana sudi menjemput kami di Akademi Usahawan Mikro AUM dalam perbincangan ini dan semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan yang baik antara kedua-dua wilayah ini. #AumMengaum #AUM2IPO #AUM2GLOBAL #China #Ninxia (at Ibu Pejabat SUK Selangor Shah Alam) https://www.instagram.com/p/B6hK1uLDdvm/?igshid=1lobgfaj3i3v2













